wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T3:P9 SEDEKAH KUNCI KEBAIKAN

Total questions: 35

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Apakah antara terjemahan yang betul bagi hadis di atas?

a)

Menutup aurat dengan betull

b)

Setiap sendi ditubuh badan manusia ialah sedekah bagiNya

c)

Bersedekah membantu kita menjadi seorang yang lebih baik

d)

Dan kamu membantu seseorang menaiki tunggangannya

2.

Siapakah sahabat yang paling banyak menghafaz dan meriwayatkan hadis?

a)

Abu Bakar

b)

Al-Bukhari

c)

Abu Hurairah

d)

Umar al-Khattab

3.

Apakah maksud sedekah dari segi bahasa?

a)

Penerima

b)

Pemurah

c)

Pengemis

d)

Pemberian

4.

Apakah erti sedekah dari segi istilah?

a)

Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

b)

Sesuatu pemberian yang diberikan oleh seseorag yang pemurah dan baik hati

c)

Sesuatu kebaikan yang dilakukan bertujuan untuk mendapat rezeki dan pahala lebih

d)

Sesuatu yang menggembirakan hati penerima

5.

Dinamakan sedekah kerana sedekah itu amalan yang menzahirkan _______

a)

Kejahatan

b)

Kebaikan

c)

Kebenaran

d)

Kemuliaan

6.

Benarkah perbuatan bersedekah merangkumi semua kebaikan?

a)

BENAR

b)

SALAH

7.

Pilih antara contoh amalan bersedekah yang dinyatakan dalam hadis.

a)

Mengucapkan perkataan yang baik

b)

Berlaku adil dalam tindakan

c)

Memberi wang

d)

Membantu orang menaiki kenderaan

8.

Apakah antara kelebihan berlaku adil terhadap 2 orang yang bertelingkah?

a)

Digemari oleh mereka berdua

b)

Menghalang kedua-dua pihak melanggar perintah Rasulullah agar tidak berterusan bertelingkah selama 3 hari

c)

Disanjung oleh masyarakat kerana bersikap adil

d)

Mententeramkan hati kedua-dua belah pihak

9.

Apakah kelebihan membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barangan ke dalam kenderaan?

a)

Menyusahkan orang lain kerana menyibuk

b)

Memberi keselesaan kepada orang yang memerlukan bantuan seperti orang emas,pesakit,ibu mengandung dan orang kurang upaya

c)

Meringankan beban orang lain

d)

Dipuji-puji oleh mereka

10.

Apakah kelebihan mengucapkan perkataan yang baik?

a)

Ditawarkan menjadi penyanyi

b)

Suara digemari ramai

c)

Mengelakkan berlakunya pertelingkahan

d)

Menenangkan hati pendengar

11.

Apakah kelebihan berjalan untuk menunaikan solat?

a)

Ditingkatkan darjat dan dihapuskan dosa jika menuju ke masjid dalam keadaan berwuduk

b)

Orang mengikut jejak langkahnya

c)

Dapat mengamalkan gaya hidup sihat

d)

Dapat dijadikan contoh yang baik

12.

Apakah kelebihan mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan?

a)

Menunjukkan keimanan kepada Allah SWT

b)

Menjadi orang yang paling terbaik

c)

Mencintai alam sekitar

d)

Mengurangkan risiko kemalangan

13.

Terdapat ____ tingkat bersedekah.

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

14.

Apakah antara tingkat-tingkat bersedekah?

a)

Jika tidak mampu,hendaklah dia mengemis untuk bersedekah

b)

Bersedekah dengan duit

c)

Jika tidak mampu,hanya senyum

d)

Jika tidak mampu,hendaklah dia bekerja sehingga mampu untuk bersedekah

15.

Apakah antara pengajaran hadis?

a)

Kita hendaklah bersedekah dengan memberi sedikit manapun wang yang kita ada

b)

Kita hendaklah mendamaikan orang yang bertelingkah kerana setiap mukmin bersaudara

c)

Kita hendaklah sentiasa memanfaatkan masa,tenaga dan kemahiran yang ada untuk membentuk orang lain agar menjadi orang bertakwa

d)

Kita hendaklah sentiasa tersenyum kerana senyum adalah sedekah

16.

Anda melihat seorang warga emas bersama seorang kanak-kanak ingin melintas jalan tetapi mereka terkial-kial,apakah tindakan yang sewajarnya anda lakukan?

a)

Berpura-pura tidak melihat

b)

Mengambil telefon dan meraka mereka

c)

Tertawa

d)

Membantu mereka untuk melintas jalan

17.

Jika seseorang mengejek bapa seseorang yang lain,lalu dibalas dengan ejekan terhadap ________ mereka.

a)

Kawan

b)

Diri

c)

Keluarga

d)

Ibu dan bapa

18.

