Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Pemahaman

Total questions: 16

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Kasihan kepada keluarga Sarina kerana ________________ rumahnya sudah bocor.

a)

bumbung

b)

Bumbung

c)

dinding

d)

lantai

2.

2“ Kamu perlu menggunakan ___________ untuk melukis bulatan,” kata Puan Laila.

a)

alat tulis

b)

jangka lukis

c)

jangka sudut

d)

pita ukur

3.

Encik Hamid bukan sahaja peramah malahan ______________juga seorang yang pemurah

a)

kamu

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda

4.

Hampir _____________ ternakan penduduk kampung mati akibat bencana banjir.

a)

segelintir

b)

beberapa

c)

kesemua

d)

sesetengah

5.

Lampu tidur yang dibeli ayah diletakkan di _____________ katil kakak dan saya

a)

Depan

b)

Atas

c)

tengah

d)

tepi

6.

Pokok-pokok padi itu ___________ apabila ditiup angin

a)

lemah-longlai

b)

liang-liuk

c)

lenggang-lengguk

d)

umbang-ambing

7.

______________ hujan turun dengan lebatnya ______________ Pak Samad masihmeneruskan kerja-kerja membajak.

a)

Sungguhpun … walhal

b)

Kedatipun...malahan

c)

walaupun...sementara

d)

Meskipun...namun

8.

Hadi terpaksa bekerja di restoran makanan segera bagi ________________ perbelanjaannya belajar di universiti.

a)

membayar

b)

menampung

c)

melunaskan

d)

melangsaikan

9.

Saya ____________ datang ke sekolah pagi semalam tetapi hujan turun dengan lebatnya

a)

mesti

b)

harus

c)

hendak

d)

boleh

10.

“ ____________ kamu semua dapat memberikan teguran yang membina,” kata Susie kepada rakan-rakannya.

a)

Tolong

b)

Sila

c)

Harap

d)

Jemput

11.

Tapak kakinya bengkak dan bernanah kerana ___________ duri kelapa sawit minggulepas.

a)

ditusuk

b)

menusuk

c)

bertusuk

d)

tertusuk

12.

Mula-mula saya disuruh mencuba kasut itu, ____________ dibelikan dan dihadiahkankepada saya.

a)

maka

b)

kemudian

c)

dengan itu

d)

oleh itu

13.

Guru Besar telah berucap ____________ kepentingan bersarapan kepada murid-muridsemasa perhimpunan.

a)

demi

b)

untuk

c)

tentang

d)

terhadap

14.

Tutup semula bekas itu dengan rapi supaya biskut tidak ____________

a)

layu

b)

lemau

c)

basi

d)

lembut

15.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


'Jangan membuang masa kamu dengan melayari laman web yang tidak berfaedah,’ kata ayah kepada abang.

a)

Ayah memarahi abang kerana sering menggunakan laman web yang tidak berfaedah.

b)

Ayah menegaskan bahawa melayari laman web merupakan suatu perkara yang tidakberfaedah.

c)

Ayah melarang abang mensia-siakan masanya dengan melayari laman web yang tidakbermanfaat.

d)

Ayah merayu abang supaya menggunakan masanya dengan melayari laman web yang berfaedah.

16.

Pilih ayat yang betul.

I Hadiah pemberian ibu itu adalah sebagai ganjaran kepada kejayaan adik.

II Sepak raga ialah sukan yang elok dipertandingkan dalam kejohanan itu.

III Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor dan merawat pesakit.

IV Lelaki yang bertopi dan berkaca mata itu adalah bapa saudara Amran.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV