WorksheetsTOPIK 5 SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN ISLAM
Total questions: 10
Worksheet time: 4mins
Qawaid Fiqhiyyah ialah prinsip fiqah yang bersifat umum dalam bentuk nas yang pendek yang mengandungi hukum umum yang bersesuaian dengannya.
Qawaid Fiqhiyyah ini diwujudkan oleh tokoh-tokoh agung para fuqaha' secara
A. nasihat
B. munajat
C. muafakat
D. musyawarah
Apakah maksud masyaqqah (kesukaran) dalam Kaedah Fiqh "Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan" ?
A. Perkara yang menjadi sukar bagi mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia
B. Keadaan sukar yang melampaui tahap kebiasaan bagi manusia normal
C. Keadaan yang boleh membawa kepada impak buruk atau negatif
D. Keadaan yang membawa kepada bahaya
Pengembara menggunakan kompas bagi menentukan arah kiblat yang tepat untuk melaksanakan solat di dalam hutan
Aapakah kaedah fiqh yang sesuai bagi pernyataan di atas ?
A. Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan
Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak
Kemudharatan hendaklah dihilangkan
Adat dijadikan hukum
LARANGAN PEMBINAAN KILANG-KILANG DI KAWASAN PERUMAHAN KERANA DIKHUATIRI BERLAKU PENCEMARAN
Kaedah Fiqh yang manakah merujuk pernyataan tersebut ?
Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan
Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak
Kemudharatan hendaklah dihilangkan
Adat dijadikan hukum
HASIL DNA DALAM MENENTUKAN KESAHIHAN HUBUNGAN SESEORANG ANAK BOLEH DIAMBIL KIRA WALAUPUN RUPA PARAS TIDAK SAMA DENGAN IBU BAPANYA
Tentukan Kaedah Fiqh yang sesuai bagi pernyataan tersebut.
A. Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan
B. Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak
C. Kemudharatan hendaklah dihilangkan
D. Adat dijadikan hukum
Teknologi penggunaan bag udara di dalam kenderaan beretepatan dengan maqasid syarie iaitu......
Menjaga keselamatan agama.
Menjaga keselamatan Nyawa.
Menjaga keselamatan akal.
Menjaga keselamatan harta.
Penggunaan cctv di rumah atau kediaman menepati dua bentuk maqasid syarie iaitu...
Memelihara keselamatan nyawa
Memelihara keselamatan maruah
Memelihara keselamatan agama
Memelihara keselamatan harta benda
Kewajipan menutup aurat dalam Islam adalah salah satu suruhan Allah demi menjaga....
Keselamatan harta
Keselamatan akal
Keselamatan nyawa
Keselamatan maruah dan keturunan
Berikut ialah kesukaran-kesukaran yang menjadi sebab kepada berlakunya kemudahan dan keringanan dalam Islam kecuali
A. jahil
B. paksaan
C. kekangan masa
D. umumul balwa
MENGUTAMAKAN E-MAIL UNTUK MENYAMPAIKAN ARAHAN KERJA ATAU RESIT RASMI
Nyatakan bentuk adat yang sesuai dengan kenyataan tersebut.
A. Adat am
B. Adat sahih
C. Adat khusus
D. Adat fasid atau rosak
