Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

latihan pengukuhan tatabahasa

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

gelap-gelita

c)

porak-peranda

d)

terang-benderang

2.

Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.

a)

dedauan

b)

reranting

c)

pepohon

d)

dedahan

3.

Mereka berbincang dan _______ pendapat sewaktu mesyuarat dijalankan.

a)

bertukar-tukar

b)

berbalah-balah

c)

memberi-beri

d)

berbahas-bahas

4.

Awak siapkanlah kerja itu sekarang.

a)

Ayat tanya

b)

Ayat penyata

c)

Ayat perintah

d)

Ayat seruan

5.

Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai polis yang berdekatan.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat tanya

c)

Ayat seruan

d)

Ayat perintah

6.

Tikus semakin banyak di bendang Pak Samad kerana hanya padinya sahaja yang menjadi pada tahun ini.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

d)

Ayat tanya

7.

" Tolong buka kasut sbelum masuk ke dalam perpustakaan " kata pengawas itu


Ayat di atas ialah ayat______

a)

penyata

b)

seruan

c)

tanya

d)

perintah

8.

Yang manakah ayat yang menggunakan ayat penyata?


I. Kakak Aisya guru.

II. Amboi, sakitnya kepala saya !

III. Aktiviti bersenam menyihatkan badan.

IV. Jangan membuat bising di sini.

a)

I dan IV

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

9.

Tukarkan ayat penyata kepada ayat tanya tanpa mengubah maksud asal.


" Ibu membeli sayur dan buah-buahan di pasar. "

a)

Bilakah ibu beli sayur ini ?

b)

Pasar mana yang ibu beli sayur dan buah-buahan ini?

c)

Kenapa ibu beli sayur dan buah-buahan ?

d)

Sayur dan buah-buahan ini yang ibu beli di pasar tadi ?

10.

" Tahniah, anda mendapat keputusan SPM yang cemerlang ! "


Ayat di atas memperlihatkan jenis ayat_______ .

a)

penyata

b)

seruan

c)

tanya

d)

perintah

11.

Yang manakah ayat yang menggunakan ayat tanya tanpa kata tanya?

a)

Pemain piono itu siapa ?

b)

Apakah yang ibu beli di pasar ?

c)

Bilakah hari jadi kamu ?

d)

Pertandingan bicara itu akan diadakan esok pukul 2 petang ?

12.

Ayat penyata ialah ayat yang _________________ .

a)

menanyakan sesuatu hal

b)

melahirkan perasaan seperti marah, sedih, kecewa, gembira dan benci

c)

menerangkan sesuatu hal

d)

menimbulkan tindakan tertentu daripada pendengar

13.

Pilih jenis ayat penyata yang betul.

a)

Wah, rumah kamu cantik sangat !

b)

Fatimah tidak pergi ke sekolah hari ini kerana sakit kepala.

c)

Tolong ambilkan saya secawan air.

d)

Jangan pergi ke tempat itu main.

14.

Nama murid yang menerima anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan itu siapa?

a)

Ayat seruan

b)

Ayat penyata

c)

Ayat tanya

d)

Ayat perintah

15.

Tidak usah engkau ambil tahu akan hal aku lagi.

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Penyata

16.

Pihak Kastam Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan beras semalam.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat tanya

c)

Ayat seruan

d)

Ayat perintah

17.

Kedai yang menjual ______ itu dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

a)

alat padam

b)

alat pembaris

c)

alat pensel

d)

alat tulis

18.

Sudah menjadi tanggungjawab Cikgu Zaid untuk menyediakan __________ supaya murid-murid dapat bergilir-gilir membersihkan kelas .

a)

jadual mingguan

b)

jadual tugasan

c)

jadual bertugas

d)

jadual harian

19.

Ming Huan __________ mendengar sindiran rakan-rakannya.

a)

buah hati

b)

rela hati

c)

suka hati

d)

sakit hati

20.

Seng Yun mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.

a)

buku catatan

b)

buku cerita

c)

buku kedatangan

d)

buku rujukan

21.

Beberapa orang pelancong sedang menunggu bot di ___________________.

a)

lapangan terbang

b)

jeti

c)

empangan

d)

lebuh raya

22.

Hong Kai berpeluang melihat bunga ____________ semasa mendaki gunung bersama kelaurganya pada minggu lalu.

a)

Rafflesia

b)

raya

c)

melor

d)

matahari

23.

Jeromy tidak bernasib baik kerana semasa dia sampai ke restoran itu untuk makan, restoran itu telah tutup.


Apakah simpulan bahasa yang sesuai bagi situasi Jeromy?

a)

langkah kanan

b)

langkah seribu

c)

langkah kiri

d)

langkah bendul

24.

Puan Elise kelihatan anggun apabila mengenakan ___________ subang mutiara ( anting-anting).

a)

sebutir

b)

sejambak

c)

seutas

d)

sepasang

25.

Keadaan bilik itu __________________ kerana langsirnya tidak dibuka.

a)

gelap seperti malam

b)

putih seperti kapas

c)

rajin seperti semut

d)

merah seperti saga

26.

Jia Shen sedang bersembang dengan ahli keluarganya di ruang tamu selepas makan malam.

Perkataan sinonim bagi bersembang ialah....

a)

bermanfaat

b)

berkumpul

c)

berbual-bual

d)

berwaspada

27.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jin Kai berjatuh semasa mengejar Derry.

b)

Penumpang dilarang berbuka pintu kereta api semasa bergerak.

c)

Jangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

d)

Penumpang bas terlarang berdiri di tangga.

