wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN KSSR NOVEMBER 2021

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Isi tempat kosong dengan jawaban yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶.

Beberapa orang .......................telah turun ke laut untuk menangkap ikan.

a)

A. petani

b)

B. nelayan

c)

C. penternak

d)

D. usahawan

2.

Penduduk di taman perumahan itu belum mencapai ...........untuk menganjurkan majlis perasmian balai raya yan telah siap dibina.

a)

A. kata semangat

b)

B. kata putus

c)

C. kata hati

d)

D. kata sepakat

3.

Saya dan Danish bukan sahaja satu sekolah, malah.............tinggal di kawasan perumahan yang sama.

a)

A. saya

b)

B. kita

c)

C. kami

d)

D. mereka

4.

"Izinkan ..................untuk pergi meninggalkan negeri ini barang seketika, tuanku," sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka.

a)

A. aku

b)

B. patik

c)

C. beta

d)

D. hamba

5.

Telefon pintar keluaran terbaharu itu telah ................banyak kestimewaan berbanding model yang sebelumnya.

a)

A. memperlihatkan

b)

B. mempergunakan

c)

C. memperkatakan

d)

D. mempertingkatkan

6.

Kerajaan telah melancarkan kempen sebuah komputer bagi ...............rumah mulai tahun ini.

a)

A. setiap

b)

B. seluruh

c)

C. sebilangan

d)

D. sebahagian

7.

Duit syiling yang berbentuk....................memudahkan kita memasukkannya ke dalam tabung.

a)

A. tirus

b)

B. bujur

c)

C. pipih

d)

D. lonjong

8.

Encik Burhan terpaksa ............dari Johor Bahru kerana berkursus di sana.

a)

A. mundar-mandir

b)

B. kelam-kabut

c)

C. selang-seli

d)

D. bolak - balik

9.

Ibu menggunakan susu.................untuk membuat air teh panas sebelum menghidangkannya kepada tetamu.

a)

A. pucat

b)

B. pekat

c)

C. padat

d)

D. pusat

10.

Kami amat gembira dan................menerima kunjungan Menteri Besar ke sekolah ini dalam lawatan kerjanya.

a)

A. skait hati

b)

B. besar hati

c)

C. kecil hati

d)

D. makan hati

11.

Puteri baginda terpaksa dikejarkan ke hospital setelah disyaki keracunan makanan.


Apakah yang berlaku kepada puteri baginda?

a)

A. bersiram

b)

B. mangkat

c)

C. murka

d)

D. gering

12.

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Rumput telah m͟e͟l͟a͟n͟c͟a͟r͟k͟a͟n͟ Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan Oktober.


Pilih 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐧𝐨𝐧𝐢𝐦 bagi m͟e͟l͟a͟n͟c͟a͟r͟k͟a͟n͟

a)

A. menggerakkan

b)

B. mengesahkan

c)

C. mengarahkan

d)

melepaskan

13.

Pendekatan yang digunakan oleh pakar motivasi itu amat m͟u͟d͟a͟h͟ dan menarik minat para pelajar


Pilih 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐨𝐧𝐢𝐦 bagi m͟u͟d͟a͟h͟

a)

A. teliti

b)

B. sukar

c)

C. padat

d)

D. senang

14.

Pilih ayat 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 dengan ayat yang diberikan.


Bank Negara telah menerbtkan "Buku Wang Saku" untuk kegunaan murid di Malaysia.

a)

A. Murid telah menerbitkan "Buku Wang Saku" di Bank Negara Malaysia untuk kegunaan di Malaysia.

b)

B. Bank Negara Malaysia dan Murid telah menerbitkan "Buku Wang Saku" untuk kegunaan di Malaysia.

c)

C. "Buku Wang Saku" telah diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk kegunaan murid di Malaysia.

d)

D. "Buku Wang Saku" telah menerbitkan Bank Negara Malaysia untuk kegunaan murid di Malaysia.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Ayah menyimpan koleksi album-album kumpulan nasyid kegemarannya di dalam biliknya.

b)

B. Masing-masing murid dikehendaki membawa barang keperluan peribadi untuk aktiviti perkhemahan.

c)

C. Beberapa kambing penternak-penternak itu telah mati akibat banjir besar yang melanda baru-baru ini.

d)

D. Seluruh penduduk-penduduk di kampung setinggan itu enggan berpindah ke kediaman baharu yang disediakan oleh kerajaan .

16.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐫𝐢𝐬 dengan betul.


