wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ NOVEL JALAN KE PUNCAK : ASPEK NILAI & PENGAJARAN

Total questions: 13

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pak Kiassim mula sedar dan memahami pendirian Laiman. Pak Sahok juga mula bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya untuk tujuan projek ternakan ikan air tawar. Pernyataan ini menggambarkan nilai ..........

a)

kasih sayang

b)

Baik hati

c)

Keinsafan

d)

kesyukuran

2.

Laiman berani menggambil risiko dengan menjadi petani moden kerana berkeyakinan bahawa segala usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja dalam sektor kerajaan. Pernyataan ini menggambarkan nilai .............

a)

bersemangat

b)

keberanian

c)

tidak mudah berputus asa

d)

tanggungjawab

3.

Nenek Laiman sanggup mengeluarkan sejumlah wang bagi membiayai pendidikan Laiman di universiti manakala abang Laiman iaitu Mail masih belum berkeluarga kerana wangnya disalurkan kepada Laiman sehingga Laiman tamat pengajian. Nilai yang ditunjukkan oleh nenek dan Mail iailah nilai ...............

a)

tanggungjawab

b)

baik hati

c)

berdikari

d)

kasih sayang

4.

Pernyataan yang menggambarkan nilai baik hati ialah ...........

a)

Laiman sentiasa menyokong dasar kerajaan yang sangat menggalakkan golongan muda bekerja sendiri.

b)

Sukri menyelia kerja Laiman dengan penuh rasa tanggungjawab semasa Laiman menjalani latihan di syarikat minyak.

c)

Laiman tidak menunjukkan sikap marah apabila Kadek dan Muali yang dilatihnya menolak untuk bersama-sama menjayakan projek ternakan ikan air tawar.

d)

Laiman sentiasa berfikiran positif dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.

5.

Nilai ketabahan merujuk kepada .................

a)

Laiman tetap dengan pendiriannya untuk menjalankan projek yang dirancangnya walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

b)

Sukri membimbing Laiman untuk menghabiskan pembelajarannya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak di Sarawak.

c)

Laiman berasa sangat bersyukur kerana segala usahanya membuahkan kejayaan yang cemerlang.

d)

Pak Sahok tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran menggunakan tanah paya bagi tujuan ternakan ikan air tawar walaupun dipujuk oleh Laiman.

6.

Berapakah markah yang diperuntukkan untuk bahagian isi dalam menjawab soalan novel tingkatan dua?

a)

3 markah

b)

4 markah

c)

5 markah

d)

6 markah

7.

pemarkahan bahagian isi perlulah merangkumi .............

a)

3 isi + 3 huraian

b)

3 isi sahaja

c)

3 huraian sahaja

d)

6 isi

8.

perkataan yang "wajib" digunakan dalam penulisan jawapan bagi soalan pengajaran ialah ............

a)

hendaklah kita .............

b)

kita hendaklah/ perlulah/ mestilah ............

c)

mereka hendaklah .............

d)

hendaklah .....................

9.

Keputusan Kadek dan Muali untuk meninggalkan projek diterima oleh Laiman dengan hati terbuka. Pernyataan ini merujuk kepada pengajaran apa?

a)

Kita haruslah memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging

b)

Kita hendaklah memiliki sikap berani untuk mengubah nasib

c)

Kita hendaklah menerima keputusan orang lain dengan hati yang terbuka.

d)

Kita perlulah bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh tuhan.

10.

Laiman menunjukkan akaun simpanan projeknya kepada Milan. Pengajaran yang sesuai ialah ............

a)

Kita perlu memiliki sikap setia kawan

b)

Kita haruslah berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang

c)

Kita mestilah bertanggungjawab semasa melaksanakan tugas.

d)

Kita mestilah bersikap jujur dengan rakan sekerja.

11.

Pilih ayat yang menggambarkan elemen pengajaran.

a)

Kita perlu memiliki jiwa patriotisme

b)

Janganlah bersikap tidak jujur sesama rakan sekerja

c)

Tidak seharusnya melakukan perbuatan khianat terhadap orang lain.

d)

Kita haruslah bersyukur terhadap rezeki yang dikurniakan oleh tuhan.

12.

Peruntukan markah bahasa bagi soalan novel adalah sebanyak ...............

a)

1 markah

b)

2 markah

c)

3 markah

d)

4 markah

13.

Jumlah markah yang diperuntukan untuk menjawab soalan novel tingkatan dua adalah sebanyak 10 markah.

a)

BETUL

b)

SALAH