Font size
WorksheetsKata Penguat
Total questions: 41
Worksheet time: 21mins
Saiful tidak terangkat meja itu kerana ianya ____________berat.
nian
paling
benar
terlalu
Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
sangat
sekali
benar
nian
Rohana _____________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain
begitu
agak
sekali
betul
Cendol pulut Pak Hassan ___________ sehingga terkenal di pekan ini.
sekali enak
betul enak
nian enak
sungguh enak sekali
Jurulatih itu __________tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.
nian
amat
sekali
benar
Rasa buah durian tembaga itu ___________ sedap.
betul
sekali
sangat
benar
Pintar ___________ Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.
sungguh
paling
terlalu
agak
Air sungai itu jernih ____________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
agak
paling
amat
terlalu
Air sirap yang dibuat oleh Dahlia ini manis __________.
agak
nian
benar
terlalu
Indah ___________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja ditepi pantai itu.
terlalu
paling
nian
agak
__________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.
Sekali
Benar
Nian
Terlalu
Nescafe yang dibancuh oleh Tina manis __________ rasanya.
paling
benar
agak
terlalu
Biskut coklat yang dibuat oleh Mimi ___________ rangup.
sekali
nian
amat
betul
Pesawat itu mendarat dengan laju _________ lalu terbabas di hujung landasan.
paling
terlalu
sekali
agak
Keadaan pesakit di Wad Dahlia itu __________ membimbangkan dan perlu kepada rawatan segera.
sekali
betul
nian
agak
Murid-murid Tahun Empat Bestari berasa __________ bertuah kerana dapat bertemu dan berbual mesra dengan tokoh masyarakat itu.
nian
sungguh
sekali
betul
Budak lelaki itu nakal __________ kerana asyik mengusik rakan-rakannya.
sungguh
agak
paling
terlalu
Persahabatan antara Ramzan dan Kamal __________ renggang setelah mereka berselisih faham tentang beberapa perkara.
nian
sekali
agak
benar
Hati Ramlah gelisah kerana perjalanan bas ekspres yang dinaikinya untuk ke Kuantan itu perlahan __________.
agak
paling
terlalu
benar
Orang ramai tidak sanggup melihat mangsa kemalangan itu kerana keadaannya yang __________ mengerikan.
sekali
amat
benar
kurang
Dalam Kelas Enam Bestari itu, Zarinalah murid yang __________ pandai.
benar
nian
sekali
paling
Hang Tuah __________ setia akan Sultan Melaka.
amat
sekali
nian
betul
Sikap Fiazol menjadi liar setelah bergaul dengan budak-budak nakal __________ mendukacitakan ibu bapanya.
benar
sekali
amat
nain
Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.
sekali
nian
sungguh
benar
Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.
betul
amat
sekali
benar
_______ cantik pemandangan yang kamu lukis ini, puji Halim kepada Zainal.
Nian
Sekali
Betul
Sungguh
Suhu di dalam bilik hotel ________ sejuk sehingga saya menggigil.
terlalu
sekali
nian
betul
Semua jawapan untuk ayat di bawah adalah betul kecuali
Rasa buah durian tembaga sedap _________.
sekali
agak
benar
sungguh
Puding jagung yang dibuat oleh kakak lembik ___________.
terlalu
paling
agak
betul
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I Cuaca pada hari ini panas betul.
II Samad sekali kurang minat untuk belajar.
III Pemandangan di Pulau Kapas amat indah
IV Sally kelihatan sungguh manis apabila berbaju kurung.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
I, III dan IV
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
Bodoh nian kamu jika cepat mempercayai kata-kata jurujual itu.
Betul kurus kamu sekarang.
Sungguh kurang sopan perangai kamu.
Lembut nian kek yang dibuat oleh Mazni itu.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul
Gulai lemak kepala ikan yang emak masak enak betul.
Datuk dan nenek paling gembira apabila cucunya pulang ke kampung.
Kebun datuk kelihatan nian hebat di kampung itu
Soalan-soalan ujian Bahasa Melayu kali ini susah paling.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul
Perangai budak-budak itu baik sekali.
Kek yang dibuat oleh Kak Ummi nian lembut.
Pahlawan Melayu yang nian handal ialah Hang Tuah.
Keris Taming Sari itu tajam paling.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
Benar sukar untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ini.
Bangunan itu adalah yang paling tertinggi sekali di bandar Teluk Intan.
Makanan yang dijual di gerai itu nian murah dan sedap.
Ramai sekali pengunjung berkelah di Teluk Batik.
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I Ruang bilik ini sangat sempit.
II Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
III Tukang masak itu handal paling memasak makanan barat.
IV Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana sikapnya yang lembut terlalu.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
I, III dan IV
Pilih 2 ayat yang menggunakan kata penguat dengan betul.
Gulai lemak kepala ikan yang emak masak enak betul.
Soalan - soalan ujian Bahasa Melayu kali ini susah paling.
Datuk dan nenek sangat gembira apabila melihat cucunya pulang ke kampung.
Kebun datuk kelihatan nian hebat di kampung itu.
Pilih ayat yang menggunakan kata penguat dengan betul.
Baju yang berwarna biru itu paling cantik sekali.
Keris Taming Sari itu yang tajam paling.
Kek yang dibuat oleh umi itu terlalu lembut sekali.
Perangai budak-budak itu amat baik sekali.
Malik tidak dapat memasukkan kotak ke dalam almari kerana __________ besar.
nian
terlalu
benar
sekali
Adif _______ apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.
terlalu gembira
terlalu amat gembira
terlalu paling gembira
paling gembira sekali
_____ anyaman bakul rotan yang dihasilkan oleh gadis itu.
Lembut sekali
Halus sekali
Rapat sekali
Mesra sekali
Sedih ___________ hati Puan Ani apabila mendapat tahu bahawa anaknya telah menipunya.
paling
agak
benar
terlalu
