wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ulangkaji geografi tingkatan 3

Total questions: 74

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan dokumen menggunakan mesin yang disambung dengan rangkaian telefon dinamakan

a)

mesin telegraf

b)

mesin fax

c)

mesin teleks

d)

telegram

2.

Namakan satelit malaysia yang telah dihantar ke angkasa pada 14 Julai 2009?

a)

MEASAT-2

b)

MEASAT-3a

c)

TiungSAT

d)

RazakSAT

3.

Alat ini adalah alat yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1876 untuk urusan Pentadbiran di Tanah Melayu.

a)

Mesin Teleks

b)

Telegraf

c)

Telefon

d)

Mesin Faks

4.

Telefon ini dikenali sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an.

a)

Telefon

b)

Telefon Android

c)

Telefon Bimbit

d)

Telefon Pintar

5.

Perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan

a)

Malaysia

b)

Jerman

c)

Swiss

d)

Greek

6.

Nyatakan maksud GPS

a)

Great Positioning System

b)

Great Positioning Satellite

c)

Global Positioning System

d)

Global Positioning Satellite

7.

Berikut adalah antara lokasi stesen satelit bumi di Malaysia

a)

Wilayah Persekutuan

b)

Putrajaya

c)

Shah Alam

d)

Kuantan, Pahang

8.

______________ merupakan satelit mikro kedua yang berupaya membekalkan imej data yang lebih spesifik.

a)

RazakSAT

b)

MEASAT-3b

c)

TiungSAT-1

d)

MEASAT-3a

9.

Berikut adalah syarikat telekomunikasi yang memajukan industri telekomunikasi Malaysia kecuali..

a)

TMnet

b)

Unify

c)

YTLNetwork

d)

Samsung

10.

Berikut adalah tujuan MSC (Koridor Raya Multimedia) ditubuhkan.

a)

Meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara.

b)

Memperkasakan capaian internet dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara

c)

Menarik syarikat berteknologi tinggi untuk memajukan industri ICT Malaysia.

d)

Menyediakan talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara.

11.

Berikut adalah bukan antara kegunaan telefon pintar.

a)

membayar bil telefon

b)

mempromosikan produk

c)

mengeluarkan wang tunai

d)

menonton siaran luar negara

12.

Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan dokumen menggunakan mesin yang disambung dengan rangkaian telefon dinamakan

a)

mesin telegraf

b)

mesin fax

c)

mesin teleks

d)

telegram

13.

Jenis tumbuh-tumbuhan yang manakah meliputi kawasan yang paling luas di Malaysia?

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Gunung

c)

Hutan Hutan Tropika

d)

Hutan Paya Air Masin

14.

Maklumat yang manakah betul tentang jenis hutan dan lokasi?

a)

Hutan Hujan Tropika - Desaru

b)

Hutan Paya Air Tawar - Larut Matang

c)

Hutan Paya Air Masin - Tasik Bera

d)

Hutan Pantai - Pulau Sipadan

15.

Pokok-pokok di Hutan Paya Air Tawar biasanya akan tumbuh di kawasan

a)

tanih podzol

b)

tanih gambut

c)

tanih berpasir

d)

tanih laterit

16.

Antara yang berikut, lapisan yang manakah tidak terdapat di dalam Hutan Hujan Tropika di Malaysia?

a)

Lapisan silara

b)

Lapisan tengah

c)

Lapisan renjong

d)

Lapisan pokok renek

17.

Ciri-ciri di bawah merujuk

kawasan rendah yang berlumpur dan terlindung ditenggelami air semasa air pasang

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Gunung

c)

Hutan Paya Air Tawar

d)

Hutan Paya Air Masin

18.

Akar seperti dalam gambar berfungsi untuk

a)

habitat hidupan akuatik

b)

menyokong pokok

c)

sebagai akar pernafasan

d)

masuk ke dalam lumpur

19.

Apakah faktor yang mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan di Malaysia?

a)

Saliran

b)

Cuaca

c)

Angin

d)

Tanih

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan hutan kepada manusia?

a)

Habitat

b)

Sumber perubatan

c)

Sumber bahan mentah

d)

Kawasan pertanian

21.

Apakah kegunaan pokok kayu keras di dalam Hutan Hujan Tropika?

a)

Bahan api

b)

Perabot

c)

Kraftangan

d)

Atap rumah

22.

Apakah kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi?

a)

Kepupusan flora dan fauna

b)

Hutan berkurangan

c)

Hujan berkurangan

d)

Kos perubatan meningkat

23.

Lapisan renjong di Hutan Hujan Tropika adalah lapisan yang mempunyai pokok yang tumbuh pada ketinggianantara 40-50m

a)

Betul

b)

Salah

24.

