WorksheetsSCLM5113 Semester A212
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Sebarang bentuk tulisan atau ungkapan yang membawa makna. Boleh hadir dalam cetusan pendek seperti 'hmm,' 'amboi', dan 'eh'.
Penyataan di atas merujuk istilah asas dalam terjemahan, iaitu
teks.
kata.
kesepadanan.
bahasa sumber.
Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style.
Sarjana yang mengemukakan takrif terjemahan di atas ialah
Roman Jakobson.
J. C. Catford.
Etienne Dolet.
Eugene A. Nida dan Charles Russell Taber.
Jenny Williams dan Andrew Chesterman (2002) mendefinisikan terjemahan sebagai
Translation is the process of replacing an original text, known as the source text, with a substitute one, known as the target text.
Translation is a craft consisting in the attempt to replace a written message and/or statement in one language by the same message and/or statement in another language.
A translation is a text in one language which is produced on the basis of a text in another language for a particular purpose.
An incredibly broad notion which can be understood in many different ways. For example, one may talk of translation as a process or as a product, and identify such sub-types as literary translation, technical translation, subtitling and machine translation.
X melibatkan proses kognitif, psikolinguistik dan organisasi, serta elemen sosial dan fizikal yang melibatkan ramai orang seperti penyunting, pelanggan dan penerbit dalam kerja-kerja penghasilan terjemahan.
X merujuk
kebolehpindahan
ketakbolehterjemahan
universals of translation
proses menterjemah
Yang manakah antara berikut BUKAN proses yang biasanya dijalani oleh penterjemah?
Baca teks sumber berkali-kali.
Peram terjemahan selama beberapa hari.
Kenal pasti maksud setiap perkataan dan istilah (sekiranya ada) yang terkandung dalam teks sasaran.
Gunakan kamus, buku istilah bidang, senarai glosari atau tanya pakar untuk dapatkan padanan kata teks sumber.
Menganalisis tek sumber >>> X >>> Mencari penyamaan >>> Mengolah semula dan menyunting teks
Dalam rajah proses menterjemah di atas, langkah bertanda 'X' ialah
penggantian teks.
adaptasi teks.
peminjaman teks.
segmentasi teks.
Badan terjemahan di Tanah Melayu (Pejabat Karang Mengarang) yang ditubuhkan pada tahun 1923 di Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka hasil daripada usaha
Stamford Raffles dan Munsyi Abdullah.
Alang Ahmad Muhammad dan Frank Swettenham.
R. O. Winstedt dan W. G. Shellabear.
O. T. Dussek dan Zainal Abidin bin Ahmad.
Berdasarkan prinsip terjemahan Etienne Dolet (1540), unsur ketaksaan dalam teks asal boleh dielakkan sekiranya penterjemah
mempunyai kemahiran dalam bahasa sasaran yang lebih baik daripada bahasa sumber.
mengekalkan gaya dan bentuk teks asal dalam terjemahan.
memahami maksud dan inti pati sebenar pengarang teks sumber.
mengakui kewujudan pengarang asal tetapi hanya menumpukan perhatian terhadap makna/semangat teks sumber dalam terjemahan.
Yang manakah antara berikut merupakan contoh transmutasi?
Terjemahan kata “kereta” kepada “mobil” dalam bahasa Indonesia.
Terjemahan ungkapan “blow your own trumpet” sebagai “masuk bakul angkat sendiri” dalam bahasa Melayu.
Novel Room yang diadaptasi dalam bentuk filem.
Penyisipan nota kaki bagi menjelaskan jargon dalam teks teknikal.
Menurut Eugene Nida (1962), kategori terjemahan organizational (perencanaan) melibatkan
proses yang dijalankan oleh penterjemah semasa menukar teks bahasa sumber kepada teks bahasa penerima
kesan yang dirasai oleh pembaca sasaran sama seperti yang dirasai oleh pembaca teks sumber.
pembaca untuk melakukan tindakan tertentu.
penentuan bilangan penterjemah dan langkah-langkah yang diambil oleh penterjemah
How can a clam cram in a clean cream can?
Secara umumnya, kesukaran menterjemahkan teks di atas ke dalam bahasa Melayu merujuk permasalahan ketakbolehterjemahan
linguistik.
budaya.
istilah.
proses.
Yang manakah antara berikut PALING TEPAT menerangkan konsep kebolehterjemahan?
