WorksheetsKata Ganti Nama Diri S4 - XYF
Total questions: 21
Worksheet time: 7mins
"__________ ke sini dengan siapa?" tanya Alya kepada Sofi.
Saya
Awak
Kalian
Beliau
"Kalau hendak melihat bagaimana kuih bahulu dibuat, datanglah ke bengkel ibu __________ di hujung kampung ini," kata Soraya kepada Mui Lan.
kamu
kami
saya
kita
__________ seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab kerana telah membuat banyak perubahan di kawasan tersebut.
Dia
Beliau
Hamba
Baginda
__________ sekeluarga berkelah di tepi pantai semalam.
Mereka
Kalian
Kamu
Anda
__________ sanggup terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu demi menyelamatkan anaknya.
Dia
Kita
Awak
Beliau
"Apakah hajat tuan __________ datang ke sini?" tanya Megat Malim kepada pemuda itu.
patik
hamba
tuanku
baginda
__________ telah pun menyiapkan semua kerja rumah, ibu," kata Adam dan adiknya kepada Puan Lili.
Aku
Kami
Mereka
Engkau
"__________ mestilah bersatu hati jika ingin memenangi perlawanan ini," kata jurulatih pasukan itu kepada anak-anak buahnya.
Kami
Saya
Kamu
Mereka
Cikgu Juriah memegang tangan saya lalu berpesan, "Belajarlah bersungguh-sungguh, __________ juga boleh berjaya.“
kamu
kita
dia
saya
"__________ berharap kamu akan cepat sembuh dan boleh ke sekolah seperti biasa," kata Iman kepada Hadi.
Kita
Saya
Beliau
Engkau
Walaupun Murad anak yatim tetapi __________ rajin belajar.
dia
anda
kalian
mereka
"Bolehkah __________ membantu pak cik?" tanya Azman dan Yani kepada Pak Cik Darus.
baginda
beliau
kami
aku
"Eh! Mengapakah __________ kelihatan ketakutan apabila melihat saya?" tanya Wan kepada kawan-kawannya.
kalian
baginda
anda
beta
"__________ mahu pembelot itu ditangkap hidup-hidup,” titah Sultan Mahmud.
Tuanku
Hamba
Patik
Beta
"Janganlah __________ bersikap begitu dengan saya," kata Zuraida kepada Mariah.
awak
kami
beta
kita
__________ harus bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku semalam.
Baginda
Tuanku
Beta
Dia
"Bilakah __________ hendak melawat Zamri di hospital?" tanya Amira kepada Helina.
kalian
kita
kami
beliau
"Maafkan aku kerana telah menyusahkan __________ dalam masalah ini," kata Kumar kepada Suhaimi.
anda
kalian
hamba
engkau
Encik Manaf ialah jiran kami. __________ seorang doktor di sebuah klinik di Skudai.
Baginda
Mereka
Beliau
Anda
Siti, Zuraida dan Fuzianah sahabat baik. __________ gemar membaca buku di perpustakaan.
Dia
Anda
Kalian
Mereka
"Kini pilihan di tangan __________," kata pengacara televisyen itu kepada para penonton.
mereka
anda
baginda
kalian
