wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KOLABORATIF JPNS SEJARAH SPM T5B6

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah faktor utama yang membawa kepada cabaran dalaman seperti yang dihadapi oleh Malaysia sejurus selepas pembentukannya?

a)

Sistem pentadbiran

b)

Kemunduran ekonomi

c)

Latar belakang penduduk

d)

Konsep penggabungan

2.

Apakah sumbangan hasil bumi berikut terhadap ekonomi Persekutuan Malaysia?

* Lada hitam

* Tembakau

* Kayu balak

a)

Pertanian moden

b)

Kepelbagaian ekonomi

c)

Strategi perdagangan

d)

Peningkatan eksport negara

3.

Sarawak dan Sabah kaya dengan hasil hutan dan sumber alam.

Mengapakah kekayaan tersebut tidak dapat dimanfaatkan?

a)

Rakyat tiada pengetahuan

b)

Kekurangan kemudahan awam

c)

Penduduk mengamalkan ekonomi sara diri

d)

Kemajuan ekonomi Sarawak dan Sabah terpinggir

4.

Apakah peluang kegiatan ekonomi baharu yang dibuka kepada penduduk tempatan selepas pembentukan Malaysia?

a)

Hasil laut

b)

Petroleum

c)

Sagu

d)

Getah

5.

Mengapakah penduduk di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah tidak mendapat peluang pendidikan yang secukupnya?

a)

Lokasi sekolah

b)

Ketiadaan sekolah Melayu

c)

Pendidikan tidak diutamakan

d)

Kerajaan tidak membina sekolah

6.

Apakah cabaran yang disebabkan oleh saiz Sarawak dan Sabah yang besar kepada kerajaan Malaysia?

a)

Proses pemantauan

b)

Kekurangan penduduk

c)

Kepelbagaian kegiatan ekonomi

d)

Sistem pengangkutan dan perhubungan

7.

Pada bulan Jun 1966, satu krisis perlembagaan telah berlaku di Sarawak.

Apakah punca krisis tersebut?

a)

Isu kepimpinan

b)

Perpaduan kaum

c)

Masalah ekonomi

d)

Ancaman komunis

8.

Apakah faktor penghalang kepada usaha kerajaan Malaysia memupuk integrasi nasional?

I Ancaman komunis

II Perpaduan kaum

III Jarak antara negeri

IV Pengaruh kuasa asing

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Konsep berikut diperjuangkan oleh People's Action Party (PAP).


"Malaysian Malaysia"


Mengapakah konsep tersebut menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk Malaysia?

a)

Membawa misi baharu

b)

Menggugat kestabilan

c)

Mengancam sistem demokrasi

d)

Mempertikaikan peranan Raja Melayu

10.

Menurut Tunku Abdul Rahman, pemisahan Singapura merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Mengapakah Tunku berpendapat sedemikian?

a)

Memusuhi Singapura

b)

Memerdekakan Singapura

c)

Mengelakkan rusuhan kaum

d)

Menghalang kemajuan Singapura

11.

Apakah bentuk ancaman yang dilakukan oleh pengganas komunis di Sarawak?


I Sabotaj

II Gerakan politik

III Serangan bersenjata

IV Gerakan bawah tanah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Lokasi berikut telah menjadi sasaran komunis di Sarawak.

5 Ogos 1952 - Batu Kitang, Kuching

Mengapakah pelibatan komunis tersebut membimbangkan pihak berkuasa?

a)

Serangan ke atas orang awam

b)

Pelibatan dalam gerakan politik

c)

Campur tangan dalam pentadbiran

d)

Pertempuran dengan angkatan bersenjata

13.

Mengapakah kerajaan melancarkan Perang Saraf di Sarawak?

a)

Meraih sokongan rakyat

b)

Memajukan ekonomi Sarawak

c)

Menghadapi ancaman komunis

d)

Meningkatkan taraf hidup rakyat

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan operasi yang dijalankan oleh Angkatan Keselamatan di Sarawak.


