NEW
Font size
WorksheetsSET 1- KERTAS 1 PERCUBAAN SPM (NEGERI)- 2021
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?
A Raja
B Pembesar
C Undang-undang
D Wilayah pengaruh
2. Apakah yang menyebabkan rakyat tidak akan menderhaka kepada pemerintah?
A Takut ditimpa tulah
B Takut dibuang negeri
C Dikenakan hukuman sebat
D Tidak dibenarkan berdagang
Istilah di bawah menjadi asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah Jepun semasa era Pemulihan Meiji.
Semangat Bushido
Apakah yang anda peroleh kesan daripada semangat di atas?
A Mengukuhkan pendidikan semata-mata
B Bekerjasama dengan imperlisme Barat
C Sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab
D Memberikan keutamaan yang tidak berbelah bahagi kepada diri dan keluarga
4. Jadual berikut menunjukkan tuntutan yang diminta oleh KMS.
Persatuan:
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
Tuntutan:
Kebajikan dan pendidikan orang Melayu
Apakah tindakan British untuk memenuhi tuntutan tersebut?
A Mewujudkan lebih banyak pusat pendidikan
B Menggalakkan orang Melayu menubuhkan persatuan
C Menubuhkan syarikat yang diterajui oleh orang Melayu
D Menambah penglibatan orang Melayu dalam perkhidmatan awam
5. Pernyataan berikut berkaitan dengan sekatan ekonomi terhadap Jepun
Amerika Syarikat telah menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah yang diperlukan untuk operasi perangnya
Bagaimanakah Jepun menangani tindakan tersebut ?
A Jepun menguasai Asia Tenggara
B Jepun menyerang wilayah jajahan pihak Bersekutu
C Jepun mewujudkan pakatan ketenteraan dengan Jerman
D Jepun melancarkan imperialisme di seluruh rantau Asia Pasifik
6.Novel berikut dikarang oleh Ahmad Murad Nasaruddin pada abad ke 20.
NYAWA DI-HUJONG PEDANG
Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui novel tersebut
A Keberanian Albert Kwok
B Kekejaman tentera Jepun
C Kegagahan Leftenan Adnan
D Keganasan Parti Komunis Malaya
7. Jadual berikut merujuk perkembangan pentadbiran di Tanah Melayu.
Tarikh
12 September 1945
Peristiwa
Pengenalan British Military
Administration (BMA)
Apakah tujuan pentadbiran tersebut diperkenalkan?
A Memulihkan kepercayaan rakyat
B Mengatasi kemerosotan ekonomi
C Menyekat penentangan penduduk
D Menghalang kemasukkan orang dagang
Mengapakah tokoh berikut dihantar ke negara kita ?
• Sir Harold MacMichael
• Gerard T. MacBryan
A Mengubah sempadan negeri
B Memperkenalkan cukai baharu
C Memperoleh tandatangan pemerintah
D Melaksanakan pemerintahan demokrasi
9. Jadual berikut merujuk jawatankuasa yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
Tarikh :25 Julai 1946
Peristiwa:Penubuhan Jawatankuasa Kerja
Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan ?
A Mencadangkan Perlembagaan Rakyat
B Menentang pelaksanaan Malayan Union
C Merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
D Memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan
10. Dialog berikut mungkin berlaku di negara kita pada tahun 1947
Pak Tam: Gabungan PUTERA-AMCJA mengemukakan
Perlembagaan Rakyat.
Ah Kau :Jika perlembagaan tersebut dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada negara kita.
Apakah kesan yang dimaksudkan dalam dialog tersebut ?
A Pemisahan Singapura
B Pengenalan Malayan Union
C Pelaksanaan Raja Berperlembagaan
D Pengharaman Parti Komunis Malaya
11.Apakah peranan Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) dalam usaha menangani ancaman komunis?
A Mengawal kampung dan pekan
B Melindungi kawasan perlombongan
C Mengesan tempat persembunyian komunis
D Memusnahkan kubu komunis
12. Apakah implikasi peristiwa berikut terhadap negara kita pada ketika itu?
Tahun :1948 - 1960
Peristiwa : Darurat
I Perkembangan ekonomi terjejas
II Hubungan antara kaum renggang
III Kemerdekaan semakin sukar dicapai
IV Syarat kerakyatan telah diperketatkan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
13. Apakah kepentingan Sistem Ahli 1951 kepada pentadbiran Tanah Melayu?
A Merupakan proses ke arah perpaduan kaum
B Menggalakkan penduduk menentang dasar British
C Mengurangkan peranan kaum bukan Melayu
D Menjadi asas pengenalan sistem monarki
14. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan sebelum merdeka.