Hasil terjemahan yang baik dari segi tatabahasa, mudah difahami dan mengandungi ejaan yang betul
Proses pemantapan elemen bahasa bagi mengekalkan retorik dan laras bahasa teks sumber
Kemahiran penterjemah memanipulasikan bahasa dengan cara memahami dan membina semula makna teks sumber
Keupayaan makna sesuatu kata, frasa atau teks diterjemahkan ke dalam bahasa lain tanpa perubahan yang ketara
Teks Sumber: Firdaus had asked for a new computer but got a used one. Oh well, half a loaf is better than none.
Teks Sasaran: Firdaus meminta komputer baharu. Tetapi dia diberikan komputer terpakai. Asal ada kecil pun pada.
Terjemahan di atas disifatkan oleh Roman Jakobson (1959) sebagai bentuk terjemahan
intralingual.
interlingual.
intersemiotik.
formal.
Teks Sumber: Kucung buah manggo mo kain, kalau tak nanti habih dilutap ea dek musang.
Teks Sasaran: Bungkus buah mangga dengan kain. Kalau tidak nanti habis dimakan oleh si musang.
Roman Jakobson (1959) mengelaskan bentuk terjemahan dalam petikan di atas sebagai
intralingual.
interlingual.
intersemiotik.
formal.
Badan ini memastikan bahawa “… mana-mana surat yang dihantar dengan menggunakan bahasa Inggeris terlebih dahulu diterjemahkan kepada bahasa Melayu.”
Institusi yang diperihalkan dalam petikan di atas merujuk
Pejabat Karang Mengarang
Biro Terjemahan
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa di Johor
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kebangkitan Kerajaan Johor-Riau pada kurun ke-19 turut menyemarakkan usaha penterjemahan. Sebuah pertubuhan yang aktif dengan usaha terjemahan telah dibentuk di Johor pada waktu itu. Ahli-ahli persatuan ini digalakkan untuk menterjemah bahan daripada bahasa luar kepada bahasa Melayu. Apakah nama persatuan tersebut?
Dewan Bahasa dan Pustaka
Pertubuhan Rushdiyah Club.
Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku.
Pakatan Belajar Mengajar Bahasa Melayu di Johor
Teks Sumber: The said agenda will be discussed in the next meeting.
Teks Sasaran: Agenda tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang.
Apakah bentuk strategi terjemahan (Vinay & Darbelnet, 1958) yang digunakan oleh penterjemah dalam teks di atas?
Kesepadanan
Adaptasi
Pinjaman
Calque
Teks Sumber: Living in Tasmania and southern Australia, wombats feed on roots, leaves, and vegetables.
Teks Sasaran: Wombat, iaitu sejenis haiwan marsupial yang berkaki pendek, yang terdapat di pulau Tasmania dan kawasan selatan Australia, hidup dengan makan akar, daun, dan sayur-sayuran.
Kenal pasti teknik terjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam petikan di atas.
Gunakan kata-kata itu sebagai perkataan pinjaman.
Gunakan frasa ayat yang setanding maknanya dengan perkataan itu.
Gunakan perkataan itu sebagai definisi atau tukarkan bentuk perkataan tanpa menukarkan makna.
Gunakan perkataan itu dalam ikatan kata untuk menunjukkan unsur asing.
Teks Sumber: Taking a phone call while driving can be dangerous.
Teks Sasaran: Mengambil panggilan telefon sambil memandu boleh jadi berbahaya.
Menurut Eugene Nida (1964), kaedah terjemahan yang digunakan dalam terjemahan dalam petikan di atas
mengutamakan kesan, reaksi atau sambutan khalayak pembaca teks sasaran.
memastikan yang reaksi emosi pembaca teks sasaran sama dengan reaksi pembaca teks asal.
mengutamakan pengekalan bentuk teks asal, termasuklah unsur-unsur bahasa seperti ritma, rentak, bunga bahasa dan nahu tertentu.
mendahulukan keperluan pembaca sasaran serta menekankan bentuk-bentuk penggunaan bahasa yang biasa didengar dan bukannya bahasa yang ditulis.
Teks Sumber: Adapun dalam suatu negeri adalah seorang saudagar yang terlalu amat kaya; emas, perak, permata intannya tiada tepermanai banyaknya.
Teks Sasaran: Di sebuah negeri, ada seorang saudagar yang sangat kaya. Dia mempunyai banyak emas, perak dan intan permata.
Penyataan berikut benar tentang bentuk terjemahan dalam petikan di atas, KECUALI
terjemahan ini setia kepada perkataan teks sumber.
bentuk terjemahan ini mengurangkan kepentingan konteks teks asal.
terjemahan ini biasanya memberi bentuk bahasa yang moden kepada teks asal.
terjemahan yang dihasilkan daripada teks asal yang ditulis pada era waktu yang berbeza
