NEW
Font size
WorksheetsLatihan Tatabahasa
Total questions: 70
Worksheet time: 38mins
Zhi Ling dan abangnya _______ dengan ibu bapa sebelum mereka pergi ke sekolah.
bersalam
menabung
mengeluarkan wang
berjimat
Kita harus belajar dengan bersungguh-sungguh demi ________ kita.
perbelanjaan
berjimat
baki wang
masa hadapan
Pelayan restoran itu ________ pesanan tetamu dalam sebuah buku nota kecil.
menabung
mengira
mencatat
merancang
_________ yang ada dalam poket seluar Azmir hanya 60 sen sahaja.
menabung
Berjimat
Masa hadapan
Baki wang
Amalan _______ harus dipupuk sejak kecil lagi.
menabung
mengira
mengeluarkan
perbelanjaan
Kita mestilah menghormati ibu bapa kerana ................... telah menjaga kita sejak kecil.
mereka
tuan
dia
kalian
Emak saya membeli tiga ........... jagung rebus di pasar malam.
biji
ruas
tangkai
tongkol
Razif hanya duduk di ........... pandang sambil memerhatikan kawan-kawannya bermain bola sepak.
tengah
antara
tepi
atas
Aina dan Aimi merupakan pasangan kembar. Namun,mereka kerap bergaduh mengenai perkara yang kecil. Perlakuan mereka ini ibarat .....................
Bagai isi dengan kuku
Bagai anjing dengan kucing
Air dicincang tak akan putus
Bagai cacing kepanasan
........... kampung itu memang terkenal dengan sikap tolong-menolong.
Penumpang
Penginap
Penduduk
Peninggal
Pilih ayat yang mempunyai makud yang sama atau paling hampir dengan ayat dalam soalan.
Yani melarang adiknya bermain dekat dengan jalan raya itu.
Yani dan adiknya dilarang bermain dekat dengan jalan raya itu.
Yani dan adiknya menegah jalan raya itu bermain berdekatan.
Yani tidak membenarkan adiknya bermain berhampiran dengan jalan raya itu.
Adik Yani ditegah bermain berhampiran dengan jalan raya itu oleh kakak Yani.
_______________ tingkap rumah Pak Baba terpaksa ditukar kerana telah reput dimakan anai-anai.
Jejari
Kekisi
Tetupai
Kekuda
Kemalangan itu berlaku _______________ di atas jambatan.
nyaris-nyaris
benar-benar
tepat-tepat
betul-betul
Yani ______________ ramah ketika melayan tetamu yang datang ke rumahnya.
benar
sekali
paling
sangat
Ikan paus yang hidup di laut _____ sejenis haiwan mamalia.
ialah
adalah
iaitu
benar
"Lelaki yang memakai tali leher itu _____ ayah saya," kata Ai Ling kepada Sarah.
ialah
adalah
sungguh
bahawa
Wanita yang memakai ceongsam itu ___________ ibu kepada Jae Yik.
sahaja
bukan
juga
tidak
"__________kah harga sekilogram buah anggur ini?" tanya Puan Rita kepada penjual buah itu.
Apa
Berapa
Bila
Siapa
___________ amalkan makan makanan ringan. Hal ini disebabkan makanan ringan tidak baik untuk kesihatan.
Minta
Jemput
Jangan
Tolong
Ayah ___________ emak sehelai kain suterai sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
menghadiah
menghadiahi
menghadiahkan
memperhadiahkan
_______ murid-murid di sekolah itu terdiri daripada penduduk di kawasan itu.
Tiap-tiap
Setengah
Para-para
Kebanyakan
Keretapi ini akan bertolak _____________ Kuala Lumpur.
dari
daripada
ke
kepada
"Ali ___________ tutupkan suis kipas itu," Kata Cikgu Sumayah kepada Ali
jangan
sila
tolong
Kaisara __________________ basikal untuk pergi ke kelas tambahan.
memandu
menunggang
Pilih perkataan yang seerti atau sama maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.
Datuk Salleh menternak ayam di kampung.
menangkap
menyembelih
memelihara
menjual
Pilih perkataan yang seerti atau sama maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.
Kakak saya bekerja di bandar.
desa
pejabat
kota
kampung
Pilih perkataan yang seerti atau sama maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.
Kuih yang ibu buat itu sangat lazat.
tawar
sedap
baik
mahal
Pilih perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.
Kasim gembira kerana telah menang di dalam peraduan itu
tewas
berjaya
maju
rosak
Pilih perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.
Harga baju kurung itu sangat mahal.
cantik
untung
murah
sederhana
Pilih perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan yang bergaris bawah.
