NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu PT3 (Soalan Objektif)
Total questions: 60
Worksheet time: 45mins
Soalan 1: Semua pemain bola sepak sekolah diminta berkumpul di _________ untuk menjalani latihan.
taman
dewan
padang
halaman
Soalan 2: Faidzul menerima ______ daripada sekolah kerana kecemerlangannya dalam bidang sukan.
anugerah
contoh
kurnia
darjat
Soalan 3: ____________ bukan sahaja seorang gadis yang cantik malahan sangat berbudi bahasa.
Encik Rizal
Puan Nadia
Datin Mariam
Cik Nur Liyana
Soalan 4: Para peserta ekspedisi meredah hutan itu segera menyelamatkan diri apabila terdengar bunyi ngauman __________.
Si Bangau
Pak Belang
Sang Buaya
Sang Belalang
Soalan 5: Puan Zalinah mengupah Encik Aidil untuk membina _______ di halaman rumahnya.
rekaan
ciptaan
inovasi
landskap
Soalan 6: Pekerja yang mengikut ________ yang betul dapat melaksanakan tugasnya dengan efisien.
tatabahasa
tatasusila
tatakerja
tatahukum
Soalan 7: Pengambilan buah-buahan dan makanan yang seimbang amat _____ untuk menjaga kesihatan.
baik
sihat
cerdas
cergas
Soalan 8: Semua peserta pertandingan reka cipta itu perlu _________ kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak penganjur.
hormat
patuh
setia
taat
Soalan 9: Cili, bawang dan rempah-ratus ini perlu dikisar sehingga _______ sebelum ditumis.
licin
kecil
halus
lembut
Soalan 10: Kita boleh mengamalkan pelbagai petua untuk menghilangkan bau badan yang ________.
hancing
hapak
tengik
busuk
Soalan 11: Kenangan yang ________ ketika melawat ke Korea tidak akan saya lupakan.
mesra
indah
baik
erat
Soalan 12: Pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh para peserta larian bendang walapun melibatkan jarak yang ________.
hampir
padat
rapat
dekat
Soalan 13: Kumpulan pelancong itu suka ________ keindahan alam semula jadi di kawasan peranginan itu.
akan
kepada
terhadap
daripada
Soalan 14: Kami berdoa ________ rakan sekerja kami yang dimasukkan ke hospital itu akan sembuh dengan segeranya.
atau
supaya
sehingga
meskipun
Soalan 15: Murid lelaki _______ pendiam itu sangat berkebolehan dalam bidang reka cipta.
sambil
ketika
serta
yang
Soalan 16: Mereka akan membersihkan kawasan taman sains di sekolah pada ________ hari.
masing-masing
setengah
beberapa
setiap
Soalan 17: _________kah program kem membaca anjuran Persatuan Bahasa Melayu kurang mendapat sambutan?
Apa
Mana
Mengapa
Bagaimana
Soalan 18: Kami kagum _______ akan kehebatan Pak Mat ketika bermain wau.
sekali
terlalu
amat
sangat
Soalan 19: Kaedah perubatan yang _______ canggih di hospital itu memudahkan usaha untuk merawat pesakit.
benar
terlalu
betul
sekali
Soalan 20: Kami ________ kesal akan tindakan pekerja itu yang boleh menjejaskan nama baik syarikat.
agak
nian
sekali
paling
Soalan 21: Pemuda itu ________ terkenal dengan kelantangannya ketika menyuarakan pandangan demi kebaikan penduduk kampung.
cukup
sekali
nian
benar
Soalan 22: Fakrul gembira ______ kerana dapat bermain sepak manggis ketika bercuti di Sabah.
paling
sungguh
amat
terlalu
Soalan 23: Pemasangan alat pengesan asap ________ penting kerana dapat mengesan kebakaran dengan cepatnya.
amat
nian
sekali
benar
Soalan 24: Sekolah Menengah Tun Teja akan _______ pelbagai aktiviti bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.
mengusahakan
menganjurkan
melancarkan
mewujudkan
Soalan 25: Setiap rakyat Malaysia perlu ________ kepada negara untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.
berbakti
bertugas
bertindak
berkorban
Soalan 26: Forum dan seminar pendidikan itu _______ oleh Jabatan Pendidikan Negeri selama dua hari.
dianjurkan
dihulurkan
dikeluarkan
dikemukakan
Soalan 27: Peniaga itu ________ oleh pihak berkuasa kerana tidak meletakkan tanda harga pada barang yang dijualnya.
dicegah
dilawan
didenda
disekat
Soalan 28: Kak Adila yang bekerja di luar negara bersyukur kerana keluarganya di kampung _______ sahaja.
sihat-sihat
aktif-aktif
segar-segar
mantap-mantap
Soalan 29: Keadaan di kawasan itu ______ kerana kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan dengan giatnya.
haru-biru
kucar-kacir
hingar-bingar
lintang-pukang
Soalan 30: Aktiviti _______ itu berjalan dengan lancarnya kerana mendapat kerjasama daripada semua penduduk.
ulang-alik
mandi-manda
pindah-randah
gotong-royong
Soalan 31: Puan Madinah menggoreng sebungkus _______ ketam untuk dibekalkan kepada anaknya.