28.

Puan Kai Xin berasa gelisah _______________________ kerana anaknya masih belum pulang ke rumah.


Pilih peribahasa yang sesuai.

a)

bagai kerbau dicucuk hidung

b)

bagai telur dihujung tanduk

c)

bagai cacing kepanasan

d)

seperti rusa masuk kampung

29.

" Ampun, __________. _____________ datang mengadap," sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmud.

a)

baginda... Patik

b)

tuanku.... Patik

c)

tuanku... Hamba

d)

beta... Tuan hamba

30.

Kutipan derma itu _______________ untuk mangsa kebakaran yang hilang tempat tinggal.

a)

ialah

b)

adalah

c)

bukan

d)

tidak

31.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Saya menyapu krim pada roti untuk sarapan.

a)

Krim disapu pada roti oleh saya untuk sarapan.

b)

Krim saya sapu pada roti untuk sarapan.

c)

Untuk sarapan, krim disapu pada roti oleh saya.

d)

Menyapu krim pada roti untuk sarapan saya.

32.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Ayah mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta.

a)

Mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta ayah.

b)

Untuk membasuh kereta, ayah mengambil masa selama satu jam

c)

Masa selama satu jam ayah ambil untuk membasuh kereta.

d)

Masa selama satu jam diambil oleh ayah untuk membasuh kereta.

33.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak sekolah akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid.

a)

Akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid pihak sekolah.

b)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan perkenalkan untuk semua murid.

c)

Satu peraturan baharu akan diperkenalkan oleh pihak sekolah untuk semua murid.

d)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan memperkenalkan untuk semua murid.

34.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Puan Aisyah telah menggubah bunga yang cantik itu.

a)

Bunga yang cantik itu telah digubah oleh Puan Aisyah.

b)

Telah menggubah bunga yang cantik itu Puan Aisyah.

c)

Bunga yang cantik itu telah Puan Aisyah gubah.

d)

Puan Aisyah yang cantik itu telah menggubah bunga.

35.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Puan Aisyah telah menggubah bunga yang cantik itu.

a)

Bunga yang cantik itu telah digubah oleh Puan Aisyah.

b)

Telah menggubah bunga yang cantik itu Puan Aisyah.

c)

Bunga yang cantik itu telah Puan Aisyah gubah.

d)

Puan Aisyah yang cantik itu telah menggubah bunga.

36.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Hanif menelan ubat yang disediakan oleh Hasif dengan terpaksa.

a)

Ubat yang disediakan oleh Hasif Hanif menelan dengan terpaksa.

b)

Ubat yang disediakan oleh Hanif ditelan oleh Hasif dengan terpaksa.

c)

Ubat yang disediakan oleh Hasif ditelan oleh Hanif dengan terpaksa.

d)

Ubat yang disediakan oleh Hasif Hanif telan dengan terpaksa.

37.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Mak Suri menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya.

a)

Bungkusan kain itu digalas oleh Mak Suri di atas bahunya.

b)

Bungkusan kain itu Mak Suri galas di atas bahunya.

c)

Menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya Mak Suri.

d)

Di atas bahunya Mak Suri menggalas bungkusan kain itu.

38.

Tembikai susu ini ____________________ oleh Ahmad.

a)

potong

b)

memotong

c)

dipotong

d)

potongan

39.

Banyak lagu telah _______________ oleh Abu ketika dia memandu.

a)

pasangan

b)

dipasang

c)

pasang

d)

memasang

40.

Baju raya itu _____________ oleh adik Zulhelmi.

a)

dimuat

b)

dipakai

c)

dijahit

d)

dipasang

41.

Kebiasaannya, barang yang dibeli atas talian akan ___________ kepada pembeli menggunakan perkhidmatan pos dan kurier.

a)

diserah

b)

dihantar

c)

dijual

d)

dibungkus

42.

Dinding rumah itu ____________ oleh adik Firyaal.

a)

diconteng

b)

dilukis

c)

ditulis

d)

digores

43.

Komputer riba itu _____________ oleh Si Hitam secara tidak sengaja

a)

ditekan

b)

dihempuk

c)

ditaip

d)

dimain

44.

Kayu itu _____________ oleh Pak Cik Wong untuk membuat perabot.

a)

dihentam

b)

diketuk

c)

dipaku

d)

dicucuk

45.

Kebanyakan pakaian di rumah akan ___________ oleh ibu menggunakan mesin basuh

a)

dicuci

b)

disimpan

c)

dibuang

d)

dilayur

46.

Kakak meletakkan ....agar pintu biliknya tidak tertutup apabila ditiup angin.

a)

pemukul

b)

pengandar

c)

penyandar

d)

penyendal

47.

Kedengaran ombak menderu dan ... bunyi riaknya di tepi pantai.

a)

menderam

b)

mendesau

c)

menderau

d)

mendesing

48.

"Jangan ... apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih handal," kata jurulatih kepada pasukan Harimau Bintang.

a)

cuak

b)

ngeri

c)

culas

d)

seram

49.

... tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dimakan anai-anai.

a)

Jejari

b)

Kekisi

c)

Tetupai

d)

Kekuda

50.

Kudin menggunakan beberapa ... kain untuk membuat layar kapalnya.

a)

helai

b)

keping

c)

kajang

d)

lembar