wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3

Total questions: 51

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk mekatronik?

a)

Reka bentuk produk atau sistem yang menggabungkan

disiplin ilmu elektrik, rnekanikal, elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki.

b)

Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.

c)

Teknologi ialah pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan ·

alat, tenaga atau sistem.

2.

Yang manakah bukan teras Revolusi Industri 4.0

a)

Robot berautonomi

b)

Internet benda

c)

Pembuatan dan reka bentuk

d)

Simulasi

3.

Elemen asas kejururteraan mekatronik

a)

Kawalan dan pengaturcaraan

b)

Mekanikal

c)

Robotik

d)

Elektrik

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan revolusi industri kepada malaysia?


I Mengatasi inflasi

II Meningkatkan mobiliti

III Meningkatkan pendapatan negara

IV Meningkatkan kemahiran teknologi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Antara yang berikut yang manakah merupakan alat yang berkaitan dengan elektronik


i. Lampu LED

ii LDR dan Perintang

iii LDR

iv Takal

a)

i,ii,iv

b)

i,ii,iii

c)

i,iii,iv

d)

ii,iii,iv

6.

Apakah jenis arus yang terdapat pada elemen elektrik dalam reka bentuk mekatronik?

a)

Arus ulang alik dan arus sehala

b)

Arus terus dan arus ulang alik

c)

Arus sehala dan arus arus ulang alik

d)

Arus sehala

7.

Apakah tujuan sistem elektrik digabungkan dengan sistem lain dalam elemen mekatronik?

a)

Menjalankan operasi sistem

b)

Memindahkan sumber gerakan

c)

Membekalkan arus elektrik sebagai bekalan kuasa

d)

Mengawal atur tindakan

8.

3. Tiga (3) contoh produk mekatronik yang dapat ditemui disekeliling anda.

a)

Eskalator

b)

pintu gelangsar automatik

c)

kipas dinding

d)

kereta mainan

e)

mesin basuh automatik

9.

6. Antara berikut, yang manakah adalah bahasa pengaturcaraan?

a)

Scratch

b)

Ardublock

c)

Semantik

d)

English

10.

15. Pintu gelongsor automatik merupakan salah satu produk mekatronik. Apakah komponen elektronik yang terdapat di dalam sesebuah pintu gelongsor automatik yang merupakan elemen mekatronik?

a)

takal

b)

Motor AT

c)

penderia gerakan

d)

sistem kawalan

11.

13. Gambarajah di atas menunjukkan satu produk mekatronik, apakah elemen yang menggerakkannya?

a)

takal

b)

mekanikal

c)

tali sawat

d)

buzer elektromagnet

12.

8. Antara berikut, yang manakah berkaitan sistem mekanikal dalam sebuah kereta mainan kawalan jauh?

a)

Gear berfungsi mengurangkan atau meningkatkan halaju dan menambah daya kilas.

b)

Bateri sebagai sumber tenaga elektrik.

c)

Menerima dan menukarkan isyarat input dari alat kawalan jauh bagi memacu motor AT.

d)

Terdiri daripada mikropengawal dan sistem kawalan yang diatur cara.

13.

Bagaimanakah pengujian reka bentuk penting dalam penghasilan produk?

a)

Menilai kefungsian

b)

Menguji cantuman bahan

c)

Menguji keberkesanan komponen

d)

Menilai keberkesanan penambahbaikan

14.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ujian yang dijalankan pada peringkat pengujian reka bentuk?

a)

Ujian beban

b)

Ujian komponen

c)

Ujian simulasi

d)

Ujian parameter

15.

Gambar rajah blok mengandungi elemen berikut :

a)

Input

b)

Output

c)

Proses

d)

Pengawal

16.

Antara langkah proses penambahbaikan berdasarkan lakaran perkembangan idea

a)

Membuat lakaran

b)

Membuat pengaturcaraan

c)

Membuat penambahbaikan

d)

Membina dan memasang

17.

Rajah berikut menunjukkan sejenis komponen.


Apakah sistem yang menggunakan komponen di atas?

a)

Sistem elektrik

b)

Sistem kawalan

c)

Sistem elektronik

d)

Sistem mekanikal

18.

Mengapakah lakaran pengubahsuaian perlu disediakan?

a)

Meningkatkan fungsi

b)

Menyelesaikan masalah

c)

Menambahkan komponen

d)

Menambahkan elemen dan prinsip

19.

Mengapakah sesuatu reka bentuk perlu diberikan kemasan?


I Meningkatkan harga jualan

II Menambah ketahanan

III Menambah nilai estetika

IV Mengurangkan risiko kecederaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan konsep cyberphysical?


I Data raya

II Teknologi maya

III Keselamatan siber

IV Perkomputeran awan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Antara yang berikut yang manakah maksud bagi penghasilan produk?

a)

Proses menyusun atur bahan dan alatan untuk mengubah suai produk

b)

Proses menghasilkan produk baharu melalui pengubahsuaian produk sedia ada

c)

Aktiviti menyusun bahan secara terancang untuk menghasilkan produk baharu bagi memenuhi kehendak pelanggan.

d)

Aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

22.

Rajah berikut menunjukkan sebahagian daripada langkah dalam proses penghasilan produk. Apakah X?

a)

Lakaran model

b)

Model awal

c)

Lakaran idea

d)

Lakaran produk

23.

Antara yang berikut , yang manakah kriteria dalam kajian keperluan pelanggan?

a)

Kos produk

b)

Penambahbaikan

c)

Maklumat pelanggan

d)

Latar belakang produk

24.

