WorksheetsUjian 1 SPK10013
Total questions: 14
Worksheet time: 30mins
"Pengetahuan & kefahaman yang berkait dengan alam semulajadi dan komposisi bahan makanan & sifat dalam keadaan yang pelbagai."
Kenyataan di atas merujuk kepada istilah
A. Pemakanan
B. Sains Makanan
C. Nutrisi Makanan
D. Teknologi Makanan
Antara tanda-tanda keracunan makanan ialah seperti berikut, KECUALI:
A. Batuk
B. Demam
C. Muntah
D. Sakit perut
Salah satu cara bagi mengatasi pencemaran mikroorganisma pada makanan ialah
A. Gunakan gelas sumbing
B. Sentiasa tutup tong sampah
C. Buang sisa makanan di sink
D. Gunakan kain lap yang telah digunakan untuk membersihkan peralatan dapur
Sumber pencemaran bahan kimia adalah daripada
A. Logam
B. Lipas
C. Bahan aditif
D. Bahan mentah
Amalan kebersihan diri merangkumi perkara berikut, KECUALI:
A. Hobi
B. Tabiat
C. Kesihatan diri
D. Kebersihan pakaian
" Proses mengurangkan jumlah kuman ke tahap selamat."
Kenyataan di atas adalah merujuk kepada salah satu kaedah pencucian iaitu
A. Mencuci
B. Sanitasi
C. Membilas
D. Disinfeksi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang merupakan semakan semula kepada Piramid Makanan bagi tahun
A. 2008
B. 2009
C. 2010
D. 2011
Piramid Makanan 2020 menekankan aspek pengambilan sayur dan buah, berbanding sebelumnya menekankan pengambilan
A. Vitamin dan karbohidrat
B. Bijirin dan karbohidrat
C. Lemak dan karbohidrat
D. Protein dan karbohidrat
1g protein menghasilkan nilai tenaga sebanyak
A. 4 kkal
B. 6 kkal
C. 7 kkal
D. 9 kkal
Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan kalori individu, KECUALI
A. Imej
B. Jantina
C. Aktiviti
D. Kesihatan
Senaraikan tiga (3) sumber pencemaran bahan kimia
Seseorang individu perlu membasuh tangan selepas melakukan aktiviti-aktivit tertentu seperti sebelum makan dan selepas makan.
Berikan 3 keadaan lain yang memerlukan individu membasuh tangan.
Piramid Makanan Malaysia 2020 mempunyai 4 aras yang disusun sebagai saranan pengambilan makanan yang baik.
Senaraikan setiap aras beserta sumber utama bagi setiap aras tersebut.
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Berdasarkan maklumat yang diberikan, kirakan nilai kalori dalam soalan yang diberikan.
Karbohidrat : 4kcal/g
Protein : 4kcal/g
Lemak : 9kcal/g
Kamalia merupakan pelajar SPK 1 sesi Julai 2014. Beliau telah diberikan tugasan untuk mengira nilai kalori yang terdapat di dalam rendang daging. Kirakan nilai kalori bagi:
a. 4.12g karbohidrat
b. 2.37g protein
c. 10.81g lemak
d. Jumlah kalori dalam rendang daging
