wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pentaksiran sumatif kertas 1 ASK tingkatan 2

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Berikut menunjukkan suatu pernyataan masalah.


Aiman akan ke Paris pada hujung bulan ini, jadi dia membuat carian dalam laman sesawang untuk menempah bilik hotel. Semasa carian tersebut, Aiman mengalami kesukaran untuk membuat pilihan kerana terdapat pelbagai tawaran yang menarik.


Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah aspek kurang penting yang boleh ditinggalkan?

a)

Jenis bilik hotel

b)

Harga bilik hotel

c)

Jarak hotel dengan lokasi percutian

d)

Nama hotel

2.

Rajah berikut menunjukkan dua imej yang sama.

Apakah perbezaan yang terdapat pada imej tersebut?

a)

Resolusi imej

b)

Dimensi imej

c)

Kedalam bit warna imej

d)

Bilangan piksel pada imej

3.

Rajah berikut menunjukkan carta alir yang akan memaparkan suatu nilai nombor.


Apakah jenis struktur kawalan yang digunakan?

a)

Struktur kawalan dwipilihan

b)

Struktur kawalan UNTUK/for

c)

Struktur kawalan SELAGI/while

d)

Struktur kawalan pilihan tunggal

4.

Antara yang berikut, yang manakah punca bagi ralat logik?

a)

Pembahagian dengan sifar

b)

Penggunaan inden yang salah

c)

Pemanggilan pemboleh ubah yang salah

d)

Kod arahan tidak menepati laras bahasa pengaturcaraan

5.

Rajah berikut menunjukkan kod atur cara HTML.

Apakah jangkaan paparan yang terhasil dalam laman sesawang?

a)
b)
c)
d)
6.

Berikut menunjukkan kumpulan yang akan mengambil bahagian dalam perkhemahan.

Kumpulan Wira, Cekal, Gagah, Jaguh, Berani dan Perdana.

Setiap kumpulan mempunyai Bilangan peserta 3 , 4, 2, 6 ,7 dan 8.

Sekiranya khemah yang disediakan boleh memuatkan 10 orang.

Apakah teknik dalam pemikiran komputasional yang boleh digunakan untuk menempatkan setiap kumpulan dalam khemah yang sama?

a)

LERAIAN

b)

PENGITLAKAN

c)

PENISKALAAN

d)

PENGECAMAN CORAK

7.

Antara yang berikut, padanan manakah yang betul?

a)

101111 + 111010 = 1111001

b)

110000 - 1111 = 1100001

c)

1011111 + 11011 = 1111010

d)

1101010 - 10101 = 1110101

8.

Rajah berikut menunjukkan sebuah peranti mudah alih. Apakah format fail audio yang sesuai dipilih untuk memuat turun lagu ke dalam peranti tersebut?

a)

WAV

b)

MP3

c)

WMA

d)

MIDI

9.

Maklumat berikut berkaitan kriteria kelayakan pinjaman peribadi.


· Berumur melebihi 21 tahun

· Warganegara Malaysia

· Akaun bank yang aktif

· Pendapatan tetap


Apakah struktur kawalan yang digunakan untuk menentukan kelayakan peminjam?

a)

Struktur kawalan SELAGI

b)

Struktur kawalan jujukan

c)

Struktur kawalan pelbagai pilihan

d)

Struktur kawalan pilihan bersarang

10.

Maklumat berikut menunjukkan segmen kod Python.


m = str(“Jualan murah!!”)

n = str(“Jom beli!”)

print(m*2)

print(m, n)

print(m[7:12], n[4:8])


Apakah jangkaan output yang terhasil?

a)

Jualan murah!!Jualan murah!!

Jualan murah!! Jom beli!

murah! beli!

b)

Jualan murah!!Jualan murah!!

Jualan murah!!Jom beli!

murahbeli

c)

Jualan murah!!Jualan murah!!

Jualan murah!! Jom beli!

murah beli

d)

Jualan murah!!Jualan murah!!

Jualan murah!!Jom beli!

murah!beli!