Menolak peminta-peminta sedekah perkataan yang baik dan memaafkan kesilapan mereka ialah lebih baik daripada

a)

Memberi sedekah dengan niat ikhlas

b)

Memberi sedekah yang diiringi kata-kata baik dan sopan

c)

Memberi sedekah yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati

d)

Tidak memberi lansung

19.

Seorang peminta sedekah meminta sedekah kepada rakan anda,tetapi rakan anda telah mencacinya dan menghina perbuatan peminta sedekah itu.Adakah itu contoh yang baik?

a)

Ya

b)

Tidak

20.

Sekiranya anda seseorang yang berupaya (cukup lengkap anggota badan secara fizikal/mental) tetapi anda malas untuk bekerja dan berbuat keputusan untuk meminta sedekah. Adakah tindakan yang anda lakukan tepat dan mulia di sisi Allah?

a)

Ya

b)

Tidak

21.

maksud sedekah dari segi bahasa?

a)

penerimaan

b)

pertolongan

c)

pemberian

d)

pengambilan

22.

Apakah maksud sedekah dari segi istilah ?

a)

satu pemberian kepada orang lain untuk mendapat pujian semata-mata

b)

pemberian kepada orang kaya sahaja

c)

satu pemberian untuk mendekatkan diri kepada Allah

23.
Apakah adab bersedekah?
a)
Memberi dengan ikhlas
b)
Mengungkit-ngungkit sedekah yang diberikan
c)
Menyakiti hati menerima sedekah
d)
Menunjuk-nunjuk dan riak dalam memberi.
24.
Sebagai salah seorang umat islam apakah amalan-amalan sedekah yang boleh dilakukan dalam kehidupan harian ?
a)
Membiarkan sahabat di dalam kesusahan
b)
Memberi nasihat yang baik
c)
Meletakkan benda-benda yang  menghalang jalan
d)
Berjalan kearah maksiat
25.

Berikut adalah merupakan implikasi amalan bersedekah kepada individu kecuali:

a)

Jasanya akan dikenang

b)

Mendapat keberkatan daripada Allah

c)

Mendapat pahala yang berterusan selagi sedekah tersebut bermanfaat

d)

Menaikkan imej dengan menyalurkan tabung derma kepada Negara miskin.

26.
Yang manakah antara yang berikut adalah merupakan implikasi amalan bersedekah kepada keluarga?
a)
Dikasihi dan dihormati oleh masyarakat
b)
Membentuk masyarakat penyayang dan bantu-membantu
c)
Menyelesaikan masalah ekonomi antara sanak-saudara
d)
Jasanya akan dikenang
27.
Berikut adalah kesan-kesan sedekah kecuali
a)
dapat sama sama menikmati nikmat Allah
b)
membuat orang gembira
c)
hilang sifat hasad dengki dan tidak puas hati terhadap orang kaya
28.
Yang manakah bukan amalan sedekah ?
a)
tidak mengungkit-ungkit sedekah yang diberi
b)
perkataan yang baik
c)
membuang perkara yang menyakiti dijalan
d)
berjalan ke masjid untuk solat
29.

Apakah implikasi amalan bersedekah terhadap Negara?

a)

Negara akan menjadi miskin

b)

Negara akan dipandang hina oleh Negara lain

c)

Negara akan dipandang mulia kerana membantu Negara-negara miskin lain

d)

Negara menjadi mundur

30.

Pemberian sedekah bagi tujuan maksiat

a)

Haram

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh

31.

Apakah tindakan anda jika ternampak rakan sedang bertelingkah ?

a)

MEMBANTU UNTUK BERTELINGKAH

b)

MELAPORKAN KEPADA KETUA GANGSTER

c)

MEMBANTU UNTUK MENDAMAIKAN

32.

Pada pendapat anda , apakah yang menyebabkan pahala sedekah seseorang tidak dikira ?

a)

BERSEDEKAH DI JALAN ALLAH

b)

BERSEDEKAH UNTUK MENUNJUK-NUNJUK

c)

BERSEDEKAH DENGAN IKHLAS

33.
Fattah Anim meminta pihak media membuat liputan berkaitan sumbangannya pada orang miskin tempoh hari dengan niat hendak menunjuk-nunjuk. Wajarkah tindakan dia?
a)
Wajar
b)
Tidak wajar
34.

Nyatakan kelebihan mengalihkan sesuatu yang berbahya di jalan ?

a)

MENGURANGKAN PERGADUHAN

b)

MERINGANKAN BEBAN ORANG LAIN

c)

MENGURANGKAN RISIKO KEMALANGAN

35.

Nyatakan amalan-amalan sedekah yang disebut dalam hadis ?

a)

Berlaku adil dan membuang sampah atas jalan raya

b)

mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah

c)

membantu orang menaikii kenderaan, berjalan untuk menunaikan solat