Bahagian Pertama - Operasi Hammer


Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui operasi tersebut?

a)

Latihan ketenteraan

b)

Membuka tanah hutan

c)

Membanteras komunis

d)

Pengawalan sempadan

15.

Mengapakah Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membatalkan sekatan keselamatan di kawasan Operasi Hammer di Kuching - Serian pada 5 Mac 1980?

a)

Ancaman komunis berakhir

b)

Kegagalan Operasi Hammer

c)

Pelaksanaan Operasi Sri Aman

d)

Penubuhan RASCOM

16.

Antara berikut, apakah ancaman keselamatan yang dihadapi di Semenanjung Malaysia?

I Penyusupan komunis

II Peningkatan gejala sosial

III Pengeboman Tugu Negara

IV Pembunuhan anggota keselamatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Mengapakah pembunuhan berikut mengancam keselamatan dan kestabilan Malaysia?


Tan Sri Abdul Rahman Hasim - Kuala Lumpur

Tan Sri Khoo Chong Kong - Ipoh

a)

Pengisytiharan perang

b)

Menggugat perpaduan kaum

c)

Pembunuhan pegawai kanan polis

d)

Menjejaskan program pembangunan

18.

Senarai berikut berkaitan dengan langkah melindungi rakyat dan orang awam.


* Strategi Counterinsurgency (COIN)

* Perjanjian Kerjasama Sempadan


Apakah tujuan dilaksanakan langkah tersebut?

a)

Mengawal kadar inflasi

b)

Mengatasi rusuhan kaum

c)

Menghadapi ancaman komunis

d)

Menentang pencerobohan kuasa luar

19.

Antara berikut, apakah isu pembangunan ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan berikutan pembentukan Malaysia?


I Kekurangan hasil bumi

II Kemerosotan pelaburan asing

III Kejatuhan harga bahan mentah

IV Kurang pelaksanaan pertanian komersil

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Senarai berikut berkaitan dengan langkah kerajaan selepas pembentukan Malaysia.


* Melancarkan program pembangunan

* Membuka kawasan baharu

* Mendapatkan bantuan Bank Dunia


Apakah matlamat yang hendak dicapai?

a)

Menjamin keselamatan

b)

Mengeratkan perpaduan

c)

Meningkatkan taraf hidup

d)

Mempelbagaikan sumber ekonomi

21.

Bagaimanakah kerajaan Malaysia mengatasi masalah peningkatan pengangguran?


I Meminta bantuan negara jiran

II Meluaskan peluang pekerjaan

III Menubuh pusat latihan vokasional

IV Menyekat kadar kelahiran penduduk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Apakah faktor-faktor yang dapat menjamin kejayaan program pembangunan dan ekonomi kerajaan?


I Kekayaan hasil bumi

II Bantuan kuasa asing

III Kerjasama ahli masyarakat

IV Keamanan dan kestabilan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Apakah yang dapat dikaitkan dengan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?

a)

Kemunduran ekonomi

b)

Kegawatan ekonomi

c)

Keputusan pilihan raya umum

d)

Kegagalan dasar pembangunan

24.

Pada 16 Mei 1969, Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan perintah darurat ke seluruh negara.

Mengapakah darurat diisytiharkan?

a)

membanteras ancaman komunis

b)

Menangani masalah rusuhan kaum

c)

Membatalkan keputusan pilihan raya

d)

Memberi kuasa pentadbiran kepada MAGERAN

25.

Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengatasi masalah Peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Menghentikan pilihan raya

b)

Menjalin kerjasama dengan negara jiran

c)

Membentuk Majlis Gerakan Negara

d)

Mendapatkan perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

26.

Berikutan Peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan memastikan langkah berikut diambil.


* Mengembalikan keamanan dan undang-undang

* Menguatkuasa Akta Hasutan

* Menentukan pentadbiran negara jalan lancar


Siapakah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan langkah tersebut?

a)

Majlis Gerakan Negara

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

d)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

27.