Pernyataan manakah yang benar tentang projek brief?

a)

Proses menghasilkan produk yang ingin dihasilkan

b)

Perbincangan awal antara pengeluar dengan pelanggan

c)

Proses sumbang saran antara pelanggan dengan pereka bentuk

d)

Proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk

25.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan prinsip reka bentuk ?

a)

Penekanan

b)

Pergerakkan

c)

Keseimbangan

d)

Pembahagian

26.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri yang terdapat dalam konsep SMART?

a)

Realistik

b)

Boleh diukur

c)

Boleh dicapai

d)

Boleh dinilai

27.

Maklumat berikut menunjukkan senarai kos penghasilan 100unit projek akuaponik. Hitungkan jumlah modal yang diperlukan untuk menghasilkan seunit projek itu.

a)

RM 15.80

b)

RM 16.60

c)

RM 20.10

d)

RM 20.90

28.

Rajah menunjukkan salah satu langkah dalam penghasilan produk. Apakah langkah tersebut

a)

Menanda

b)

Mengukur

c)

Melukis

d)

Memotong

29.

Pilih maklumat yang terdapat pada borang kajian keperluan pelanggan.

a)

Dokumentasi

b)

Maklumat pelanggan

c)

Latar belakang produk yang digunakan

30.

Rajah menunjukkan proses untuk mengenal pasti punca masalah. Apakah proses terseubut

a)

Model fungsi

b)

Analisis punca-kesan

c)

Analisis berantai punca-kesan

31.

Berikut merupakan bahan yang digunakan untuk menghasilkan mock-up atau model. Nyatakan 1 lagi bahan yang sesuai digunakan.

(a)  

32.

Pilih jawapan yang betul, tiga kos yang terlibat dalam menentukan bajet penghasilan produk.

a)

Kos overhed

b)

Kos pengangkutan

c)

Kos penyelenggaraan

d)

Kos bahan

e)

Kos upah

33.

Berfungsi mengapit bahan kerja ketika proses mengglu, menggerudi dan memahat

a)
b)
c)
d)
34.

Apakah kategori kerja bagi alatan tangan tersebut

a)

memukul

b)

mencantum

c)

memotong

d)

menanda

35.

Pilih tujuan menyediakan dokumentasi bagi setiap hasil produk.

a)

Sebagai bukti hak cipta

b)

Perlindungan paten

c)

Meningkatkan hasil jualan produk

36.

Antara berikut, yang manakah pengenalan diri bagi sesuatu produk?

a)

Penjenamaan

b)

Bentuk nama

c)

Maklumat

d)

Kesetiaan

37.

Antara berikut, yang manakah pengenalan diri bagi sesuatu produk?

a)

Penjenamaan

b)

Bentuk nama

c)

Maklumat

d)

Kesetiaan

38.

Yang berikut adalah peranan reka bentuk dalam pemasaran kecuali...

a)

menyusun bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk.

b)

memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

c)

menjadi saluran komunikasi antara pengeluar dengan pengguna.

d)

mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk.

39.

Pernyataan berikut berkaitan dengan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna.

# Reka bentuk dapat menguasai pasaran kerana produk   

    yang mempunyai identiti boleh diingat oleh pengguna.

# Identiti tersebut merangkumi fungsi, warna atau bentuk  

    fizikal.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna tersebut?

a)

Dikenali

b)

Kesetiaan

c)

Boleh ingat

d)

Kebolehpercayaan kepada jenama

40.

Pemasaran ialah aktiviti yang dilakukan oleh pihak pengeluar untuk memasar dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

a)

Betul

b)

Salah

41.

"Aktiviti jual beli produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna untuk mendapatkan keuntungan".

Penyataan ini berkaitan dengan ...

a)

pengangkutan

b)

promosi

c)

perniagaan

42.

Yang manakah berikut merupakan ciri-ciri produk yang memainkan peranan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna ?

a)

Ada pengenalan diri produk

b)

Fungsi produk

c)

Nilai produk

d)

Trend

43.

Apakah kepentingan pemasaran

a)

Meningkatkan pendapatan negara

b)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

c)

Memudahkan tugas pembekal

d)

Memberi maklumat kepada pengguna

44.

Reka bentuk produk yang terdapat di pasaran memainkan peranan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna melalui ciri-ciri produk, iaitu:

a)

Nilai produk

b)

Harga produk

c)

Reka bentuk produk

d)

Kekuatan dan kelemahan produk

45.

Dua jenis pengukuhan penjenamaan melalui rakan strategik adalah

a)

Rakan satu niaga

b)

Rakan pemasaran

c)

Rakan strategik perniagaan

d)

Rakan perkongsian teknologi dan produk

46.

Pemasaran ialah

a)

Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan untuk keuntungan

b)

Individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya keuntungan

c)

Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.

47.

Penjenamaan produk ini ialah

a)

Bentuk persendirian

b)

Bentuk nama

c)

Bentuk cap dagangan

d)

bentuk cap

48.

Jenis penjenamaan

a)

bentuk cap

b)

bentuk nama

c)

bentuk cap dagangan

d)

bentuk persendirian

49.

Menyampaikan maklumat dan perihal mengenai produk dan perkhidmatan.

maklumat diatas merujuk kepada proses...

a)

komunikasi

b)

interaksi

c)

dokumentasi

d)

implementasi

50.

Penjenamaan, kesetiaan dan boleh diingat adalah pengenalan diri produk.

Nyatakan 2 lagi pengenalan diri produk.

a)

dikenali

b)

kebolehpercayaan

c)

kekuatan

d)

nilai

51.

Nyatakan pengenalan diri produk yg digunakan oleh produk di atas.

a)

dikenali

b)

kesetiaan

c)

boleh ingat

d)

kebolehpercayaan