Pokok Ru boleh ditemui di Hutan Paya Air Tawar dan mempunyai batang yang lurus, tinggi serta berbentuk silinder.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Pokok bakau kurap dan bakau minyak yang terdapat di Hutan Paya Air Masin mempunyai akar jangkang yang berfungsi menyokong pokok daripada tumbang.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Hutan Paya Air Tawar dan Hutan Paya Air Masin adalah hutan yang terdapat di kawasan yang bersaliran buruk.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Gunung adalah berbeza mengikut jarak dari laut.

a)

Betul

b)

Salah

28.

Hutan Pantai tumbuh di kawasan pantai yang berpasir dan bersaliran baik.

a)

Betul

b)

Salah

29.

Hutan Paya Air Tawar mempunyai berapa lapisan?

a)

Tiga

b)

Empat

30.

Oak, laurel, pain adalah tumbuhan hutan

a)

Pantai

b)

Gunung

31.

Tasik Bera, Tasik Chini adalah lokasi bagi

a)

Hutan Paya Air Masin

b)

Hutan Paya Air Tawar

32.

Ciri Hutan Hujan Tropika yang salah ialah

a)

Berdaun lebar, hujung daun tirus

b)

Lantai hutan ditumbuhi lumut

c)

Batang lurus, berakar banir

d)

Malar hijau

33.

SUMBER BOLEH DIBAHARU


Apakah X?

a)

hutan

b)

suria

c)

air

d)

logam

34.

Tenaga yang dihasilkan daripada bahan buangan organisma hidup yang terdapat di dalam sesuatu ekosistem atau kawasan


Pernyataan berikut merujuk kepada sumber tenaga

a)

geoterma

b)

biomas

c)

hidroelektrik

d)

suria

35.

Tandakan sumber mineral logam yang betul

a)
b)
c)
d)
36.

Arang batu


sumber mineral tersebut adalah sumber mineral jenis

a)

logam

b)

bukan logam

37.

Pembinaan Empangan Kenyir dan Empangan Bersia adalah bagi menyediakan sumber tenaga

a)

angin

b)

solar

c)

hidroelektrik

d)

bahan api

38.

Menjana tenaga elektrik

Melebur besi


Pernyataan berikut merujuk kepada penggunaan jenis sumber

a)

petroleum

b)

gas asli

c)

bauksit

d)

arang batu

39.

Industri petrokimia

Bahan api domestik


Pernyataan berikut merujuk kepada penggunaan jenis sumber

a)

petroleum

b)

gas asli

c)

bauksit

d)

arang batu

40.

• Sumber yang terhad bekalannya

• Bekalannya akan kehabisan jika digunakansecara berlebihan


pernyataan di atas menerangkan tentang

a)

sumber yang boleh diperbaharui

b)

sumber yang tidak boleh diperbaharui

c)

sumber tenaga gantian

d)

sumber tenaga solar

41.

Kawasan yang bertanda di dalam peta kaya dengan sumber tidak boleh baharu iaitu

a)

Emas

b)

Bijih Timah

c)

Petroleum

d)

Bauksit

42.

Petroleum mentah Malaysia mendapat permintaan dan harga yang baik di pasaran antarabangsa kerana

a)

mengeluarkan tenaga yang banyak

b)

kandungan minyak lebih pekat

c)

kandungan sulfurnya rendah

d)

kos pengangkutan sangat murah

43.

Negeri yang menjadi pengeluar utama petroleum di Malaysia

a)

Terengganu

b)

Sabah

c)

Johor

d)

Sarawak

44.

Kawasan yang bertanda di dalam peta menunjukkan lokasi bagi jenis sumber?

a)

petroleum

b)

gas asli

c)

emas

d)

bauksit

45.

Tenaga ini dihasilkan daripada proses pereputan sampah sarap dan sisa-sisa pertanian.


Maklumat di atas berkaitan dengan tenaga

a)

geoterma

b)

suria

c)

biomas

d)

nuklear

46.

• Bukit Besi, Terengganu

• Temangan, Kelantan

• Rompin, Pahang


Kawasan-kawasan di atas boleh dikaitkan dengan sumber mineral

a)

bauksit

b)

kuprum

c)

bijih besi

d)

bijih timah

47.

• Luar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu

• Luar pesisir pantai Sabah

• Luar pesisir pantai Sarawak


Kawasan-kawasan di atas boleh dikaitkan dengan sumber mineral

a)

arang batu

b)

petroleum

c)

gas asli

d)

bauksit

48.

Antara berikut yang merupakan mineral bukan logam KECUALI

a)

gas asli

b)

arang batu

c)

kaolin

d)

bauksit

49.

Gambarajah X merujuk kepada

a)

sumber boleh diperbaharui

b)

sumber tidak boleh diperbaharui

50.

