wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Quiz Kesedaran Pengurangan Sisa Pepejal, Pencemaran

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mikroplastik merupakan serpihan plastik yang berukuran kurang daripada

a)

5 milimeter

b)

5 mikrometer

c)

5 sentimeter

d)

5 nanometer

2.

Kenyataan berikut ada benar tentang mikroplastik kecuali

a)

mikroplastik boleh ditelan oleh kupang, lokan dan tiram

b)

pencemaran air disebabkan mikroplastik boleh diolah melalui proses koagulasi air

c)

mikroplastik boleh menyebabkan penyakit barah

d)

manik mikro merupakan mikroplastik primer yang wujud di persekitaran dalam bentuk asal

3.

Di antara plastik berikut, yang manakah akan terapung sekiranya dilepaskan ke dalam laut?

a)

PVC

b)

PS

c)

PET

d)

PE

4.

Berapakah jangkaan sisa pepejal yang dijanakan di dunia pada tahun 2050?

a)

2 bilion tan

b)

5 bilion tan

c)

7 bilion tan

d)

10 bilion tan

5.

Komposisi sisa pepejal yang paling banyak dijanakan secara global adalah

a)

Sisa kaca

b)

Sisa logam

c)

Sisa makanan

d)

Sisa kertas

6.

Syarikat yang dilantik untuk menguruskan pengutipan sisa pepejal di wilayah tengah Semenanjung Malaysia adalah

a)

Alam Flora Sdn Bhd

b)

SWM Environment

c)

Lestari Alam Sdn Bhd

d)

Environment Idaman Sdn. Bhd

7.

Daripada keseluruhan sumber air tawar di bumi, kira-kira _____% daripadanya merupakan air bawah tanah.

a)

0.4

b)

31

c)

68

d)

98

8.

Di antara faktor-faktor berikut, faktor yang manakah yang paling KURANG menyumbang kepada pencemaran air sungai?

a)

Pembuangan sampah secara haram

b)

Pengurusan kumbahan tidak cekap

c)

Pelepasan gas karbon dioksida

d)

Limpahan baja

9.

Parameter yang manakah di antara berikut digunakan di dalam penentuan Indeks Kualiti Air Jabatan Alam Sekitar (JAS – IKA)?

a)

Kekeruhan

b)

Kekonduksian

c)

Suhu

d)

Oksigen Terlarut

10.

Unit bagi kekonduksian adalah

a)

µmhos/cm

b)

NTU

c)

milliampere/cm3

d)

BTU

11.

Di antara berikut, yang makah BUKAN fungsi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam?

a)

Merangka perancangan bagi fasiliti pengurusan sisa pepejal

b)

Melaksanakan dasar, perancangan dan strategi

c)

Melaksanakan penguatkuasaan Akta dan Peraturan

d)

Melaksanakan aktiviti-aktiviti kesedaran awam

12.

Semakin kaya sesebuah negara, semakin banyak sisa pepejal yang dihasilkan.

a)

Ya

b)

Tidak

13.

Semakin kaya sesebuah negara, semakin banyak sisa makanan yang dihasilkan.

a)

Ya

b)

Tidak

14.

Sisa pepejal organik seperti makanan boleh mengakibatkan

I. Pencemaran air

II. Pelepasan gas yang menghijaukan alam sekitar

III. Meningkatkan suhu di atmosfera

IV. Memberi nutrient kepada hidupan akuatik.

a)

I & II sahaja

b)

I & III sahaja

c)

II & III sahaja

d)

II & IV sahaja

15.

Antara berikut, yang manakah cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan sisa pepejal.

I. Menggunakan produk-produk mesra alam

II. Pengkomposan

III. Pembuatan eko enzim

IV. Pengasingkan sisa pepejal yang boleh kitar semula

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

I, II, III, IV

16.

Gas-gas rumah hijau yang dibebaskan semasa proses penguraian membentuk penutup lalu memerangkap haba di permukaan bumi.

a)

Ya

b)

Tidak

17.

Bilakah kerajaan Malaysia telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal?

a)

1 September 2018

b)

1 September 2017

c)

1 September 2016

d)

1 September 2015

18.

Mengapakah kebanyakan orang ramai tidak ingin melaksanakan proses pengkomposan?

I. Tiada tempat

II. Tidak bercucuk tanam

III. Berbau busuk

IV. Mengundang serangga perosak

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

I, II, III, IV

19.

Eko enzim merupakan hasil fermentasi sisa organik makanan seperti kulit buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak boleh dimakan. Kegunaan eko enzim merangkumi

I. Menyingkirkan kerak nasi di dalam periuk

II. Menyingkirkan minyak di atas pinggan mangkuk

III. Mop lantai

IV. Minum untuk tujuan detoksifikasi

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

I, II, III, IV

20.

Apakah nisbah sisa organik makanan: air: gula perang/merah dalam pembuatan eko enzim?

a)

1:3:10

b)

3:10:1

c)

10:1:3

d)

1:10:3