• Sekolah Melayu
• Sekolah Cina
• Sekolah Tamil
• Sekolah Agama
Apakah kesan sistem pendidikan tersebut kepada negara?
A Mempelbagai sistem pendidikan dalam negara
B Menangani masalah kekurangan guru
C Meningkat peluang pekerjaan
D Menghalang perpaduan kaum
15. Apakah kepentingan pilihan raya dalam proses pembentukan kerajaan?
A Mewujud tolak ansur
B Membentuk kerjasama
C Mencapai kemerdekaan
D Memilih wakil rakyat
16. Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Pilihan Raya.
Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum lain dalam sektor perniagaan dan perusahaan
Sebelum proses Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Persekutuan diadakan, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Raya
Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
A. Menubuhkan kabinet pertama
B. Mengkaji dan membuat cadangan
C. Mengendalikan proses pilihan raya
D. Memastikan kemenangan Parti Perikatan
17. Gambar di atas berkaitan dengan perhimpunan bersejarah yang pernah berlaku di negara kita.
Apakah tujuan perhimpunan tersebut diadakan?
A. Menentang Malayan Union
B. Pemasyhuran kemerdekaan
C. Menghargai jasa pemimpin negara
D. Mengumumkan tarikh kemerdekaan
18. Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956 terdiri daripada beberapa tokoh.
Apakah fungsi penubuhan suruhanjaya tersebut?
A. Membentuk Kabinet
B. Merundingkan kemerdekaan
C. Menetapkan tarikh kemerdekaan
D. Merangka Perlembagaan Persekutuan
19. Apakah pengertian kemerdekaan menurut Soekarno, Presiden Indonesia?
A. Bebas selama-lamanya
B. Perjuangan menghadapi penjajahan
C. Merangkumi politik, ekonomi dan moral
D. Membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat
20. Penyataan berikut berkaitan dengan pendapat tokoh tentang kemerdekaan.
Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah, tetapi merangkumi penghayatan semangat jiwa menyayangi negara dengan sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara melalui apa cara sekalipun.
Siapakah tokoh yang dikaitkan dengan penyataan di atas?
A. Nelson Mandela
B. Mahatma Gandhi
C. Tunku Abdul Rahman
D. Tun Dr. Mahathir Mohamad
21. Manakah antara berikut merupakan ciri negara berdaulat?
A Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama negara
B Undang-undang negara ditentukan oleh Amerika Syarikat
C Sempadan Malaysia dan Thailand ialah Sungai Golok
D Ratu England menjadi Ketua Utama Negara
22 Apakah peranan pemerintah dalam memastikan kedaulatan negara dijaga?
I Menghormati agama lain
II Sejarah menjadi mata pelajaran teras
III Tidak mengamalkan rasuah dalam pentadbiran
IV Menggubal undang-undang melindungi negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
23 Maklumat berikut merujuk kepada undang-undang Negeri Melayu.
Pahang : Hukum Kanun Pahang
Kedah : Undang-undang Kedah
Apakah implikasi daripada pengenalan undang-undang tersebut?
A Kedaulatan negeri kukuh
B Kesultanan terunggul
C Kawalan terhadap raja ketat
D Keselamatan rakyat tidak terpelihara
24. Terdapat tiga perkara utama perlembagaan yang dipinda pada tahun 1963.
Manakah pindaan yang melibatkan Mahkamah Tinggi Borneo?
A Menguruskan hal kehakiman di Borneo
B Mahkamah Rayuan mendengar persoalan perlembagaan
C Nama jawatan diubah kepada Ketua Hakim Borneo
D Mahkamah Borneo dibentuk berasaskan model Westminster pada 1957
25. Bagaimanakah pentadbiran tentera Jepun mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu?
A Mengekalkan pendapatan Raja-raja
B Raja-raja Melayu menjadi ketua negara
C Gabenor Jepun memantau kedudukan Raja-raja
D Menyerahkan semula kuasa pentadbiran keseluruhan
26 .Bagaimanakah mekanisme semak dan imbang telah berperanan memastikan kestabilan negara ?
