NEW
Font size
WorksheetsUjian Bahasa Melayu
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Tun Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. ________ dilahirkan pada 10 Julai 1925.
Dia
Beliau
Kalian
Mereka
"Berehatlah dahulu di pondok _______ yang serba kekurangan ini", kata Damak kepada Hang Nadim.
hamba
patik
beta
baginda
Bola yang ditendang oleh Jemat berjaya ________ gawang gol pasukan lawan.
melalui
melepasi
merentasi
membolosi
"Kalau tidak dipanaskan, bubur kacang ini akan ______," kata ibu kepada Kak Anis.
basi
busuk
hangit
tengik
Encik Salim menghadiahkan ____ cincin kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.
sebilah
sebutir
sebentuk
seutas
Puan Ellya menunjukkan bahagian depan keretanya yang _____ kepada mekanik itu.
kemik
leper
kempis
nipis
Tangan Vanessa berbau ____ selepas menyiang dua ekor ikan keli tadi.
hapak
hanyir
hamis
hancing
Kerepek pisang itu perlu disimpan di dalam tin yang kedap udara supaya tidak _______.
lembik
lembut
empuk
lemau
Para pekerja di kilang itu akan terus memberontak _____ tuntutan mereka tidak dipenuhi.
sementara
selagi
selama
sebelum
Mulut Jerryson kelihatan ___ kerana dia sedang menghafal sifir.
kumat-kamit
kusut-masai
mundur-mandir
bongkar-bangkir
Jalan yang _____ menyukarkan perjalanan kami ke kampung Pak Kamal.
lintang-pukang
serbah-serbih
hingar-bingar
lekak-lekuk
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pak Man menggunakan seruas buluh untuk menadah air nira dari pokok kelapa.
Seruas buluh digunakan di atas pokok kelapa untuk menadah air nira.
Seruas buluh digunakan oleh Pak Man untuk menadah air nira dari pokok kelapa.
Seruas buluh di atas pokok kelapa digunakan oleh Pak Man untuk menadah air nira.
Untuk menadah air nira, seruas buluh di atas pokok kelapa digunakan oleh Pak Man.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pak Akob melarang anaknya menebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu.
"Jangan tebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu," kata Pak Akob kepada anaknya.
Marilah kita tebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu," Kata Pak Akob kepada anaknya.
“Ayah akan menebang pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada anaknya.
“Tebanglah pokok rambutan yang sudah berbunga itu,” kata Pak Akob kepada anaknya.
Pilih ayat yang betul.
Rajesh bukan pandai berenang.
Majalah sekolah itu ada dengan Fikri.
Jemputlah masuk ke rumah saya.
Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk tujuan pembangunan di kawasan luar bandar.
Jururawat itu memakai topeng hidung untuk mengelakkan ___ wabak influenza A (H1N1)
berjangkit
dijangkitkan
jangkitan
menjangkiti
Dewan serbaguna itu ___ oleh wakil rakyat kawasan itu.
merasmikan
perasmian
dirasmikan
merasmi
Penduduk kawasan tanah runtuh itu ____ ke penempatan baru oleh pihak berkuasa.
berpindah
dipindahkan
perpindahan
memindahkan
Ahmad terjatuh selepas kakinya ___ tunggul kayu
menyepak
disepak
penyepak
tersepak
Kumpulan pelajar itu berkumpul untuk ___ tentang masalah pelajaran.
berbincang
dibincangkan
perbincangan
membincangkan
Kami sekeluarga menjadi ____ abang untuk berjaya dalam pelajaran.
mendorong
dorongan
pendorong
didorong
Pelajar itu ____ untuk mewakili sekolah dalam pertandingan debat di peringkat daerah.
memilih
pemilihan
terpilih
pilihan
Wong menumpukan perhatian terhadap ___ gurunya,
pengajaran
mengajarkan
diajarkan
ajaran
Nasi lemak merupakan sajian ___ rakyat Malaysia.
digemari
penggemar
kegemaran
digemari
Irfan merupakan ____ pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.
tulang belakang
ringan tulang
keras tulang
tulang empat kerat
Kecantikan corak-corak kain batik menyebabkan pelancong Jepun itu ___ sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
gelap mata
putih mata
rambang mata
rabun mata
Kedua-dua kakinya patah akibat kemalangan jalanraya. ____, dia masih berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR kelak.
Di samping itu
Oleh sebab itu
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Pantai Cahaya Bulan sering dikunjungi oleh orang ramai, ___ pada hari cuti.
oleh itu
lepas itu
lebih-lebih lagi
sementara itu
Amir tidak pernah melupai orang-orang yang berjasa kepadanya. ____ , dia akan mengadakan jamuan untuk mereka pada setiap tahun.
Namun begitu
Lagipun
Kemudian
Oleh itu
Penceramah itu berhujah dengan memberikan contoh yang ___ kepada hadirin.
ada akal
cari akal
masuk akal
panjang akal
Izat begitu ___ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.
ada hati
cekal hati
kecil hati
rendah hati
