wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Kata Bantu

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Masa menjawab soalan itu _______ tamat.

a)

sudah

b)

lalu

c)

mesti

d)

sedang

2.

Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.

a)

sudah

b)

sedang

c)

pernah

d)

masih

3.

Dalam pertandingan bola sepak itu, pasukan sekolah Ali _______ kalah.

a)

sudah

b)

telah

c)

masih

d)

mesti

4.

Chef Nizam ______ mengangkat kek dari ketuhar.

a)

sedang

b)

masih

c)

telah

d)

mesti

5.

Encik Ahmad ________ melawat jirannya di hospital.

a)

dapat

b)

hendak

c)

boleh

d)

harus

6.

Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke rumahnya.

a)

mesti

b)

harus

c)

mahu

d)

sedang

7.

Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.

a)

sedang

b)

harus

c)

akan

d)

telah

8.

Siapakah yang ______ dipersalahkan dalam kejadian ini?

a)

dapat

b)

mesti

c)

harus

d)

sudah

9.

Kamu ______ pandai memujuk hatinya yang luka itu.

a)

mesti

b)

sedang

c)

sudah

d)

akan

10.

Pasukan sekolah Syafiq _______ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.

a)

harus

b)

akan

c)

telah

d)

mesti

11.

Cikgu Kalsom ______ ke Pulau Tioman pada hujung minggu hadapan.

a)

belum

b)

akan

c)

telah

d)

pernah

12.

Puan Khatijah ______ menjahit baju sutera itu lagi.

a)

telah

b)

akan

c)

belum

d)

pernah

13.

Shasha _____ pergi ke sekolah pagi esok.

a)

akan

b)

dapat

c)

sudah

d)

telah

14.

Zamili _______ menyiapkan kerja sekolahnya semalam.

a)

masih

b)

sudah

c)

pernah

d)

sedang

15.

Pak Abu _______ menghabiskan ubat yang diberikan oleh doktor.

a)

sedang

b)

pernah

c)

masih

d)

mesti

16.

Ali dan Salim _______ makan nasi goreng kampung.

a)

mesti

b)

harus

c)

sedang

d)

dapat

17.

Cikgu Azmir belum ________ mengajar murid-murid di kelas KIA2M.

a)

sedang

b)

pernah

c)

telah

d)

akan

18.

Khalid, Riduan, dan Hashim ______ menyertai pasukan bola sepak negara setelah menjalani beberapa sesi ujian.

a)

dapat

b)

mesti

c)

masih

d)

sedang

19.

Walaupun menghadapi pelbagai halangan, Siti _____ tetap bersabar.

a)

telah

b)

mahu

c)

masih

d)

hendak

20.

Semua pengawas sekolah ______ memakai tali leher pada setiap hari Isnin.

a)

akan

b)

mahu

c)

belum

d)

sedang

21.

Walaupun telah dijelaskan oleh guru, namun ______ ramai murid yang melakukan kesalahan.

a)

hendak

b)

masih

c)

dapat

d)

akan

22.

Samad dan Farid ______ melanggar peraturan sekolah dan mereka telah didenda oleh guru disiplin.

a)

akan

b)

belum

c)

telah

d)

harus

23.

Semua murid Tahun 6 ________ menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September ini.

a)

akan

b)

perlu

c)

belum

d)

masih

24.

Pakaian yang dijemur oleh ibu pagi tadi ________ kering sepenuhnya.

a)

dapat

b)

belum

c)

pernah

d)

sedang

25.

Khairul _______ menghadiri aktiviti kokurikulum pada petang ini.

a)

sedang

b)

masih

c)

akan

d)

telah

26.

Walaupun terpisah jauh, Salina dan Mariam _________ berhubung.

a)

akan

b)

perlu

c)

masih

d)

harus

27.

Majlis perpisahan Guru Besar _______ diadakan pada pagi tadi.

a)

pernah

b)

akan

c)

mahu

d)

telah

28.

Cikgu Razak _______ menjadi guru saya pada suatu ketika dahulu.

a)

sudah

b)

telah

c)

akan

d)

pernah

29.

Puan Marina Chin _______ berbual-bual dengan Puan Fauziah.

a)

akan

b)

mesti

c)

sudah

d)

sedang

30.

“Adib _____ belajar rajin-rajin untuk berjaya,” kata ibunya.

a)

mesti

b)

mahu

c)

belum

d)

pernah

31.

Ahmad ______ mengulang kaji pelajaran walaupun hari sudah lewat malam.

a)

masih

b)

telah

c)

boleh

d)

harus

32.

Eksperimen itu ______ siap dijalankan oleh mereka semalam.

a)

telah

b)

masih

c)

mesti

d)

akan

33.