sesiku
lelangit
kekuda
jejari
Soalan 32: Sikap _________ dalam kalangan penduduk amat penting untuk mengekalkan kesejahteraan hidup.
sahut-menyahut
bantu-membantu
topang-menopang
sandar-menyandar
Soalan 33: Kanak-kanak perempuan itu _______ kerana sangat gembira ketika menyambut kepulangan ibu bapanya.
tergaru-garu
tertunggu-tunggu
terlompat-lompat
terpandang-pandang
Soalan 34: Cikgu Nadia meminta _______ pertandingan reka cipta itu supaya mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan.
pelanggan-pelanggan
peserta-peserta
peminat-peminat
orang-orang
Soalan 35: Tin-tin dan _____ kaca itu dikumpulkan oleh abang untuk dihantar ke pusat kitar semula.
botol-botol
kotak-kotak
rumah-rumah
tali-tali
Soalan 36: Pak Cik Yusuf meminta bantuan daripada beberapa orang penduduk kampung ketika memasang ______ pada bahagian bumbung rumah baharunya.
lelangit
sesiku
kekuda
bumbung
Soalan 37: Tubuhu badan kami gatal-gatal akibat digigit ______ ketika tidur di atas tilam di rumah inap itu.
kekura
lelabi
pepijat
tetikus
Ikan patin yang diternak di dalam ______ di sungai itu mendapat permintaan yang banyak daripada pelanggan.
kolam-kolam
peti-peti
tasik-tasik
laut-laut
Soalan 39: Amirah _______ ajakan Wei Fong untuk menonton wayang kerana dia hendak mengulang kaji pelajaran.
ditolak
tolakan
menolak
penolakan
Soalan 40: Keindahan alam semula jadi negara kita menjadi daya _______ pelancong ke negara kita.
ditarik
tarikan
menarik
penarikan
Soalan 41: Pelbagai __________ dilakukan oleh penduduk untuk menghadapi bencana alam tersebut.
sediakan
disediakan
persediaan
menyediakan
Soalan 42: Murid-murid yang _____ untuk menjadi pengawas perlu menjalani sesi temu duga.
meminati
berminat
diminati
peminat
Soalan 43: Para peserta pertandingan bercerita itu _______ memakai kostum yang sesuai dengan cerita mereka.
benarkan
kebenaran
dibenarkan
membenarkan
Pertandingan bicara berirama itu ______ untuk murid-murid Sekolah Menengah Sungai Panjang.
terbuka
membuka
dibukakan
pembukaan
Soalan 45: Kerja-kerja ________ besi yang lurus mengambil masa yang agak lama.
melenturkan
meleburkan
meluruskan
membengkokkan
Soalan 46: Nek Asmah ______ apabila mendengar berita bahawa cucunya meninggal dunia dalam kemalangan di simpang jalan utama.
terpukau
tergamam
ternganga
terleka
Soalan 47: Ayah ______ lampu warna-warni sempena perayaan Aidil Fitri.
menghias
menggantung
memasang
meletakkan
Soalan 48: Hubungan antara Ally dengan Peah menjadi ______ akibat perebutan sebidang tanah.
tegang
mesra
akrab
hambar
Soalan 49: Wakil rakyat itu ________ penduduk di warung-warung bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka.
berbual-bual
berbisik
bertemu
bersantai
Soalan 50: Rakyat Malaysia _______ suara mengutuk penindasan yang berlaku di negara itu.
sepakat
setuju
sekata
sebulat
Soalan 51: Nenek suka memanggil cucunya dengan nama _______ yang sangat berbeza daripada nama sebenar.
julukan
timangan
samaran
manja
Soalan 52: Hubungan _______ antara kedua-dua negara tersebut dijangka berterusan selepas pemimpinnya menangguhkan rancangan rundingan.
cekang
suram
hangat
dingin
Soalan 53: Azim _______ di hospotal hampir sebulan.
terbaring
terkapar
terlantar
meniarap
Soalan 54: Stesen berita Perancis telah ______ nama mangsa-mangsa yang terkorban di Paris.
menghasilkan
menyiarkan
menerbitkan
melancarkan
Soalan 55: Hakimi sedang ______ buku rujukan bahasa Arab yang dijual di Kedai Buku Kartini.
merenung
membelek
memandang
memerhatikan
Soalan 56: Juliana susah menyikat rambutnya yang _______ itu.
kusut
licin
ikal
gugur
Soalan 57: Daniel sedang _______ begnya dengan pakaian.
mengisi
mengisikan
diisikan
terisi
Soalan 58: Semua penjawat awam _______ menerima bantuan kewangan sempena sambutan perayaan Aidilfitri pada akhir bulan ini.
dapat
baru
akan
telah
Soalan 59: Chef Akmal menunjukkan cara ______ ikan yang besar sebelum dimasak kepada peserta kelas masakan.
menyiang
mengerat
menetak
memotong
Soalan 60: Kumpulan penyanyi dari Korea Selatan sangat _____ oleh kebanyakan generasi muda.
disegani
diminati
disenangi
dihormati
