wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Moneyharmony Quiz

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan masalah kewangan yang sering dihadapi oleh para pelajar kecuali:

a)

Tidak mengetahui aliran wang yang telah mereka gunakan.

b)

Tidak dapat membezakan di antara keperluan dan kehendak.

c)

Tidak banyak berbelanja wang untuk barang kehendak.

d)

Tidak mempunyai simpanan kecemasan.

2.

Kehendak merupakan benda-benda yang tanpanya kita masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Para pelajar perlu mengurangkan perbelanjaan barang kehendak.

Antara berikut manakah yang merupakan barang kehendak:

a)

Baju yang mahal dan berjenama.

b)

Tempat tinggal.

c)

Makanan dan minuman harian.

d)

Jam mewah.

e)

Komputer canggih.

3.

Simpanan kecemasan bermaksud duit yang kita simpan untuk kegunaan kecemasan kelak.

Apakah kebaikan mempunyai simpanan kecemasan?

a)

Sukar untuk meningkatkan kualiti hidup.

b)

Mengurangkan beban pada masa akan datang.

c)

Perancangan kewangan terganggu.

d)

Tiada peningkatan dalam kualiti hidup.

4.

Berikut merupakan kepentingan pengurusan kewangan kecuali:

a)

Menyebabkan perbelanjaan bulanan tidak mencukupi.

b)

Membentuk sahsiah diri pelajar supaya lebih celik dalam hal-hal kewangan.

c)

Membebaskan diri daripada masalah kewangan.

d)

Dapat menyeimbangkan antara kemasukan wang dan perbelanjaan.

5.

Pada masa kini, sudah banyak bantuan kewangan yang ditawarkan, tetapi kita juga perlu tahu, tidak semua bantuan kewangan itu selamat.

Tandakan dua contoh pinjaman yang tidak selamat:

a)

Pinjaman PTPTN.

b)

Pinjaman Pelajaran MARA.

c)

Pinjaman Ah long.

d)

Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak.

e)

Pinjaman tidak berlesen.

6.

Sikap yang diperlukan dalam pengurusan kewangan ialah:

a)

Cuai sehingga gagal merancang kewangan.

b)

Boros dan kerap berbelanja mengikut nafsu.

c)

Tidak peduli tentang simpanan untuk kegunanaan kecemasan.

d)

Disiplin yang tinggi dari segi perbelanjaan wang.

7.

Sebenarnya terdapat banyak tips mudah untuk pelajar dalam membuat pengurusan kewangan dengan bijak.

Tandakan 3 tips mudah pengurusan kewangan:

a)

Ikuti bajet yang ditetapkan.

b)

Tetapkan jumlah simpanan.

c)

Menghabiskan wang lebihan.

d)

Berbelanja secara berhemah.

e)

Hanya membeli barang-barang berjenama.

8.

Jika anda memerlukan wang tambahan untuk keperluan lain ataupun bagi menampung kehidupan sosial anda, anda perlu mendapatkan pendapatan tambahan melalui kerja separuh masa hingga pelajaran anda terabai.

a)

Benar

b)

Salah

9.

Tidak semua pendaptan kita sama ada dari ibu bapa, pinjaman atau biasiswa, gaji daripada kerja separuh masa dan yang lain-lain perlu direkodkan.

a)

Benar

b)

Salah

10.

Sesetengah aplikasi boleh membantu anda memantau perbelanjaan dalam talian dengan berhubung dengan akaun bank anda dan juga memberi anda platform pengurusan kewangan secara harian.

Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu anda memantau perbelanjaan ialah:

a)

Spendee

b)

Cashzine

c)

Cash App

d)

Touch 'n Go eWallet