NEW
Font size
WorksheetsY3 BM 2021
Total questions: 40
Worksheet time: 3hrs 20mins
1. __________ beratur semasa menaikkan bas.
Sila
Minta
Jangan
Jemput
2. __________ masuk ke rumah saya.
Sila
Tolong
Jangan
Jemput
3. __________ semua murid tidak membuat bising di dalam kelas.
Sila
Tolong
Minta
Harap
4. "__________ kamu risau tentang keadaan kesihatan nenek," kata ibu kepada Siew Lan.
Minta
Harap
Jangan
Usah
5. __________ berlari di dalam kelas.
Sila
Jemput
Jangan
Usah
6. __________, Ramesh ! Marilah kita melintas jalan bersama-sama.
Eh
Ah
Hai
7. __________, ini rupanya buku awak !
Eh
Ah
Oh
8. __________, sakitnya kepala saya !
Amboi
Aduh
Wah
9. __________, tingginya bangunan baru itu !
Amboi
Aduh
Wah
10. __________, pandainya abang kamu !
Amboi
Aduh
Wah
11. Zali memetik beberapa __________ cendawan di belakang rumahnya.
batang
buah
kaki
kawan
12. Puan Hannah menanam se__________ pandan di tanah kosong.
rumpun
batang
buah
tandan
13. Bapa membeli se__________ pisang di gerai buah-buahan itu.
tandan
sisir
biji
14. Se__________ semut bersama-sama membawa sebatang tulang.
ekor
kawan
orang
pasukan
15. Kanak-kanak itu menyeberangi se__________ sungai dengan berhati-hati.
batang
buah
biji
bilah
16. Bunyi kicauan burung tekukur sungguh _____________.
bising
senyap
merdu
kuat
17. Bunga Rafflesia sangat cantik tetapi baunya _____________.
wangi
harum
terang
busuk
18. Pemandangan di Hutan Beluh sungguh _____________.
indah
cantik
nyaman
segar
19. Suhu di puncak Gunung Kinabalu sangat _____________.
terang
panas
sejuk
gelap
20. Adik perempuan Zali suka menikmati aiskrim yang ____________.
pahit
masin
masam
manis
21. Hani _____________ pada pukul 6.00 pagi.
bangun
berbangun
membangun
dibangun
22. Sin Ling _____________ sebelum pergi ke sekolah.
sarapan
bersarapan
menyarapan
disarapan
23. Aiman sentiasa _____________ pertandingan bercerita .
serta
berserta
menyertai
disertai
24. Kakak Siti _____________ hadiah daripada guru besar.
terima
berterima
menerima
diterima
25. Lauk-pauk yang sedap itu _____________ oleh nenek dan ibu Guan Hong.
sedia
bersedia
menyediakan
disediakan
26. Beg tangan yang mahal itu diperbuat _____________ kulit buaya.
di
ke
dari
daripada
27. Ben Li belajar _____________ pagi hingga tengah hari.
di
pada
dari
daripada
28. Ibu memberi makanan _____________ anjing itu.
untuk
ke
kepada
pada
29. Bapa akan bertolak _____________ Jepun esok.
daripada
dari
di
ke
30. Murid-murid itu menjalankan latihan _____________ padang.
di
ke
pada
dari
31. _______________ harga sebakul buah rambutan ini ?
Bilakah
Berapakah
Bangaimanakah
32. ______________ pengakap- pengakap itu akan berkhemah di Hutan Lipur ?
Bilakah
Berapakah
Bagaimanakah
33. ____________ yang membantu Pak Cik Aiman di ladang teh ?
Adakah
Apakah
Siapakah
34. _____________ yang dimasukkan oleh ibu ke dalam pasu ?
Adakah
Apakah
Siapakah
35. _______________ kamu tidak hadir ke sekolah semalam ?
Di manakah
Mengapakah
Bagaimanakah
36. Mengapakah kita mestilah menjaga kesihatan kita ?
Kita mestilah menjaga kesihatan kita ______________________________________.
kerana tidak mudah menjangkit pelbagai penyakit
supaya tidak mudah menjangkit pelbagai penyakit
untuk tidak mudah menjangkit pelbagai penyakit
37. Apakah yang dilakukan oleh abang di bilik bacaan ?
Abang ________________________________di bilik bacaan.
menikmati makanan dan minuman
berehat sambil mendengar radio
mengulang kaji pelajaran
38. Bilakah Siti berpindah ke Johor ?
Siti berpindah ke Johor ___________________________________.
pada dua tahun yang lalu
dari dua tahun yang lalu
semasa dua tahun yang lalu
39. Bagaimanakah kamu pergi ke sekolah ?
Saya pergi ke sekolah _____________________________________.
dengan menaiki kapal terbang
dengan menaiki bas
dengan menaiki kereta api
40. Di manakah Jun Yu membeli majalah itu ?
Jun Yu membeli majalah itu _________________________________.
di Kedai Buku Cemerlang
di Kedai Kasut Hebat
Di Kedai Pakaian Cantik
