NEW
Font size
WorksheetsSurah Al Mulk
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Al Mulk bermaksud?
Penguasaan
Pentadbiran
Kerajaan
Penciptaan
Surah ini membincangkan tentang?
Ujian kehidupan dan kematian
Pembentukkan tasawur terhadap alam dan hubungannya dengan pencipta alam ini
Urusan agama dan aqidah adalah urusan yang serius, tulus, mantap dan pasti
Penetapan hakikat hari akhirat beserta pembalasan
Surah al Mulk mempunyai berapa ayat?
29
40
35
30
Berdasarkan gambar tersebut, manakah yang ada kaitannya dengan ayat ke 5?
Pada ayat 5 hingga 11, mengapa surah ini ada menceritakan tentang keadaan orang yang di azab di dalam api neraka?
Untuk memberitahu balasan orang yang tidak mahu beriman kepada Allah
Kerana jiwa manusia hanya tenggelam dan terbatas dengan kehidupan sahaja
Supaya manusia bersedia untuk menghadapi akhirat
Untuk menakut-nakutkan orang yang beriman
Apakah point yang ingin disampaikan pada ayat 25-27?
Kebinasaan golongan yang beriman tidak memberikan kesan terhadap azab Allah
Seorang daie itu seharusnya bersabar berhadapan dengan orang yang didakwahinya
Tugas seorang daie hanya memberi peringatan dan menjelasksnnya
Gambaran orang yang mendapat petunjuk dan orang yang sesat
Apakah signifikan penggunaan ayat ‘tabaraka’ pada ayat 1 dengan kerajaan Allah?
Pentingnya bertasbih kepada Allah kerana Allah yang memiliki kerajaan di langit dan di bumi
Kerajaan Allah sangat banyak dan berlimpah ruah
Menunjukkan mulianya keberkahan yang Allah beri ini sehingga alam semesta mendapat tempiasnya
Tak tahu
Pada ayat 2, Allah menggunakan sifatNya sebagai Maha perkasa dan Maha Pengampun kerana?
untuk menunjukkan bahawa Allah melihat apa yang manusia lakukan
Untuk memberi ketenangan kepada manusia
Supaya manusia beriman kepada Allah
manusia adalah makhluk yang pelupa
Apakah keamanan yang tidak disukai Allah pada ayat 16-18?
Apabila seorang mukmin tenteram dan aman hatinya kepada Allah
Apabila manusia lalai dengan keamanan yang Allah beri kepada manusia
Keamanan yang membuatkan manusia mendekati Allah
Keamanan yang menjadikan manusia hamba yang tunduk
Apakah peringkat petunjuk yang tidak disyukuri oleh manusia dalam surah ini
Al Quran
Bumi yang dijinakkan
Pendengaran, penglihatan dan hati
Syurga