I. Tembakan pemburu itu t͟e͟p͟a͟t͟ mengenai sasarannya.

II. Mereka telah sampai ke acara sukan itu t͟e͟p͟a͟t͟ pada waktunya.

III. Kita hendaklah sentiasa t͟e͟p͟a͟t͟ janji supaya dipercayai oleh orang lain.

IV. Kandungan buku rujukan yang dibelinya t͟e͟p͟a͟t͟ dengan standard pembelajaran murid.

a)

A. I dan II

b)

B. II dan II

c)

C. III dan IV

d)

D. I dan IV

17.

Semua buku teks lama tu ________ digantikan dengan buku yang baharu.

a)

akan

b)

telah

c)

masih

d)

sedang

18.

Ibu ________ menyiang ikan itu walaupun ayah sudah membeli lauk.

a)

akan

b)

mahu

c)

telah

d)

masih

19.

Ibu _______ membancuh air teh untuk dihidangkan kepada tamu.

a)

akan

b)

telah

c)

pernah

d)

sedang

20.

Kalau tiada apa-apa hal, saya ______ pulang ke rumah sekarang.

a)

mahu

b)

boleh

c)

mesti

d)

hendak

21.

Kita ______ menjaga kebersihan sungai kerana air sungai penting kepada semua.

a)

patut

b)

tentu

c)

mahu

d)

boleh

22.

Pegawai itu ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti ____________________.

a)

makan angin

b)

makan suap

c)

makan gaji

d)

makan hati.

23.

Kami tidak memberitahu rahsia itu kepadanya kerana dia ______________________ .

a)

mulut becok

b)

mulut murai

c)

mulut tempayan

d)

banyak mulut

24.

Ayah membina rumah itu dengan hasil _____________________nya sendiri.

a)

titik peluh

b)

peluk tubuh

c)

mandi peluh

d)

ringan tulang

25.

Puan Suhaila ___________________________ apabila melihat baju-baju yang dijual di butik itu.

a)

gelap mata

b)

putih mata

c)

rambang mata

d)

mata duitan

26.

Ukiran-ukiran pada dinding itu merupakan ____________________ datuk saya sendiri.

a)

bekas tangan

b)

tangan terbuka

c)

buah mulut

d)

buah terbuka

27.

Harga barang yang dijual di pasar raya itu ______________________ dan tidak boleh ditawar.

a)

gulung tikar

b)

ketam batu

c)

hisab darah

d)

harga mati

28.

Ravinash cepat menerima pengajaran guru kerana dia seorang yang __________________________ .

a)

otak udang

b)

otak cair

c)

telinga gajah

d)

telinga lintah

29.

Kok Seng membawa ________________________ semasa melawat neneknya di hospital.

a)

tin kosong

b)

buah hati

c)

buah mulut

d)

buah tangan

30.

Pemuda yang ___________________________ itu telah berjaya diberkas oleh polis.

a)

buruk siku

b)

rambang mata

c)

campur tangan

d)

panjang tangan

31.

Suatu laras bahasa halus yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja sama ada dengan tujuan berhubung atau berbicara dengan sesebuah golongan.

a)

Bahasa Raja

b)

Bahasa Istana

c)

Bahasa Tuanku

d)

Bahasa Klasik

32.

Berikut merupakan penggunaan kata ganti diri nama yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Anak - Anakanda

b)

Saya (Raja) - Beta

c)

Saya (Rakyat) - Patik

d)

Kamu (Raja) - Baginda

33.

Berikut merupakan penggunaan kata ganti diri nama yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Beliau - Baginda

b)

Abang - Kekanda

c)

Adik - Adinda

d)

Kakak - Kakanda

34.

Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Murka - Marah

b)

Buang air - Ke sungai

c)

Duduk / Tinggal - Semayam

d)

Mandi - Menyucikan diri

35.

Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Mandi - Bersiram

b)

Makan - Santap

c)

Rumah - Kediaman

d)

Pergi - Berangkat

36.

Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Rumah - Istana

b)

Sampai - Berangkat

c)

Sudi berkunjung - Mencemar duli

d)

Setuju - Berkenan

37.

Berikut merupakan padanan yang betul bagi bahasa Istana kecuali

a)

Izin - Limpah

b)

Hadiah - Anugerah

c)

Maaf - Ampun

d)

Berjumpa - Bertemu

38.

Baginda telah .................. untuk menyempurnakan Acara Istiadat Majlis Konvokesyen di salah sebuah universiti awam.

a)

bersetuju

b)

berkenan

c)

berangkat

d)

bertitah

39.

Baginda biasanya akan ................. pada pukul 11.00 malam.

a)

gering

b)

mangkat

c)

beradu

d)

bersiram

40.

Apakah perasaan anda pada hari ini?

a)

A. seronok

b)

B. sedih