wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 6 PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat Tamadun Yunani menganggap setiap negara kota merupakan tanah suci yang dikurniakan Dewa. Apakah kesan daripada anggapan tersebut?

a)

Sistem pentadbiran sering berubah

b)

Penduduk terlibat dalam urusan pentadbiran

c)

Hubungan antara warganegara makin renggang

d)

Rakyat bersatu padu untuk mempertahankan negara kota

2.

Sebelum sistem demokrasi diamalkan, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani. Mengapakah berlakunya perubahan tersebut?

a)

mengurangkan kuasa rakyat

b)

mengelakkan perang saudara

c)

memantapkan sistem pemerintahan

d)

menghapuskan pemerintahan tradisional

3.

Dewan Perhimpunan di Athens merupakan badan pentadbiran yang tertinggi. Apakah fungsi dewan tersebut?

(PILIH 2 JAWAPAN SAHAJA)

a)

Mengubal undang-undang

b)

Membincangkan hal kewangan

c)

Melaksanakan dasar-dasar kerajaan

d)

Memberi nasihat kepada raja

4.

Di Athens, ahli-ahli Majlis dilantik oleh Dewan Perhimpunan. Apakah tanggungjawab mereka?

a)

mengendalikan keadilan

b)

mengubal undang-undang

c)

melaksanakan dasar kerajaan

d)

menguruskan jabatan kerajaan

5.

Dalam sistem demokrasi Athens, Majlis dianggotai oleh 500 orang dan dikenal sebagai Majlis 500. Apakah peranan Majlis?

a)

melantik ahli Dewan Perhimpunan

b)

mengawasi urusan Dewan Perhimpunan

c)

membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan

d)

melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan

6.

Di Athens, Dewan Perhimpunan merupakan badan pentadbiran yang tertinggi. Apakah syarat yang mesti dipenuhi untuk menjadi anggota Dewan Perhimpunan?

(PILIH 2 JAWAPAN SAHAJA)

a)

Lelaki

b)

Ahli Majlis

c)

Gagah berani

d)

Warganegara Athens

7.

Di Athens, Juri dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang. Apakah tanggungjawab badan tersebut?

a)

mengubal undang-undang

b)

menguruskan pentadbiran

c)

melaksanakan segala dasar negara

d)

menguruskan hal berkaitan dengan keadilan

8.

Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan. Kuasa pengadilan terletak dalam tangan....

a)

Juri

b)

Hakim

c)

Pengerusi

d)

Warganegara

9.

Di Sparta, lima orang pegawai dilantik sebagai ephors. Apakah peranan ephors?

a)

mengetuai pentadbiran

b)

mengubal undang-undang

c)

memajukan ekonomi negara

d)

mengawal kuasa mutlak raja

10.

Di Sparta, anak lelaki diberi latihan ketenteraan dari kecil. Mengapakah kerajaan Sparta mengambil langkah tersebut?

a)

melatih rakyat mentaati pemerintah

b)

memastikan kehidupan rakyat sihat dan cergas

c)

menyediakan rakyat untuk menakluk negara lain

d)

memastikan rakyat mampu mempertahankan negara

11.

Kaum wanita di Sparta menjalani latihan fizikal dan diajar berlari serta bertinju? Mengapakah mereka perlu berbuat demikian?

a)

membina jati diri

b)

mempertahankan negara

c)

menjaga maruah keluarga

d)

mengelakkan ancaman kaum lelaki

12.

Apakah nilai murni yang boleh dicontohi daripada masyarakat Sparta demi Malaysia yang cemerlang?

(PILIH 2 JAWAPAN SAHAJA)

a)

Berdisiplin

b)

Berbuat Baik

c)

Kesempurnaan

d)

Taat Setia

13.

Tamadun Rom mencapai zaman kegemilangan pada era Pax Romana (27SM-180M). Apakah pencapaian Tamadun Rom pada era tersebut?

a)

keamanan empayar

b)

pembentukan republik

c)

pertambahan penduduk

d)

penyebaran agama

14.

Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina. Apakah binaan Tamadun Rom yang terkenal sehingga kini?

(PILIH 2 JAWAPAN SAHAJA)

a)

Colosseum

b)

Pantheon

c)

Acropolis

d)

Zigurat

15.

Apakah faktor yang mendorong masyarakat Tamadun Rom maju dalam bidang seni bina?

(PILIH 2 JAWAPAN SAHAJA)

a)

Hubungan luar

b)

Kekuatan tentera

c)

Sistem pendidikan

d)

Dasar Pemerintahan

16.

Apakah ciri-ciri bangunan dan binaan dalam Tamadun Rom?

(PILIH 2 JAWAPAN SAHAJA)

a)

Kubah berbentuk bulat

b)

Bangunan berbentuk pagoda

c)

Bumbung melentik di hujung perabung

d)

Dinding batu-bata dilepa dengan simen

17.

Colosseum merupakan binaan yang melambangkan keagungan Tamadun Rom. Apakah binaan di Malaysia yang boleh disamakan dengan Colosseum?

a)

Stadium Bukit Jalil

b)

Menara Kuala Lumpur

c)

Menara Berkembar Petronas

d)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

18.

Gambar berikut menunjukkan binaan berkubah yang terbesar di dunia, iaitu Pantheon. Apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut?

a)

Pusat pentadbiran

b)

Pusat perniagaan

c)

Tempat persembahan seni

d)

Tempat penyembahan dewa-dewi

19.

Amfiteater yang dibina di seluruh empayar Rom berbentuk lingkaran dan mempunyai pelbagai saiz yang berbeza. Apakah kegunaan Amfiteater?

a)

Pengairan

b)

Pertahanan

c)

Pertunjukan

d)

Perdagangan

20.

Dalam Tamadun Rom, Akueduk yang pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312 SM. Apakah fungsi Akueduk?

a)

Bekalan air

b)

Rumah Ibadat

c)

Benteng pertahanan

d)

Tempat persembahan