NEW
Font size
WorksheetsKuiz Mental Health
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
1) Apakah yang bakal berlaku sekiranya kita tidak menjaga kesihatan mental kita?
Gembira
Stres/tekanan
Yang manakah bukan punca seseorang boleh terkena masalah mental?
Stres yang berpanjangan
Kemurungan
Kerap makan makanan ringan
Tekanan emosi
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan sekiranya mengalami gangguan atau gejala kesihatan mental?
Berjumpa dengan doktor
Mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada kaunselor yang bertauliah
Berdiam dan menyembunyikan diri
Menceritakan masalah kepada rakan-rakan
Apakah perkara yang sepatutnya anda lakukan sekiranya anda mengalami stres?
Mencederakan diri
Memarahi dan menyalahkan diri sendiri
Mengambil pemakanan yang tidak sihat dalam kadar yang banyak
Menceritakan kepada ahli keluarga
Bagaimanakah cara anda menangani stres dan menjaga kesihatan mental anda dengan baik?
Kurang tidur dan tidak berselera makan
Bersenam dan menenangkan diri
Menerima nasihat negatif daripada orang lain
Melakukan perkara yang disukai
Berikut merupakan contoh keadaan stres yang dialami oleh remaja kecuali
Dibuli oleh rakan sekelas
Gembira kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan
Berbeza pendapat dengan rakan
Mendapat kritikan daripada masyarakat
Kepentingan pengurusan mental dan emosi adalah untuk
Suka-suka sahaja
Menjadikan seseorang itu lebih positif dan berkeyakinan
Menambah masalah kehidupan
Menggembirakan orang lain
Apakah gejala bagi masalah mental?
Berminat terhadap aktiviti yang tidak pernah dilakukan
Menonton filem aksi
Melakukan kecederaan kepada diri sendiri secara fizikal
Lebih aktif versukan dan beriadah daripada selalunya
Apakah yang perlu kita lakukan sekiranya mendapati rakan kita dibuli dan menghadapi tekanan dalam hidupnya?
Mentertawakan dirinya
Meminta rakan untuk berdiam diri
Membiarkan rakan mengurus masalah mereka sendiri
Memberi sokongan dan nasihat kepada rakan
Apakah yang harus anda lakukan sekiranya rakan anda menceritakan masalah yang dihadapinya?
Tidak mempedulikannya dan menyatakan bahawa semua orang juga mempunyai masalah
Mendengar dan memberikan pendapat atau bantuan kepadanya
Berkongsi masalah peribadi sendiri
Membawanya ke tempat yang disukainya
Konflik dan stres perlu diurus dengan bijak. Jika perlu, dapatkan bantuan daripada:
Orang yang tidak dikenali
Majikan
Guru Kaunseling
Jiran
Kecewa serta cepat marah.
Berikut merupakan kesan stres kepada
Ibu bapa
Diri sendiri
Rakan karib
Abang
Apakah kesan konflik stres terhadap keluarga?
Hubungan kekeluargaan menjadi lebih baik
Kurang pertelingkahan antara adik beradik
Hubungan kekeluargaan semakin renggang
Merasa kurang kasih sayang dari keluarga
Pilih cara mengurus dan mengawal kesihatan mental dan emosi
Lalai dan tidak patuh ajaran agama
sentiasa berfikiran negatif
Kurang tidur dan tidak berselera makan
Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat
Mengapakah pembelajaran atas talian menyumbang stres yang banyak kepada pelajar?
Pembelajaran yang sangat efektif
Kurang komunikasi antara pelajar dan guru
Mempunyai banyak kerja berkumpulan
Tarikh menghantar kerja yang sangat singkat
Terapi adalah khusus untuk orang yang mempunyai masalah mental dan emosi yang serius. Betul atau tidak?
Betul, hanya orang yang mempunyai masalah mental dan emosi yang serius digalakkan untuk mendapatkan terapi
Tidak, semua orang boleh mendapatkan terapi untuk mengetahui dan mengelakkan masalah mental berlanjutan.
Separuh daripada semua masalah mental dan emosi berlaku sebelum seseorang berumur
14 tahun
20 tahun
7 tahun
10 tahun
Adakah kemarahan salah satu kesan normal kepada seseorang yang menghadapi kesedihan melampau akibat kematian seseorang yang disayangi
Ya, kesan ini sangat normal apabila kehilangan orang yang disayangi
Tidak, ia bukan perkara normal apabila kehilangan orang yang disayangi
Antara perkara berikut, apakah tindakan betul seorang pelajar apabila menghadapi stres yang keterlaluan dan tidak terkawal apabila belajar di atas talian
Meneruskan semua kerja dan pembelajaran seperti biasa
Melakukan kerja sedikit demi sedikit
Mengambil cuti atau rehat untuk mengelakkan stres menjadi lebih teruk dan serius
Berdiam dan memaksa diri untuk teruskan pembelajaran
Identiti dan pengalaman kehidupan seseorang boleh menjadikan punca masalah kesihatan mental berpanjangan apabila
Kaum seseorang dipandang rendah
Cara pemakaian seseorang dipandang rendah
Pemakanan seseorang dipandang rendah
Tidak mempunyai pasangan hidup
