wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja / Kata Adjektif

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ketua pasukan Rumah Kelisa ____________ piala kejuaraan yang dimenangi oleh mereka pada Kejohanan Sukan SKTM tahun 2023.

a)

memikul

b)

mengelek

c)

menjulang

d)

mengheret

2.

Gordon dan Shoban _____________ motosikal masing-masing ke tempat kerja mereka di Putrajaya pada setiap pagi.

a)

membonceng

b)

menunggang

c)

memandu

d)

membawa

3.

Vinayak _____________ halaman buku cerita yang dipinjam daripada rakannya dengan cermat supaya tidak rosak.

a)

mengoyak

b)

menampal

c)

membalut

d)

menyelak

4.

Adik Amelia _____________ api lilin yang berada di atas kek hari jadinya selepas

selesai nyanyian lagu 'Selamat Hari Lahir'.

a)

menyalakan

b)

menghembuskan

c)

mematikan

d)

memotong

5.

Emak sibuk _____________ pakaian yang telah kering dari jemuran untuk di susun semula ke dalam almari anak-anaknya.

a)

menjahit

b)

menyidai

c)

melipat

d)

mengukur

6.

Iris sedang _____________ nasi manakala emaknya pula sedang menggoreng sayur

untuk hidangan makan malam.

a)

menjerang

b)

menyalai

c)

memanggang

d)

menanak

7.

Bawang merah itu perlu _______________ nipis sebelum dimasukkan ke dalam kuali.

a)

disiang

b)

dibedah

c)

ditumis

d)

dihiris

8.

Aliran air longkang di tepi jalan utama itu _____________ akibat pembuangan sampah sarap yang terlalu banyak.

a)

terbantut

b)

tersumbat

c)

terdesak

d)

terhimpit

9.

Encik Alias sedang _____________ rumput dan lalang yang tumbuh panjang meliar di sekitar rumahnya.

a)

menyabit

b)

mengguting

c)

menoreh

d)

mengasah

10.

Pelayan restoran mewah itu _____________ dulang yang berisi pelbagai makanan yang dengan berhati-hati dan cermat.

a)

menjinjing

b)

memegang

c)

menggalas

d)

menatang

11.

_______________ sungguh pemandangan di kawasan Air Terjun Pandan, Kuantan Pahang itu.

a)

Muram

b)

Kelam

c)

Sayup

d)

Indah

12.

Pemenang Anugerah Tokoh Murid tahun 6 itu sangat ______________ dan hormat kepada guru-gurunya.

a)

malu

b)

takut

c)

baik

d)

tenang

13.

Mail mengait buah rambutan di rumah Tok Dalang itu dengan menggunakan sebatang galah yang _____________.

a)

tinggi

b)

panjang

c)

besar

d)

lebar

14.

Asam jawa sering digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau ____________ ikan air tawar seperti ikan haruan atau ikan patin.

a)

hapak

b)

harum

c)

hanyir

d)

hancing

15.

Penyanyi yang mempunyai suara yang ______________ itu mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh penonton.

a)

manis

b)

merdu

c)

garau

d)

seram

16.

Semua seluarnya sudah menjadi _____________ kerana badannya sudah berisi berbanding dahulu.

a)

longgar

b)

singkat

c)

ketat

d)

besar

17.

Cik Mira yang ringan mulut itu disenangi ramai kerana dia sungguh _______________ dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

a)

sombong

b)

ramah

c)

kasar

d)

angkuh

18.

Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur menjadi ________________ sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlansung.

a)

lengang

b)

sibuk

c)

bising

d)

suram

19.

Yusayra berasa _____________ apabila ternampak seekor ulat pada buah epal yang dikupasnya itu.

a)

rimas

b)

hairan

c)

geli

d)

seronok

20.

Budak itu hampir lemas kerana dihanyutkan oleh air sungai yang sangat _____________.

a)

pantas

b)

cepat

c)

kencang

d)

deras