wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI TATABAHASA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Jasmin mengamalkan pemakanan secara seimbang. _______ mengamalkan gaya hidup sihat.

a)

Kita

b)

Dia

c)

Beliau

d)

Baginda

2.

______ Puan Mimi dan anaknya tiba di rumah, hujan pun turun dengan lebat sekali.

a)

Selagi

b)

Seketika

c)

Sementara

d)

Setelah

3.

Persatuan Kembara terpaksa ______ kerana tiada ahli yang berminat berikutan yuran pendaftarannya yang mahal.

a)

dihapuskan

b)

diisytiharkan

c)

diumumkan

d)

dibubarkan

4.

Gesekan biola Encik Khairu amat ________ sehingga para penonton terpukau.

a)

merdu

b)

enak

c)

lazat

d)

sedap

5.

Feeya ______ ingat akan peristiwa sedih itu walaupun sudah bertahun-tahun berlalu.

a)

belum

b)

masih

c)

pernah

d)

sedang

6.

Puan Julia membeli tiga ______ jagung dan sepuluh ______ sate di pasar malam.

a)

ketul .... batang

b)

ulas .... buku

c)

tongkol .... cucuk

d)

tandan .... biji

7.

Simpulan bahasa yang sesuai untuk pernyataan di bawah.


Anak itu bersikap degil kerana terlalu dimanjakan oleh keluarganya.

a)

besar hati

b)

makan besar

c)

cakap besar

d)

besar kepala

8.

Mak Cik Leha mencubit pipi gebu anak saudaranya yang ______.

a)

comel

b)

bulat

c)

tebal

d)

jelita

9.

Suasana bising menyebabkan adik terjaga lalu menangis.


Pilih perkataan sinonim bagi bising.

a)

kasar

b)

besar

c)

cerah

d)

bingit

10.

Rakyat negara ini hendaklah menyokong industri pelancongan supaya lebih maju.


Pilih perkataan antonim bagi menyokong.

a)

melawan

b)

membantah

c)

mengenang

d)

memaksa

11.

Pilih ayat yang betul.


i. Pisau yang baru dibeli itu sangat tajam.

ii. Burung helang mempunyai penglihatan yang tajam.

iii. Kata-kata Dini yang tajam itu telah menyinggung perasaan Farah.

iv. Syamil gagal memberi jawapan yang tajam kepada soalan itu.

a)

i dan ii

b)

ii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

ii, iii dan iv

12.

Pilih ayat yang betul.

a)

Sebilangan remaja-remaja di bandar itu sering berlumba motosikal.

b)

Di bulan hadapan, Encik Razak akan dinaikkan pangkat.

c)

Azhar menolak pelawaan rakannya untuk pergi ke Singapura.

d)

Keropok goreng ikan itu sungguh rangup tetapi agak masin rasanya.

13.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Julia panas hati kerana bekas penselnya dicuri oleh rakan sekelas.

a)

Oleh sebab bekas pensel Julia dicuri rakan sekelas, dia pun panas hati.

b)

Oleh sebab Julia mencuri bekas pensel, rakan sekelasnya panas hati.

c)

Oleh sebab bekas pensel Julia dan rakan sekelasnya dicuri, mereka pun panas hati.

d)

Oleh sebab bekas pensel rakan sekelas Julia dicuri, mereka panas hati.

14.

Lelaki yang cacat penglihatan itu memang ______ membuat bakul daripada rotan.

a)

mahir

b)

pintar

c)

ligat

d)

gagah

15.

Adik Haris leka memerhatikan datuknya _______ jala yang koyak.

a)

menyirat

b)

menenun

c)

mengait

d)

memintal