Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz PA 1 Sem 1 2021/22

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seorang wakil rakyat mengambil tindakan meletak jawatan?

a)

Dipenjara melebihi 2 tahun

b)

Dituduh terlibat dalam perakuan rasuah

c)

Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri

d)

Rakan-rakan parlimen tidak menyokong beliau

2.

Yang manakah pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

a)

Jemaah Menteri

b)

Bahasa Kebangsaan

c)

Keanggotaan Parlimen

d)

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

3.
  • Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia.
  • Beliau menetap di Malaysia selama 2 tahun sebelum tarikh permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?


Yang manakah cara untuk Puan Y mendapat kewarganegaraan Malaysia?

a)

Masukan

b)

Pendaftaran

c)

Percantuman Wilayah

d)

Kuat Kuasa Undang-Undang

4.

Dewan Undangan Negeri dikira tempoh genap usianya selama lima tahun dari tarikh

a)

writ pilihan raya dikeluarkan

b)

keputusan pilihan raya diwartakan

c)

persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

d)

Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah

5.

Yang manakah penyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?

a)

Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi

b)

Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa

c)

Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai unsur

d)

Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum

6.

Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang.

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

7.

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan?

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Ahli Suruhanjaya

d)

Ketua Hakim Negara

8.

Yang manakah fungsi SuruhanJaya Pilihan Raya?

a)

Membuat Kajian dan persempadanan kawasan pilihan raya

b)

Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya

c)

Meluluskan pensempadanan kawasan pilihan raya

d)

Mengadili petisyen pilihan raya

9.
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
a)
A. Semua pindaan yang dilaksanakan mesti mendapat persetujuan dua pertiga Majlis Parlimen
b)
B. Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menolak pindaan perlembagaan
c)
C. Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
d)
D. Menjadi panduan kepada semua undang-undang
10.

* Puan Y ialah seorang wanita asing yang berkahwin dengan lelaki warganegara Malaysia.

* Beliau menetap di Malaysia selama dua tahun sebelum tarikh permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.


Yang manakah cara untuk Puan Y mendapatkan kewarganegaraan Malaysia?

a)

Masukan

b)

Pendaftaran

c)

Percantuman wilayah

d)

Kuat kuasa undang-undang

11.

Pihak pentadbiran mestilah bukan orang yang sama dengan yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang dan badan kehakiman pula tidak boleh mengganggu proses pentadbiran.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

pemusatan kuasa

b)

pengasingan kuasa

c)

penyelarasan kuasa

d)

pembahagian kuasa

12.

Yang manakah yang benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Lantikannya oleh Perdana Menteri

b)

Saraannya di bawah peruntukan Parlimen

c)

Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri

d)

Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara

13.

Tujuan utama penubuhan badan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri adalah untuk

a)

Mengelakkan percanggahan dan melicinkan pentadbiran negara

b)

Meningkatkan kecekapan pentadbiran pada peringkat masing-masing

c)

Menyeragamkan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

d)

Mengelakkan campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri

14.

Yang manakah kesan sistem penyampaian perkhidamatan awam yang lemah?

a)

Kemerosotan keyakinan orang ramai

b)

Peningkatan perkhidmatan agensi awam

c)

Penurunan permohonan ke perkhidmatan awam

d)

Menjejaskan sasaran pencapaian program transformasi kerajaan

15.

Strategi untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam dalam menempuh cabaran globalisasi adalah ...

a)

Mengurangkan karenah birokrasi

b)

Meningkatkan perkhidmatan kaunseling

c)

Memperbanyakkan perniagaan dalam talian

d)

Meluaskan pendidikan teknik dan vokasional