WorksheetsGeografi Tingkatan 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah kegiatan manusia yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian gerakan jisim di Malaysia?
Penanaman padi di tanah pamah
Perikanan akuakultur di pinggir laut
Perlombongan petroleum di luar pantai
Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi
Bagaimanakah bahan yang halus dan ringan diangkut oleh aliran sungai?
Larutan
Seretan
Ampaian
Golekan
Faktor penentu pergerakan jisim di kawasan cerun curam ialah
litupan tumbuhan
kelembapan regolit
jumlah air yang cukup
struktur dan kestabilan cerun
Antara berikut, yang manakah merupakan faktor fizikal yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh?
Aktiviti pertanian pindah
Pembinaan jalan raya dilereng bukit
Hujan lebat yang berterusan dan lama
Aktiviti pengkuarian yang tidak terkawal
Luluh hawa fizikal giat berlaku di kawasan gurun kerana
Kekurangan tumbuhan di kawasan gurun
Proses beku cair berlaku pada batuan
Perubahan suhu yang ekstrem
Rekahan pada batuan
Aktiviti penambakan laut menyebabkan
zon penampan musnah
hakisan pantai berkurang
kemasinan air laut meningkat
rantaian makanan tidak terjejas
Situasi manakah menunjukkan kesan taburan penduduk jarang?
Guna tenaga bertambah
Persaingan guna tanah tinggi
Kawasan setinggan meningkat
Pasaran barangan domestik kurang
Kirakan kadar pertumbuhan semula jadi penduduk di Negara P sekiranya peratus kadar kelahiran ialah 2.3%, peratus kadar kematian ialah 0.6% dan peratus kadar migrasi bersih ialah 0.2%.
2.9%
1.9%
1.7%
1.5%
Apakah faktor yang menyumbang kepada pembentukan piramid terganggu?
Berlakunya sebaran penyakit berjangkit
Berlakunya peralihan politik yang positif
Berlakunya peningkatan tahap kesihatan penduduk
Berlakunya peningkatan tahap pendidikan penduduk
Apakah faktor tarikan yang mempengaruhi migrasi antarabangsa?
Bencana alam
Kadar upah tinggi
Kurang peluang pekerjaan
Keadaan politik yang tidak stabil
Proses urbanisasi akan berlaku apabila
Perubahan tempat tinggal penduduk
Perkembangan kedudukan bandar
Pertambahan kesesakan di bandar
Perubahan cara hidup moden
Apakah kesan yang berlaku akibat proses urbanisasi terhadap alam sekitar?
Pencemaran air
Kesesakan lalu lintas
Taraf hidup meningkat
Kawasan hijau bertambah
Bagaimanakah kawasan bandar melengkapi keperluan luar bandar?
Menyediakan bahan mentah
Menyediakan tenaga kerja
Menyediakan perkhidmatan kewangan
Menyediakan kawasan ekopelancongan
Apakah faktor yang mempengaruhi urbanisasi di Malaysia?
Pertambahan penduduk
Pencemaran udara
Perubahan suhu
Peningkatan kawasan hijau
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan lapisan biosfera?
Kawasan sumber air
Kawasan gunung-ganang
Merupakan sumber mineral
Kepelbagaian jenis hidupan
