WorksheetsPENGIMBUHAN 1
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Joanne __________ kerongsang yang baru dihadiahkan oleh ibu di baju kurung yang dipakainya.
bersemat
menyemat
menyemati
menyematkan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Ibu sedang menggilap dulang tembaga _______ nenek itu sehingga berkilat.
ditinggal
bertinggal
meninggal
peninggalan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Sekumpulan doktor telah dihantar ke negara itu untuk memberikan bantuan _________ kepada mangsa perang saudara.
perubatan
berubat
diubati
mengubati
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Pesakit itu telah _________ pembedahan jantung di hospital tersebut dan berjaya menyelamatkan nyawanya.
berjalan
menjalankan
menjalani
memperjalan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Harry dan kakaknya telah menyaksikan __________ makyung itu di Istana budaya.
pentasan
mementaskan
berpentas
pementasan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Sungai Rajang ________ menjadi tempat tinggal Bujang Senang yang sangat ditakuti penduduk di pinggiran sungai itu.
mempercaya
dipercayai
mempercayakan
kepercayaan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Pulau Redang merupakan pulau _______ yang terkenal di Terengganu.
berangin
keanginan
peranginan
keperanginan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Semasa _______ di dalam hutan, pemuda itu hanya minum air sungai untuk menghilangkan dahaga.
bersesat
tersesat
memesat
kesesatan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Beberapa orang pekerja sedang ________ jalan raya tar itu supaya memudahkan pergerakan penduduk kampung.
melebar
memperlebar
memperlebarkan
berkelebaran
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Ketika zaman ___________ Jepun, penduduk di Tanah Melayu diseksa dan dikerah untuk bekerja untuk tentera Jepun.
berduduk
terduduk
penduduk
pendudukan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Begitulah ______ hidup Pak Abu yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
tergambar
bergambar
gambaran
menggambarkan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Yvonne ____________ ketika keretanya yang baru diservis tidak dapat dihidupkan enjinnya.
terbingung
berbingung
membinggungkan
kebingungan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Entah berapa kali abang _______ temu duga kerja tetapi semuanya gagal.
menghadiri
menghadirkan
kehadiran
terhadir
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Tubuh Yong Zhe menggigil kesejukan kerana ________ semasa menunggang basikal pulang dari sekolah pada petang itu.
terhujan
berhujan
dihujankan
kehujanan
Pilih perkataan yang ditulis dengan imbuhan yang betul.
Setelah _________ di bendang, Pak Cik Soh berehat di pondok seraya menikmati bekalan.
merumput
berumput
merumputkan
dirumputkan
