NEW
Font size
WorksheetsULANG KAJI TATABAHASA 2
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
"Segala titah perintah tuanku akan ______ laksanakan," kata Laksamana Hang Tuah.
hamba
patik
aku
beta
"Ayah _________ mengalami kemalangan. Lekas bersiap kerana _____ akan ke hospital untuk melawatnya," kata ibu dengan cemas.
kau, kami
kau, kita
kamu, kami
kamu, kita
Menurut jurulatih, kekalahan pasukan bola sepak sekolah adalah disebabkan oleh ________ di bahagian pertahanan. Latihan perlu diperbanyakkan.
kekuatan
kelemahan
kelesuan
keuzuran
Pak Cik Atan sedang _________ semak samun di belakang rumahnya supaya kelihatan kemas.
menebang
mengerat
melapah
menebas
Abang sedang ________ kasut kulitnya dengan berus supaya kelihatan berkilat.
mengesat
mengilap
menggilap
mengelap
Pak Cik Amin menziarahi rakannya yang sakit _________ di hospital.
tenat
penat
teruk
berat
Supertek tidak sangka bahawa rakan baiknya, Jing Xuan ______ di kaca televisyen.
timbul
apung
terbit
muncul
Puan Junita bangun ______ berkata kepada anaknya, "Inilah akibat orang yang susah mendengar kata-kata orang tua."
ketika
seraya
sementara
tatkala
Encik Soh sanggup bekerja lebih masa _________ meningkatkan reputasi syarikatnya.
dalam
dengan
demi
terhadap
Tanjung Piai di Johor terletak di bahagian paling ________ di benua Asia.
utara
timur
barat
selatan
Harry menjadi johan dalam _________ acara olahraga yang disertainya.
kedua
kedua-dua
sekalian
seluruh
Adik menangis teresak-esak _______ kereta mainannya telah hilang.
supaya
ketika
lantaran
kian
Ibu menggunakan _________ untuk membaca tulisan kecil pada sampul surat itu sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.
kata tangan
kanta lengan
kanta lekap
kanta besar
Penduduk kampung berganding bahu untuk mendirikan ________ untuk majlis perkahwinan anak Pak Cik Soh yang akan diadakan.
tetambak
bebalai
jeriji
kekisi
Dahinya ber_________ memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah itu.
ikat-ikat
jerut-jerut
kerut-kerut
lekak-lekuk
Kakak _________ kain untuk menghalau nyamuk yang berterbangan di dalam biliknya.
mengibas-ngibas
mengapi-apikan
menggoyang-goyong
mengibar-ngibarkan
Dua orang budak lelaki yang nakal itu berlari ter_________ dikejar seekor anjing liar.
liang-liuk
pontang-panting
dolak-dalik
incut-incut
Terdapat se_________ pasir yang ditimbun di hadapan rumah Pak Abu kerana pasir itu digunakan untuk membuat simen.
berkas
gumpal
pangsa
longgok
Wanita yang dikatakan __________ itu sering bercerita tentang upah yang perlu dibayar kepadanya apabila diminta untuk melakukan sesuatu kerja di kampung. Dia tidak pernah menghulurkan bantuan kepada jirannya walaupun hanya membantu dalam apa-apa kenduri.
gelap mata
mata duitan
cuci mata
sejuk mata
Cikgu Soh selalu memotivasikan murid-murid dengan peribahasa yang berbunyi "__________". Hanya orang yang berusaha akan berjaya.
lebah menghimpun madu
jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
bagai enau dalam belukar
ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
