WorksheetsUNIT 8 : JIRIM ( ULANGKAJI TAHUN 5 )
Total questions: 25
Worksheet time: 18mins
Antara berikut, yang manakah mewakili zarah-zarah bahan dalam botol kicap yang ditunjukkan pada rajah?
Apakah keadaan jirim bahan yang ditunjukkan dalam rajah?
pepejal
cecair
gas
plasma
Rajah menunjukkan sejenis bahan diisi dalam tiga bekas berlainan. Apakah sifat jirim bahan itu?
Cecair mempunyai jisim
Cecair memenuhi ruang
Cecair tidak mempunyai bentuk tetap
Cecair tidak boleh dimampatkan
Apakah keadaan bahan yang ditunjukkan oleh anak panah pada rajah?
pepejal
cecair
gas
plasma
Apakah proses yang terlibat dalam situasi yang ditunjukkan dalam rajah?
peleburan
penyejatan
kondensasi
pendidihan
Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah bahan yang terhasil daripada proses K?
wap air
stim
titisan air
salji
Proses G yang ditunjukkan pada rajah ialah.......
peleburan
penyejatan
kondensasi
pembekuan
Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Air dalam bekas manakah paling cepat tersejat?
P
Q
R
S
Rajah menunjukkan satu aktiviti. Apakah sifat jirim yang ditunjukkan daripada aktiviti ini?
Udara boleh dimampatkan.
Udara memenuhi ruang.
Udara mempunyai isipadu.
Udara mempunyai bentuk tidak tetap.
Antara berikut, pernyataan manakah menjelaskan mengenai jirim?
Kuantiti jirim dalam sesuatu objek
Jirim mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
Jirim wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.
Tidak boleh dilihat, dirasa dan disentuh
Rajah menunjukkan kitar air semula jadi. Apakah kepentingan hujan yang turun kepada Bumi?
Menyejukkan suhu Bumi
Menyebabkan banjir kilat
Membekalkan sumber air bersih kepada hidupan di Bumi
Memudahkan kita mencuci kenderaan
Rajah menunjukkan titisan air pada dinding luar gelas berisi ais. Antara berikut, yang manakah menjelaskan kejadian itu?
Air dalam gelas meresap keluar melalui dinding gelas.
Wap air di udara terkondensasi menjadi titisan air pada dinding luar gelas.
Wap air di udara menyerap haba dan terkondensasi menjadi titisan air.
Ais dalam gelas melebur menjadi air dalam gelas.
Apakah peranan Matahari dalam kitar air seperti ditunjukkan pada rajah?
Membekalkan haba kepada air
Menerangi Bumi pada waktu siang
Membolehkan tumbuhan melakukan fotosintesis
Memanaskan Bumi
Jirim terdiri daripada _____.
zarah
darah
zaharah
bebola bulat
Perubahan keadaan jirim dari pepejal ke cecair
Pembekuan
Penyejatan
Pendidihan
Peleburan
Proses gas bertukar menjadi cecair
Pembekuan
Penyejatan
Kondensasi
Pendidihan
Antara berikut yang manakah bukan jirim
Kayu
Oksigen
Habuk
Cahaya
Yang manakah menunjukkan proses peleburan?
Air dimasak di atas api
Baju yang dijemur
Embun pada waktu pagi
Aiskrim yang mencair
Objek yang manakah merupakan contoh pepejal?
(Jawapan lebih daripada satu)
Minyak masak
Wap air
Shampu
Buku
Baju
Yang manakah merupakan sifat-sifat bagi cecair?
(Jawapan lebih daripada satu)
Mempunyai bentuk yang tetap
Mempunyai jisim
Mempunyai isipadu yang tetap
Boleh mengalir
Memenuhi ruang adalah sifat bagi ......
cecair
gas
pepejal
Contoh bagi gas adalah .....
sirap bandung
epal
karbon dioksida
kek
Antara bahan berikut, yang manakah wujud dalam bentuk cecair?
Antara pasangan berikut, yang manakah betul?
Peleburan = Pepejal ---> Gas
Pendidihan = Cecair ---> Pepejal
Kondensasi = Gas ---> Cecair
Pembekuan = Cecair ---> Gas
Apakah dua proses yang terlibat dalam kitaran air semula jadi?
Penyejatan dan Pendidihan
Penyejatan dan Kondensasi
Peleburan dan Pembekuan
Pendidihan dan Kondensasi
