WorksheetsPENTAKSIRAN SETARA STANDARD SAINS TAHUN 4 SKLA 2021 (NOB)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Antara berikut, yang manakah melanggar peraturan bilik Sains ?
Menjalankan uji kaji mengikut arahan guru
Membuang sampah ke dalam bakul sampah
Menghidu bahan kimia walaupun tidak disuruh oleh guru
Menyusun kerusi kerusi dan mengemas bilik Sains sebelum keluar
Antara urutan berikut, yang manakah betul bagi laluan udara semasa menarik nafas ?
Hidung➡️ Trakea➡️Peparu
Peparu ➡️Trakea➡️Hidung
Trakea➡️ Hidung➡️Peparu
Peparu➡️ Trakea➡️Mulut
Antara haiwan berikut, yang manakah tidak bernafas melalui insang ?
ikan
udang
ketam
belalang
Bahagian tumbuhan yang manakah bergerak balas terhadap tarikan graviti ?
batang
pucuk
akar
daun
Berikut merupakan sifat cahaya kecuali
Cahaya bergerak lurus
Cahaya tidak boleh menembusi objek legap
Cahaya dapat menembusi objek lut sinar
Cahaya tidak boleh dibiaskan
Berikut merupakan aplikasi pantulan bunyi kecuali
Penggunaan kanta tangan sebagai alat pembiasan cahaya
Penggunaan sonar pada kapal nelayan untuk mengesan kedudukan ikan di dalam laut
Penggunaan gelombang ultrasonik untuk memerhati keadaan bayi di dalam kandungan
Penggunaan sonar pada kapal nelayan untuk mengesan kedalaman laut
Maklumat berikut menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku pada peralatan P.
Tenaga elektrik➡️ Tenaga kinetik ➡️Tenaga Bunyi
Apakah peralatan yang mungkin bagi P?
J:Pengisar elektrik
K:Pembakar roti
L:Lampu pelita
M:Mesin basuh
J dan K
J dan M
K dan L
L dan M
Pernyataan-pernyataan di bawah adalah berkaitan dengan ciri-ciri suatu bahan. Ciri-ciri manakah sesuai untuk membuat baju hujan?
Kenyal dan lembut
Kalis air dan ringan
Boleh digunakan semula dan dikitar semula
Sukar untuk mereput dan tahan lama
Rajah 1 menunjukkan pergerakan Bumi.
Antara berikut, yang manakah betul tentang pergerakan Bumi itu?
Berputar melawan arah jam dari Barat ke Timur
Berputar melawan arah jam dari Timur ke Barat
Mengambil masa 365 ¼ hari untuk melakukan satu putaran lengkap
Mengambil masa 27 1/3 hari untuk melakukan satu putaran lengkap
Rajah 2 menunjukkan pemutar skru digunakan untuk membuka penutup tin cat.
Apakah mesin yang digunakan dalam aktiviti itu?
Tuas
Skru
Satah Condong
Roda dan gandar
