Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ RUKUN NEGARA TAHUN 6

Total questions: 20

Worksheet time: 48mins

Name
Class
Date
1.

1. Bilakah Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong yang keempat?

a)

31 Ogos 1950

b)

31 Ogos 1960

c)

31 Ogos 1970

d)

31 Ogos 1980

2.

2. Antara berikut, yang manakah merupakan salah satu prinsip Rukun Negara?

a)

Kesetiaan kepada negeri kelahiran

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Menghormati ibu bapa

d)

Menolong orang yang memerlukan pertolongan

3.

3. Siapakah yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)?

a)

Tun Abdul Razak

b)

Dato Seri Najib Razak

c)

Tun Tan Siew Sin

d)

Tun Abdullah Ahmad Badawi

4.

4. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebab Rukun Negara diperkenalkan?

a)

Amalan Dasar Ekonomi Baru

b)

Ketidakseimbangan sosiopolitik

c)

Pengasingan budaya

d)

Peristiwa 13 Mei 1969

5.

5. Apakah peranan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) selepas tragedi 13 Mei 1969?

a)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

b)

Memajukan ekonomi negara

c)

Memulihkan keamanan negara

d)

Memperkembangkan bidang sains dan teknologi

6.

6. Bagaimanakah prinsip-prinsip Rukun Negara dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian?

a)

Mematuhi undang-undang jalan raya

b)

Mengutamakan kepentingan diri

c)

Menjalani kehidupan bebas tanpa pegangan agama

d)

Bebas menyebarkan maklumat melalui media sosial walaupun tanpa kesahihan

7.

7. “Setiap kesalahan atau jenayah yang dilakukan akan dikenakan hukuman yang setimpal’’. Kata pegawai polis kepada penjenayah tersebut. Berpandukan ayat di atas, Rukun Negara yang manakah yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Kepercayaan kepada tuhan

b)

Keluhuran Perlembagaan

c)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

d)

Kedaulatan Undang-undang

8.

8. Apabila seseorang murid menguasai kemahiran dari segi sosial, dia .........................

a)

Suka menyibuk tentang hal peribadi orang lain

b)

Menyendiri apabila berada di kantin sekolah

c)

Senang berbual dengan kawan baharu

d)

Memperoleh banyak ilmu

9.

9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara generasi muda meningkatkan kemahiran diri untuk mewarisi negara pada masa depan?

a)

Menghadiri kelas tuisyen pagi dan malam

b)

Mempelajari lebih daripada satu bahasa

c)

Giat menyertai aktiviti sukan sahaja

d)

Berbincang tentang kerja sekolah dengan rakan sekolah

10.

10. Akta Bahasa Kebangsaan 1963 bertujuan untuk .......

a)

Menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi

b)

Memantapkan bahasa ibunda semua kaum di Malaysia

c)

Memantapkan pelaksanaan bahasa Melayu dalam semua bidang

d)

Memantapkan pelaksanaan bahasa asing sebagai bahasa utama

11.

11. Apakah langkah-langkah bagi memupuk perpaduan? Berikan dua langkah. (2 markah)

(a)  

12.

12. Tuliskan lima prinsip Rukun Negara mengikut turutan yang betul.

(5 markah)

(a)  

13.

13. Sebagai seorang murid yang mematuhi nilai-nilai dalam Rukun Negara, nyatakan dua cara bagaimana anda mematuhi peraturan di sekolah?

(2 markah)

(a)  

14.

14. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan salah satu prinsip yang terdapat di dalam Rukun Negara. Bagaimanakah anda menghayati prinsip tersebut? (2 markah)

(a)  

15.

15. Sekiranya anda seorang pemimpin sewaktu berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, mengapakah anda ingin menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)? (1 markah)

(a)  

16.

16. Nyatakan dua orang ahli yang menganggotai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) selain Tun Abdul Razak? (2 markah)

(a)  

17.

17. Ahmad memandu kereta dengan mengikut had laju yang telah ditetapkan di atas jalan raya iaitu 60 KM/H. Apakah prinsip Rukun Negara yang diamalkan oleh Ahmad? (1 markah)

(a)  

18.

18. Pada pukul 7.30 pagi, perhimpunan sekolah akan diadakan. Perhimpunan sekolah akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku seterusnya diikuti lagu negeri dan lagu sekolah. Apakah tindakan anda sekiranya terdengar nyanyian lagu Negaraku?

(1 markah)

(a)  

19.

19. Ahmad, Lim dan Muthu saling bertelagah pendapat ketika membuat sesuatu keputusan di dalam kumpulan terutamanya dalam aktiviti berkumpulan. Walaupun begitu, mereka berjaya berbincang dengan harmoni dan mencapai kata sepakat bersama. Berikan satu peribahasa yang boleh digunakan bagi menggambarkan situasi ini?

(a)  

20.

20. Berpandukan gambar di atas dan pantun di bawah, sila rekacipta pantun empat kerat berkaitan perpaduan kaum. (3 markah)


Berlari-lari Ahmad ke makmal,

Pantas ditegur Cikgu Julia,

Bersatu padu elok diamal,

Jadikan satu amalan mulia.

(a)