A Mengatasi kemasukan pengaruh luar
B Memudahkan dasar kerajaan diluluskan
C Mengekalkam status quo orang Melayu
D Meredakan pertikaian parti politik
27. Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan tempatan.
⚫ Majlis Daerah
⚫ Majlis Perbandaran
⚫ Majlis Bandaraya
Apakah persamaan sumbangan majlis di atas?
A Menyediakan kemudahan awam
B Memajukan sektor pelancongan
C Memberi pinjaman kewangan
D Menyediakan perkhidmatan pendidikan
28.Apakah kesan sekiranya undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang- undang Persekutuan?
A Campur tangan Yang di-Pertuan Agong
B Undang-undang Kerajaan Persekutuan terbatal
C Undang-undang Negeri boleh dikuatkuasakan
D Undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri
29.Mengapakah Barisan Sosialis di Singapura menentang pembentukan Malaysia?
A Menjejaskan perpaduan kaum
B Bimbang kepentingan rakyat terancam
C Menganggapnya sebagai penjajahan baru
D Ingin mencapai kemerdekaan dengan segera
30. Maklumat di bawah merupakan tindakan Indonesia berhubung dengan pembentukan Malaysia
⚫ Melancarkan dasar konfrontasi
⚫ X
Apakah X ?
A Menduduki Sabah
B Meminta bantuan China
C Melakukan serangan gerila
D Melapor kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
31.Mengapakah pemimpin di Borneo membentuk Barisan Bersatu (United Front) pada 9 Ogos
1961?
A. Menuntut kemerdekaan Sabah
B. Menentang pencerobohan Indonesia
C. Menolak idea neokolonialisme British
D. Mencabar idea pembentukan Malaysia
32. Mengapakah kerajaan Malaysia mengambil tindakan berikut pada tahun 1963?
• Membuat bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
• Mendapatkan sokongan negara Komanwel
A. Menghapuskan ancaman komunis
B. Mengurangkan kemasukan imigran
C. Menghadapi pencerobohan Indonesia
D. Menghalang pembentukan Persekutuan Borneo
33. Pada bulan September 1966, darurat diisytiharkan di Sarawak.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
A. Kempen Ganyang Malaysia
B. Pemberontakan A.M.Azahari
C. Pencerobohan tentera Filipina
D. Krisis pelantikan Ketua Menteri
34. Apakah peranan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan pada tahun 1969?
A. Memajukan ekonomi negara
B. Menyekat keganasan komunis
C. Melindungi kepentingan awam
D. Memulihkan ketenteraman negara
35. Mengapakah Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera diperkenalkan.
A Melahirkan tenaga kerja mahir
B Memajukan industri kecil dan sederhana
C Meningkatkan taraf hidup rakyat
D Menambah pemilikan saham
36. Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990, usaha-usaha yang dilaksanakan melalui
DEB diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui DPN?
A Kerjasama melalui sistem pendidikan
B Perpaduan melalui pengagihan kekayaan
C Memajukan pertanian masyarakat luar bandar
D Memperkenalkan pertanian dan perindustrian moden
37. Rajah dibawah berkaitan dengan perkembangan Dasar Luar Malaysia.
Dasar Pro Barat
Perkembangan Pertama
Dasar menjalin hubungan dengan negara lain tanpa ideologi
Perkembangan Kedua
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
A Mendukung arahan kuasa besar dunia
B Menghapuskan pengaruh komunis
C Melindungi kepentingan nasional
D Membendung kejatuhan harga komoditi
38. Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.
OIC
NAM
Komanwel
Apakah faedah yang Malaysia perolehi dalam pertubuhan tersebut?
I Ekonomi Maju
II Keselamatan terjamin
III Identiti bangsa mantap
IV Bantuan kewangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
39. Bagaimanakah Malaysia dengan Indonesia menyelesaikan isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Ligitan?
A Menyertai mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
B Menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL)
C Melalui keputusan Mahkamah Antarabangsa
D Menghadiri forum ASEAN-China
40. Gambar 3 menunjukkan logo kerjasama ASEAN Free Trade Area – AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN).
Bagaimanakah kerjasama ini dilaksanakan?
A Monopoli pasaran barangan
B Menjamin keselamatan negara
C Mengurangkan cukai barangan
D Menambat kadar mata wang
