wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI PSV TINGKATAN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi utama pakaian tradisional?

a)

Perhiasan diri

b)

Kekuatan badan

c)

Perlindungan diri

d)

Pengenalan identiti

2.

‘Merupakan kepala tali pinggang bagi golongan lelaki atau wanita yang digayakan dengan sarung atau samping’. Apakah nama perhiasan dengan ciri yang dinyatakan?

a)

Dokoh

b)

Pending

c)

Kalung Papan

d)

Gendik

3.

_____________________ dipakai pada bahagian dahi dan dikenali sebagai pemanis dahi.

a)

Cucuk Sanggul

b)

Pending

c)

Sanggul Lintang

d)

Gendik

4.

Apakah media yang digunakan dalam gambar foto 1?

a)

A Pastel

b)

B Pensel

c)

C Arang

d)

D Cat minyak

5.

Antara berikut yang manakah kategori hasil karya melalui aplikasi teknik hibrid?

a)

Seni Lukisan Barat

b)

Seni Lukisan Moden

c)

Seni Lukisan Baharu

d)

Seni Lukisan Kontemporari

6.

Gambar di atas merupakan karya lukisan yang menggunakan teknik lukisan digital. Apakah media yang digunakan dalam teknik tersebut?

a)

Media campuran

b)

Media hibrid

c)

Media digital

d)

Media baharu

7.

Namakan dua jenis media yang digunakan dalam era seni kontemporari

a)

media warna dan media hitam putih

b)

media konvensional dan moden

c)

media campuran dan media baharu

d)

media lama dan media baharu

8.

Apakah nama teknik berdasarkan gambar foto 2?

a)

Teknik Impasto

b)

Teknik Percikan

c)

Teknik Hard-Edge

d)

Teknik Scumbling

9.

Apakah jenis teknik dalam penghasilan cat minyak?

a)

Glazing dan impasto

b)

Glazing dan hibrid

c)

Impasto dan tempera

d)

Tempera dan hibrid

10.

Menggunakan warna secara terus dari tiub dengan sapuan pisau palet. Apakah jenis teknik catan tersebut?

a)

Glazing

b)

Alla prima

c)

Scumbling

d)

Impasto

11.

Teknik hard-edge menggunakan _________________ untuk memisahkan warna agar karya seni catan kelihatan kemas, tepat dan terpotong-potong.

a)

gam

b)

tampalan kertas

c)

masking tape

d)

cat minyak

12.

Antara media berikut, yang manakah menggunakan alatan pisau palet?

a)

Cat gouache

b)

Cat tempera

c)

Cat minyak

d)

Cat air

13.

Apakah ciri utama dalam seni arca?

a)

Digunakan sebagai hiasan

b)

Seni yang berbentuk tiga dimensi

c)

Digunakan untuk upacara keagamaan

d)

Boleh dihasilkan dengan pelbagai media

14.

Apakah perbezaan antara arca estetik dengan arca berfungsi?

a)

Arca estetik bersifat abstrak, arca berfungsi bersifat realistik.

b)

Arca estetik dan arca berfungsi menggunakan kaedah membentuk yang berbeza.

c)

Arca estetik menekankan unsur jisim dan ruang, arca berfungsi menekankan kesesuaian saiz.

d)

Arca estetik berdasarkan tema dan mesej pengarca, arca berfungsi mempunyai tujuan tertentu.

15.

Gambar di bawah menunjukkan sebuah arca estetik. Mengapa ia dikenali sebagai arca estetik

a)

Hanya dipamerkan di galeri seni

b)

Boleh diguna untuk fungsi tertentu

c)

Rekaan yang indah dengan pelbagai fungsi

d)

Diperagaan untuk tujuan keindahan sahaja

16.

Maklumat di bawah merupakan kaedah asas membentuk arca :

· Mengukir dan membuang bahan berlebihan

· Menggunakan bahan seperti kayu,mamar dan plaster paris

Apakah kaedah membentuk arca tersebut ?

a)

Acuan

b)

Luakan

c)

Binaan

d)

Manipulasi

17.

Apakah kepentingan pereka bentuk landskap?

a)

Memastikan udara segar

b)

Meningkatkan kualiti tumbuhan

c)

Menentukan tumbuhan untuk ditanam

d)

Memastikan ruang landskap yang dibina mengikut spesifikasi

18.

Siapakah yang bertanggungjawab menyediakan pelan susun atur dan hiasan serta menentukan ciri-ciri binaan

a)

Pensyarah

b)

Arkitek Landskap

c)

Kontraktor Landskap

d)

Pereka bentuk landskap

19.

Apakah nama alatan yang digunakan dalam melukis pelan reka bentuk landskap.

a)

Keluk Perancis

b)

Sesiku T

c)

Set Sesiku Segi Tiga

d)

Pen Teknikal

20.

Merujuk kepada gambar apakah nama proses tersebut .

a)

mengenal pasti simbol tanaman

b)

menghasilkan pelan induk reka bentuk

c)

melakar gambar rajah buih

d)

mewarna pelan reka bentuk