Di dalam air sungai itu ada sebuah peti usang.
cetek
masuk
keruh
luar
Murid -murid berdiri tegak semasa lagu ____________dinyanyikan di perhimpunan sekolah.
Negaraku
Tanah Airku
Jalur Gemilang
negaraku
Bayi itu ______________-tanpa henti sejak dari tadi lagi.
menangis
ketawa
bangun
tidur
Chef Zamri ___________________di sebuah restoran terkenal di ibu kota.
bekerja
tinggal
mengajar
bermain
Murid -murid __________________semasa membeli makanan di kantin sekolah.
berebut
berlari
berjalan
beratur
Kuda merupakan haiwan yang berlari ______________.
laju
lambat
pantas
perlahan
Ibu membeli baju __________________untuk saya dan kakak.
lama
baharu
silam
segera
_____________________________cara untuk membuat kek kukus coklat?
Di manakah
Mengapakah
Bagaimanakah
Siapakah
" _______________ harus berlatih bersungguh-sungguh untuk menewaskan pasukan dari Kelantan," kata jurulatih kepada kami.
Anda
Kami
Kalian
Mereka
Bangunan______________ itu menjadi mercu tanda di Teluk Intan.
tegak
lurus
condong
senget
Udara di Sri Damai Resort, Kalumpang itu sungguh__________
baik
cergas
nyaman
indah
Pak Long Jamal duduk berehat di pondok __________ itu untuk menghilangkan penat.
usang
buruk
pudar
kelam
___________ murid di kelas itu sedang beratur di luar bilik darjah.
Setengah
Semua
Segala
Tiap
Jia Ling _____ kerana kurang membaca.
bagai abu di atas tunggal
bagai pinang dibelah dua
bagai bertepuk sebelah tangan
seperti katak di bawah tempurung
Suziana rindu _____adiknya yang sudah setahun tidak pulang bercuti dari luar negara
pada
akan
kepada
terhadap
" ________________, sakitnya gigi geraham saya ini", kata Borhan kepada ibunya
Cis
Nah
Aduh
Aduhai
Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.
menanak ... menjerang
memasak ... mendidihkan
menanak ... merebus
mengukus ... menjerang
Encik Sulaiman menghadiahkan ___________ cincin berlian kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.
seutas
sebutir
sebilah
sebentuk
Nenek sedang ____________________
menjahit pakaian
menenun songket
melukis gambar
menganyam tikar
Pak Ali sedang bersandar _____________ dinding rumahnya.
pada
di atas
kepada
daripada
Semua murid dikehendaki hadir ke perkhemahan itu ______ Anisa kerana dia sakit.
lalu
kerana
kecuali
manakala
Siew Ling mencuci buah betik dengan air yang bersih __________ memotongnya.
lalu
untuk
kerana
sungguhpun
________ datang ke rumah saya lagi jika ada kelapangan.
Silalah
Tolonglah
Mintalah
Janganlah
______ masuk, majlis akan dimulakan sebentar lagi.
Usahlah
Tolonglah
Jemputlah
Janganlah
Abang Lina _________ pelajaran di Universiti Sains Malaysia.
lanjutan
melanjut
berlanjutan
melanjutkan
Suasana di kampung itu menjadi _________ kerana semua penghuni pulang ke kampung untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.
haru-biru
riuh-rendah
senyap-sunyi
gotong-royong
“________ adikku sayang, jagalah dirimu baik-baik semasa berada di luar rumah!” pesan Khairul kepada adiknya.
Aduh
Amboi
Wahai
Aduhai
“__________, malang sungguh mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang itu!
Wah
Amboi
Wahai
Aduhai
Kasut yang direka oleh Encik Hendry cantik ___________ tidak mahal.
supaya
tetapi
untuk
__________ kita mesti makan makanan yang berkhasiat?
Di manakah
Apakah
Mengapakah
Berapakah
Selva terpaksa ber__________ kerana kakinya telah hilang.
kaki bangku
kaki botol
kaki ayam
angkat kaki
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
____________ peserta yang menyertai Kem Membaca di Perpustakaan Negara akan diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur.
Berpuluh
Kedua
Para
Setengah
"__________________kah tujuan kamu datang ke sini?"tanya Pak Ismail kepada Tamrin.
Ada
Apa
Siapa
Bagaimana
Mahani mencapai_________kertas, lalu menulis sedikit nota ringkas.
sebaris
sebuku
sehelai
sebiji
Pilih kata ganti nama tunjuk tempat yang betul.
Rumah saya terletak di seberang ______________ .
itu
sini
situ
sana
