wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 5

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

" Berapakah harga ............... petai ini? " tanya Mak Nab kepada penjual di pasar itu.

a)

sebiji

b)

seulas

c)

sehiris

d)

sepapan

2.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai.


Pekerja-pekerja di hotel itu menyiapkan pentas khas untuk majlis

a)

bermandi peluh

b)

bertegang urat

c)

berputih tulang

d)

berpatah arang

3.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Encik Hasyim mendermakan buah pinggangnya kepada adiknya.

a)

berbesar hati

b)

berkecil hati

c)

berlebih hati

d)

bermurah hati

4.

“­­­Cikgu Aminah, bolehkah __________ menggunakan dewan sekolah pada petang ini?” tanya anak-anak murid.

a)

saya

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

5.

__________ekor burung hinggap di atas dahan pokok rambutan itu.

a)

Tiga

b)

Bertiga

c)

Ketiga

d)

Ketiga-tiga

6.

Daniel mengumpulkan baju-baju terpakai untuk didermakan _________ mangsa-mangsa gempa bumi.

a)

pada

b)

kepada

c)

dengan

d)

daripada

7.

Raju berkata bahawa dia _______ menyertai lawatan ke Pulau Pinang pada tahun lepas.

a)

belum

b)

sedang

c)

telah

d)

akan

8.

Tiket masuk ke taman hiburan itu _____ mahal.

a)

paling

b)

benar

c)

sekali

d)

terlalu

9.

Beberapa orang murid cemerlang di sekolah ini telah _____ biasiswa.

a)

ditawarkan

b)

menawarkan

c)

tawaran

d)

penawaran

10.

________ tajuk ceramah yang disampaikan oleh pakar motivasi itu?

a)

Bagaimanakah

b)

Mengapakah

c)

Apakah

d)

Siapakah

11.

Ayah telah menghadiahkan _____ cincin emas kepada ibu.

a)

sebuah

b)

sebentuk

c)

sebutir

d)

seketul

12.

Lina bangun ______ menutup suis lampu itu.

a)

atau

b)

serta

c)

lalu

d)

kecuali

13.

Pilih jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar yang diberikan.


Pak Hamid hendak menebang pokok kelapa yang __________ ke arah kandang kambingnya.

a)

bongkok

b)

bengkok

c)

serong

d)

condong

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Cikgu Ishak menjelaskan bahawa program Hari Kantin yang akan dianjurkan itu adalah untuk meluaskan pengetahuan murid-murid tentang perniagaan.

a)

“Pengetahuan kalian dapat ditambah melalui Hari Kantin yang bakal diadakan ini,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

b)

“Hari Kantin yang akan diadakan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan kalian dalam perniagaan,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

c)

“Hari Kantin ini diadakan untuk menyedarkan murid-murid tentang pentingnya ilmu perniagaan,” kata Cikgu Ishak.

d)

“Kalian akan mengetahui bidang perniagaan melalui Hari Kantin yang dianjurkan ini,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Semua barang-barang jualan hari ini begitu laris.

b)

Banyak perkara yang kamu peroleh jika sekiranya kamu mengikuti seminar itu.

c)

Harap semua pihak dapat memberikan kerjasama demi untuk menjayakan program ini.

d)

Pada malam tadi, kawasan Kampung Delima gelap-gelita kerana bekalan elektrik terputus.

16.

“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Kalian

17.

“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Patik

d)

Beta

18.

Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .

a)

berpindah randah

b)

berlekak lekuk

c)

bercalar balar

d)

berulang alik

19.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


"Bukankah sudah berpuluh kali kamu dipanggil temu duga? Tidak satupun yang berjaya?" tanya Khairil.

a)

Eh! Sabarlah! Jangan berputus asa.

b)

Memang belum rezeki aku lagi.

c)

Wah, sindir aku nampaknya!

d)

Tidak, engkau apa peduli!

20.

Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu.


Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas?

a)

Darah daging

b)

Bagai kacang lupakan kulit

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Seperti anjing dengan kucing