WorksheetsPenjodoh Bilangan S4 - XYF
Total questions: 21
Worksheet time: 7mins
Sejak terlantar sakit, dia langsung tidak dapat bercakap meskipun se____________ kata.
berkas
patah
potong
buah
Ibu menambah se____________ garam ke dalam masakan supaya rasanya masin.
cebis
buku
cubit
senduk
Han Rong menulis alamat kawannya di atas se____________ kertas.
carik
pucuk
buku
buah
Di puncak Bukit Melawati terdapat beberapa ____________ meriam lama.
batang
laras
bentuk
keping
Ananda mengikat mulut guni itu dengan menggunakan se____________ tali.
ulas
utas
tangkai
gelung
Cikgu Mariam menyuruh kami mengarang se____________ sajak sempena hari kebangsaan.
buah
perenggan
baris
rangkap
"Berapakah harga se____________ pukat ini?" tanya Pak Man kepada peniaga itu.
rawan
gelung
papan
keping
Emak memasukkan se____________ asam gelugur ke dalam gulai itu.
potong
keping
hiris
ketul
Se____________ pengganas telah berjaya dikepung oleh anggota polis yang baru tiba di tempat kejadian.
kawan
kumpulan
angkatan
gerombolan
"Siapakah pemilik se_____________ kasut bola ini?" tanya Abi kepada Syukri.
pasang
bilah
buah
kaki
Kebakaran rumah papan itu berpunca daripada se____________ ubat nyamuk.
batang
kotak
puntung
lingkar
Adik Mira belajar membilang dengan menggunakan beberapa ____________ saga.
biji
batang
buah
helai
Encik Wong membeli lima ____________ kawat duri untuk memagari kebun buahnya.
lembar
gelung
utas
rawan
"Berapakah harga se____________ buah durian ini?" tanya emak kepada penjual itu.
biji
ulas
butir
buah
Lee Hong Wee tercicir se____________ kunci rumahnya di sekolah.
gugus
longgok
berkas
puntung
Beberapa ____________ cendawan tumbuh di batang pokok getah yang reput itu.
kuntum
kaki
helai
jambak
Petani itu memikul se____________ rumput untuk makanan lembunya.
ikat
batang
berkas
jambak
Han Hong mengambil se____________ penyapu lalu menyapu di halaman rumahnya.
batang
ikat
bilah
biji
Angin puting beliung telah menyebabkan sepuluh ____________ rumah teres di kawasan perumahan itu rosak teruk.
lajur
batang
deret
bidang
Kang Hi membeli dua ____________ langsat dan tiga ____________ durian di gerai buah-buahan itu.
tangkai ... tandan
biji ... tandan
gugus ... ikat
ikat ... biji
Emak menatang dulang berisi se____________ kopi dan se____________ kuih.
bungkus ... mangkuk
cawan... piring
gelas ... berkas
tin ... sudu