Apakah masalah antara kaum yang perlu diselesaikan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)?


I Perpaduan

II Kadar kelahiran

III Ketaatan kepada negara

IV Ketidakseimbangan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Sultan Idris Iskandar Shah II, Sultan perak, telah memainkan peranan dalam usaha memulihkan keadaan negara selepas Peristiwa 13 Mei1969.

Apakah peranan baginda?

a)

Mengetuai pentadbiran negara

b)

Mengisytiharkan perintah darurat

c)

Menubuhkan Majlis Gerakan Negara

d)

Menasihati rakyat agar menjaga keamanan

29.

Pemimpin masyarakat dan politk negeri Perak telah menubuhkan Jawatankuasa Muhibah dalam usaha membantu negara mengekalkan keamanan.

Apakah tindakan jawatankuasa tersebut?

a)

Mengawal sempadan negeri

b)

Menganggotai Majlis Gerakan Negara

c)

Membuat rayuan agar rakyat bertenang

d)

Menulis surat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

30.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilaksanakan bagi membina perpaduan dan keharmonian kaum di negara kita?

a)

Penyeliaan polis

b)

Pemerintahan militan

c)

Pengharaman pilihan raya

d)

Pengamalan Rukun Negara

31.

Apakah cabaran dalaman negara selepas pembentukan Malaysia?

a)

Kepelbagaian adat resam

b)

Pembangunan luar bandar

c)

Ketidakseimbangan pembangunan

d)

pertumbuhan pasti politik

32.

Malaysia menghadapi cabaran dalam persaingan politik.

Apakah kesan sekiranya kerajaan gagal mengatasinya?

a)

Menggugat perpaduan kaum

b)

Menjejaskan pendapatan rakyat

c)

Meningkatkan kadar kemiskinan

d)

Menjejaskan pertumbuhan sosial

33.

Sarawak telah mengalami krisis perlembagaan pada bulan Jun 1966.

Apakah tindakan kerajaan mengatasi krisis tersebut?

a)

Meminda perlembagaan

b)

Memberi khidmat nasihat

c)

Mengadakan pilihan raya

d)

Mengisytiharkan darurat

34.

Apakah tuntuan Lee Kuan Yew dalam kempen "Malaysian Malaysia"?

a)

Pembatalan institusi beraja

b)

Pengenalan sistem republik

c)

Persamaan hak antara kaum

d)

Perubahan bentuk pentadbiran

35.

Rusuhan kaum telah berlaku di Singapura pada tahun 21 Julai 1964.

Mengapakah berlaku rusuhan kaum tersebut?

a)

Ketidakseimbangan dalam sosioekonomi

b)

Perbuatan provokatif dalam berkempen

c)

Krisis perebutan kuasa pentadbiran

d)

Usaha menuntut persamaan hak

36.

Apakah faktor ekonomi sebagai pemisahan Singapura daripada Malaysia?


I Penambahan kadar cukai

II Pengecualian kadar faedah

III Pembinaan pelabuhan bebas

IV Pembukaan pasaran bersama

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Pemisahan Singapura daripada Malaysia telah berlaku pada tahun 1965.

Apakah pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua negara tersebut?

a)

Desakan

b)

Rundingan

c)

Manipulasi

d)

Peperangan

38.

Apakah bentuk ancaman komunis di Sarawak?

a)

Gerakan sulit

b)

Gerakan gerila

c)

Gerakan politik

d)

Gerakan tentera

39.

Apakah persamaan antara kedua-dua kaedah berikut?


* Operasi Hammer

* Rancangan Briggs

a)

Mengadakan lawatan

b)

Memenangi hati rakyat

c)

Memberi pengampunan

d)

Menyerang secara gerila

40.

Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan untuk menangani isu pembangunan ekonomi negara.

Apakah isu tersebut?

a)

Serangan wabak penyakit

b)

Kadar kemiskinan bertambah

c)

Kekurangan kemudahan asas

d)

Pendapatan penduduk rendah