WorksheetsUlangkaji BM Tingkatan 1
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Satu daripada bangunan yang menjadi tarikan pelancong di Teluk Intan, Perak ialah...................
Jam Besar
Menara Condong
Bangunan Kembar
Menara Kasih
2. Program Minggu Penulis Remaja itu dianjurkan oleh.....................
Dewan Pelajar
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Negara
Dewan Bandar Raya Ipoh
3. Kamarazaman telah dilantik sebagai..................Kelab Catur SMK Bandar Bukit Mahkota semasa mesyuarat agung semalam.
pengerusi
ahli
penasihat
pemain
4. ........................Sultan Selangor terletak di Persiaran Kayangan, Shah Alam.
Peterana
Mahligai
Singgahsana
Istana
5. Kebanyakan golongan berpendapatan rendah atau miskin di Kuala Lumpur tinggal di rumah..................
banglo
teres
panjang
pangsa
Isi tempat kosong dengan memilih jawapan yang betul yang disediakan di dalam kurungan.
6. Pemandangan yang (a) itu sungguh menarik. ( kaulukis , mulukis)
7. Bangunan itu akan (a) kepada Pak Cik Rosli pada petang ini. ( akuserahkan , kuserahkan )
8. Datanglah ke (a) malam ini. ( rumahku , rumah ku )
9. Kami memohon (a) ya Allah agar kami berada dalam keadaan selamat dan sejahtera. ( rahmatmu , rahmatMu )
10. Kita berserah (a) Tuhan yang maha berkuasa. (kepadanya, kepadaNya)