Abang Long ______ membaiki basikal ketika kami tiba di rumah.

a)

sedang

b)

pernah

c)

mahu

d)

mesti

34.

Semua guru ___________ murid-muridnya berjaya dengan cemerlang.

a)

mesti

b)

mahu

c)

boleh

d)

akan

35.

Ibu risau kerana adik _______ pulang lagi dari sekolah.

a)

masih

b)

belum

c)

telah

d)

sudah

36.

Kalau ______ berilah sedikit masa lagi untuk saya menyiapkan latihan itu.

a)

mahu

b)

boleh

c)

sudah

d)

masih

37.

Rozana baru bangun dan ______ bersarapan lagi.

a)

akan

b)

harus

c)

belum

d)

sudah

38.

Saya _____ melawat Bandaraya Kuala Lumpur bersama-sama keluarga pada masa cuti yang lalu.

a)

pernah

b)

belum

c)

akan

d)

sedang

39.

Sharifudin yang kuat makan itu _______ menghabiskan dua pinggan nasi ayam.

a)

hendak

b)

pernah

c)

dapat

d)

masih

40.

Bas ekspres itu ______ bertolak pada pukul 10.00 pagi tadi.

a)

hendak

b)

mahu

c)

boleh

d)

telah

41.

Diana _______ menjalani rawatan di hospital tetapi penyakitnya belum juga pulih.

a)

sudah

b)

boleh

c)

dapat

d)

harus

42.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan petang tadi ________ ditunda ke bengkel.

a)

pernah

b)

boleh

c)

telah

d)

masih

43.

Kamal ______ memenangi pertandingan pidato pada tahun lepas.

a)

sedang

b)

masih

c)

belum

d)

telah

44.

Jamil dan Isma ______ membujang sehingga kini.

a)

masih

b)

akan

c)

belum

d)

mahu

45.

Puan Kartina _______ berbual-bual dengan Puan Nirmala.

a)

telah

b)

sedang

c)

belum

d)

mahu

46.

Saya _____ ke sekolah petang nanti kerana ada latihan bola baling.

a)

telah

b)

masih

c)

belum

d)

hendak

47.

Adik Alia ______ makan nasi goreng ayam dan minum air teh ais.

a)

perlu

b)

mahu

c)

mesti

d)

harus

48.

Azman ______ menyertai perkhemahan pengakap yang diadakan di Kem Kota, Layang-Layang Kiri.

a)

sedang

b)

sudah

c)

belum

d)

boleh

49.

Encik Mansor Akbar _______ mengangkat kotak yang berat itu.

a)

dapat

b)

pasti

c)

mesti

d)

harus

50.

Pelbagai janji manis yang dibuat oleh wakil rakyat itu _____ ditunaikan.

a)

harus

b)

masih

c)

sedang

d)

boleh

51.

Saya ______ menuntut di Universiti Putra Malaysia enam tahun yang lalu.

a)

mahu

b)

masih

c)

pernah

d)

sedang

52.

Masalah bekalan air di kawasan perumahan itu _________ dapat diatasi oleh pihak Jabatan Bekalan Air Perak.

a)

boleh

b)

telah

c)

pernah

d)

sedang

53.

Zainatul berasa bimbang kerana namanya _______ dipanggil dalam sesi temu duga itu walaupun hari sudah petang.

a)

sudah pernah

b)

belum pernah

c)

masih belum

d)

masih sedang

54.

Semua hidupan di muka bumi ini _______ mati.

a)

mesti akan

b)

mesti belum

c)

masih belum

d)

masih sedang

55.

Perlawanan bola jaring itu ________ bermula pada pukul 8.30 pagi tadi.

a)

mesti akan

b)

mesti sudah

c)

mesti sedang

d)

masih belum

56.

Amira yakin bahawa dia ________ menjawab soalan Matematik itu.

a)

akan dapat

b)

sudah boleh

c)

akan pernah

d)

masih sedang

57.

Lagu-lagu hasil karya penggubah terkenal itu ________ menembusi pasaran antarabangsa.

a)

masih sedang

b)

mesti mahu

c)

sudah pernah

d)

akan pernah

58.

Kamu _______ terlambat untuk bertaubat!

a)

mesti akan

b)

belum hendak

c)

masih sedang

d)

masih belum

59.

Murid-murid Tahun 4 _______ menyertai peraduan itu pada minggu hadapan.

a)

belum boleh

b)

masih sedang

c)

sedang hendak

d)

masih belum

60.

Puan Aminah __________ melawat suaminya yang sedang sakit di hospital.

a)

akan dapat

b)

sudah boleh

c)

masih sedang

d)

sedang hendak