Gambarajah X merujuk kepada

a)

sumber boleh diperbaharui

b)

sumber tidak boleh diperbaharui

51.

Gambarajah merujuk kepada produk yang boleh dihasilkan daripada jenis mineral

a)

arang batu

b)

bijih besi

c)

bijih timah

d)

kaolin

52.

Gambarajah merujuk kepada produk yang boleh dihasilkan daripada jenis mineral

a)

arang batu

b)

bijih besi

c)

bijih timah

d)

kaolin

53.

• Gunung Kinabalu (Sabah)

• Gunung Jerai (Kedah)

• Gunung Tahan (Pahang)


Maklumat tersebut merujuk kepada hutan

a)

hutan pantai

b)

hutan paya air tawar

c)

hutan paya air masin

d)

hutan gunung

54.

• Gunung Kinabalu (Sabah)

• Gunung Jerai (Kedah)

• Gunung Tahan (Pahang)


Maklumat tersebut merujuk kepada hutan

a)

hutan pantai

b)

hutan paya air tawar

c)

hutan paya air masin

d)

hutan gunung

55.

Malaysia terdiri daripada jenis hutan..

a)

Hutan Monsun Tropika

b)

Hutan Laurentia

c)

Hutan Siberia

d)

Hutan Hujan Tropika

56.

Senaraikan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.

(a)  

57.

Di manakah letaknya hutan Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia?

a)

Laut Matang, Perak

b)

Dungun, Terengganu

c)

Banjaran Titiwangsa

d)

Tasik Bera, Pahang

58.

Berapakah lapisan Hutan Hujan Tropika?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

59.

Terdapat 4 lapisan Hutan Hujan Tropika, apakah lapisan paling tinggi?

a)

Lapisan Lantai

b)

Lapisan Emergen

c)

Lapisan Tengah

d)

Lapisan Silara

60.

Berapakah ketinggian lapisan kanopi?

a)

10 meter

b)

20 meter

c)

30 meter

d)

40 meter

61.

Antara berikut, manakah pernyataan paling tepat tentang ciri lapisan lantai hutan?

a)

Ketinggian antara 10-20 meter

b)

Terdapat lapisan pelindung cahaya matahari

c)

Tumbuhan jarang kerana kurang menerima cahaya matahari

d)

Pokok berkayu keras dan tumbuh rapat-rapat

62.

Gambar rajah tersebut menunjukkan ciri hutan pantai di Malaysia. Antara berikut, manakah spesis tumbuhan yang terdapat di hutan berikut?

a)

tapak kuda

b)

meranti

c)

nyatuh

d)

bintagor

63.

Manakah ciri Hutan Paya Air Masin?

a)

Bersaliran baik

b)

Bersaliran buruk

c)

terletak di kawasan air tawar

d)

terdapat pokok kempas

64.

Apakah spesis pokok yang terdapat di Hutan Paya Air Tawar?

a)

Mengkuang

b)

Bakau

c)

Nipah

d)

Nibung

65.

Hutan Gunung dikatakan adalah kawasan yang melebihi ketinggian sebanyak...

a)

500 meter

b)

1000 meter

c)

1200 meter

d)

3000 meter

66.

Apakah lapisan Hutan Gunung yang paling tinggi?

a)

Hutan montane bawah

b)

Hutan montane atas

c)

Tumbuhan alpain

d)

Tumbuhan hampir alpain

67.

Apakah pokok yang terdapat di lapisan tumbuhan alpain?

a)

Paku langsuyar

b)

Orkid

c)

Bunga Raffelsia

d)

pain

68.

Kawasan tanah pamah dan kaki bukit adalah letaknya tumbuhan jenis..

a)

Hutan pantai

b)

Hutan Gunung

c)

Hutan Hujan Tropika

d)

Hutan monsun Tropika

69.

Hutan paya air masin hidup di kawasan..

a)

kawasan tasik

b)

kawasan pantai berpasir

c)

kawasan ketinggian melebihi 1200 dari aras laut

d)

muara sungai yang berlumpur

70.

Malaysia terletak di kawasan beriklim khatulistiwa, berapakah purata suhu bagi Malaysia?

a)

24'c

b)

25'c

c)

26'c

d)

27 'c

71.

Berapakah purata tahunan hujan di Malaysia?

a)

2 400 mm

b)

2 500 mm

c)

2 600 mm

d)

2 700 mm

72.

Nyatakan satu jenis tanih yang terdapat di Malaysia?

(a)  

73.

Hutan hujan tropika mempunyai jenis pokok seperti cengal, meranti dan tualang. apakah jenis tanih yang terdapat di kawasan tersebut?

a)

laterit

b)

pasir

c)

gambut

74.

Apakah kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia?

a)

Kawasan tadahan hujan

b)

Kesimbangan ekosistem

c)

Sumber perubatan

d)

habitat