wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz kemahiran membaca

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Gambus ialah sejenis alat muzik tradisional bertali. Alat muzik ini terkenal di Malaysia. Gambus berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.


Berdasarkan petikan, bagaimanakah bentuk alat muzik gambus?

a)

seperti buah pear

b)

diperbuat daripada tali

c)

seperti buah epal

d)

berasal dari Timur Tengah

2.

Gambus ialah sejenis alat muzik tradisional bertali. Alat muzik ini terkenal di Malaysia. Gambus berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.


Berdasarkan petikan, alat muzik gambus berasal dari mana?

a)

Indonesia

b)

Timur Tengah

c)

Malaysia

d)

Negara Asia

3.

Mahsuri merupakan anak kepada Pandak Mayah dan Mek Andak Alang. Mereka menetap di Phuket sebelum berhijrah ke Langkawi. Apabila dewasa, Mahsuri berkahwin dengan seorang pemuda yang perkasa bernama Wan Darus.


Mahsuri merupakan legenda yang terkenal di _________.

a)

Thailand

b)

Langkawi

c)

Kedah

d)

Phuket

4.

Mahsuri merupakan anak kepada Pandak Mayah dan Mek Andak Alang. Mereka menetap di Phuket sebelum berhijrah ke Langkawi. Apabila dewasa, Mahsuri berkahwin dengan seorang pemuda yang perkasa bernama Wan Darus.


Berdasarkan petikan, siapakah nama suami Mahsuri?

a)

Wan Darus

b)

Pandak Mayah

c)

Mek Andak Alang

d)

Wan Deris

5.

Malaysia merupakan sebuah negara yang harmoni. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India hidup dengan aman tanpa sengketa. Disebabkan itu jugalah Malaysia mempunyai budaya yang unik. Buktinya, setiap kali tiba musim perayaan semua orang akan saling mengunjungi.


Berdasarkan petikan, yang manakah bukan kaum di Malaysia?

a)

Betawi

b)

Cina

c)

India

d)

Melayu

6.

Malaysia merupakan sebuah negara yang harmoni. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India hidup dengan aman tanpa sengketa. Disebabkan itu jugalah Malaysia mempunyai budaya yang unik. Buktinya, setiap kali tiba musim perayaan semua orang akan saling mengunjungi.


Berdasarkan petikan, yang manakah bukan keunikan Malaysia?

a)

Malaysia menyambut satu perayaan setiap tahun.

b)

Malaysia mempunyai budaya yang unik.

c)

Malaysia merupakan sebuah negara yang harmoni.

d)

Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

7.

Penjagaan kesihatan gigi adalah sangat penting. Kita perlulah menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita juga perlu mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kalsium seperti susu. Kalsium dapat menguatkan gigi dan tulang kita.


Berdasarkan petikan, apakah kepentingan kalsium?

a)

Kalsium dapat mengurangkan berat badan seseorang.

b)

Kalsium dapat menguatkan gigi dan tulang kita.

c)

Kalsium dapat mencantikkan kulit wajah dan badan.

d)

Kalsium dapat meningkatkan ketinggian seseorang.

8.

Tahukah anda cara mencuci tangan dengan betul? Langkah pertama, kita perlu menggosok tapak tangan, setiap jari dan celah-celah jari dengan sabun. Kemudian, gosok bahagian telapak tangan dan bahagian belakangnya. Selepas itu, bilas tangan dengan air bersih. Akhir sekali, keringkan tangan dengan kain bersih.


Berdasarkan petikan, bagaimanakah cara mencuci tangan dengan betul?

a)

Kita hendaklah menggosok bahagian badan dengan sabun.

b)

Kita hendaklah menyentuh bahagian badan dengan sabun.

c)

Kita hendaklah memicit bahagian tangan dengan air dan sabun.

d)

Kita hendaklah menggosok bahagian tangan dengan sabun.

9.

Sebagai langkah keselamatan di rumah, kita mestilah menyimpan peralatan tajam di tempat yang selamat. Peralatan tajam seperti pisau, gunting, paku dan jarum hendaklah disimpan di tempat khas selepas digunakan. Kanak-kanak berkemungkinan menjadikan alatan tersebut sebagai permainan yang boleh mengakibatkan kecederaan.


Berdasarkan petikan, yang manakah bukan alatan tajam?

a)

pisau

b)

paku

c)

gunting

d)

senduk

10.

Melisa dan adiknya pergi ke bank untuk menyimpan wang kerana tabung mereka sudah penuh. Setiap hari mereka akan menyimpan sedikit wang ke dalam tabung. Amalan menabung adalah amalan mulia. Amalan ini dapat mendisiplinkan diri agar menjadi seseorang yang pandai berjimat cermat dan berhemah.


Berdasarkan petikan, bagaimanakah menabung dapat mendisiplinkan diri?

a)

Mereka menyimpan duit ke dalam tabung setiap hari.

b)

Mereka pergi ke bank untuk menyimpan wang setiap hari.

c)

Mereka mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam.

d)

Mereka menggunakan wang yang banyak ketika berbelanja.

11.

Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral. Kandungan ini membantu meningkatkan daya tahan tubuh seseorang serta menangani sebarang jangkitan penyakit. Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi akan memberi lebih tenaga kepada tubuh seseorang.


Berdasarkan petikan, apakah contoh makanan yang mengandungi vitamin dan mineral?

a)

daging

b)

telur

c)

mentega

d)

tomato

12.

Terengganu merupakan negeri peranginan. Hampir kesemua bandar utama di Terengganu dekat dengan pesisir pantai. Keindahan dan kebersihan pantainya memukau hati setiap pelancong yang berkunjung ke sana. Antara kawasan yang sering menjadi tumpuan ialah Pantai Batu Buruk dan Pantai Tok Jembal.


Berdasarkan petikan, apakah tarikan utama di Terengganu?

a)

Keindahan dan kebersihan pantai

b)

Keenakan makanan tradisional di kampung

c)

Kemajuan dalam pembangunan bandar

d)

Keunikan adat dan budaya masyarakat

13.

Tabiat merokok menyumbang kepada hampir 40 jenis penyakit. Antaranya ialah kanser paru-paru, penyakit jantung, strok, dan sebagainya. Tegasnya, negara akan memiliki generasi muda yang sihat apabila tabiat merokok dihentikan.


Berdasarkan petikan, apakah kebaikan berhenti merokok?

a)

Dapat meningkatkan taraf kesihatan seseorang

b)

Kemajuan dalam pembangunan bandar

c)

Keenakan makanan tradisional di kampung

d)

Keunikan adat dan budaya masyarakat