Font size
WorksheetsPENGENALAN TAMADUN ISLAM PSI T4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pengertian Tamadun Islam dari segi istilah ialah segala pencapaian dan kemajuan yang mencakupi semua aspek kegiatan manusia dari sudut __________, ____________ dan ___________ yang berasaskan prinsip akidah, syariah dan akhlak Islam.
kebudayaan, keilmuwan, kesejagatan
keilmuwan, keagamaan, kesatuan
kebudayaan, keilmuwan, keagamaan
keagamaan, kesatuan, kemajuan
Berikut merupakan keistimewaan Tamadun Islam KECUALI
Sepanjang zaman
Kesejagatan
Keadilan
Kesatuan
Penulisan semula al-Quran dengan menggunakan satu bentuk tulisan sahaja berlaku pada _______________
Zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Zaman Khalifah Umar al-Khattab
Zaman Khalifah Uthman bin Affan
Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
Antara berikut yang manakah menunjukkan ciri tamadun barat?
Berasaskan konsep kesepaduan
Tamadun yang tidak berubah-ubah
Kemajuan tidak bertentangan dengan objektif agama
Kemajuan mengutamakan keuntungan semata-mata
Antara berikut yang manakah merupakan kesan tamadun Islam dari segi ekonomi?
Memartabatkan keadilan kepada semua golongan termasuk mereka yang bukan Islam
Menutup ruang penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin
Memperkenalkan prinsip persamaan antara manusia
Mempromosikan kedamaian dan toleransi antara agama
Yang manakah menunjukkan padanan yang betul antara tokoh dan sumbangannya.
Imam at-Tirmizi : bidang hadith
Al-Khawarizmi : bidang falsafah
Al-Kindi : bidang matematik
Al-Farabi : bidang geografi
Pilih antara berikut perkembangan tamadun Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Memerangi golongan murtad
Mengarahkan tulisan al-Quran dikumpulkan
Pembinaan masjid Quba'
Perluasan negara Islam sehingga ke Iraq dan Syam
Pengenalan undang-undang tanah
Pilih antara berikut perkembangan tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah
Penaklukan semula Baitul Maqdis
Berjaya menghapuskan kemiskinan
Bermula aktiviti penterjemahan ilmu daripada bahasa Latin ke bahasa Arab
Pembinaan landasan kereta api
Perkembangan ilmu sains dan teknologi dalam bidang perkapalan
Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri tamadun Islam?
Agama ialah kebudayaan masyarakat yang boleh berubah-ubah
Berasakan konsep kesepaduan antara hubungan dengan Allah dan dengan manusia
Kemajuan bertentangan dengan objektif dan tujuan agama
Islam adalah asas tamadun dan prinsip-prinsipnya tidak akan berubah
Kemajuan mengutamakan keuntungan dan tidak terikat dengan nilai agama
Yang manakah antara berikut merupakan kesan tamadun Islam dari segi sosial?
Menutup ruang penindasan golongan kaya ke atas miskin dalam muamalah
Pengenalan prinsip persamaan antara manusia
Jaminan hak untuk menjalankan aktiviti ekonomi
Promosi kedamaian dan toleransi antara agama
Memartabatkan keadilan sehingga semua golongan termasuk mereka yang bukan Islam mendapat hak masing-masing
Pilih pernyataan di bawah berkaitan perkembangan tamadun Islam zaman Nabi Muhammad SAW di Madinah
Mengamalkan prinsip syura dalam pentadbiran negara Islam
Menyeru kepada hak persamaan manusia tanpa mengira bangsa dan kaum
Kewujudan undang undang pertama yang dikenali Piagam Madinah
Memulihkan akhlak masyarakat yang banyak melakukan penindasan terhadap golongan hamba
Pilih pernyataan di bawah berkaitan perkembangan tamadun Islam zaman Nabi Muhammad SAW di Mekah
Orang Islam mula menceburi bidang perniagaan, pertanian dan penternakan
Berusaha untuk memulihkan aqidah masyarakat yang menyembah selain daripada Allah
Mengamalkan prinsip syura dalam pentadbiran negara islam
Pilih pernyataan di bawah berkaitan perkembangan tamadun Islam zaman Kerajaan Abbasiyyah
Mewujudkan bursa saham
Penaklukan semula Baitul Maqdis
Memperkenalkan wang kertas pertama
Penubuhan Universiti Qordova di Andalus dan Universiti al-Azhar di Mesir
Antara berikut yang manakah BUKAN perkembangan tamadun Islam zaman Khulafa' ar- Rasyidin
Memperkenalkan cukai baru seperti cukai pintu
Pengumpulan dan penulisan al-Quran mengikut rasam uthmani
Kejatuhan Kerajaan Parsi ke tangan tentera Islam
Menggalakkan rakyat untuk membuka tanah-tanah pertanian yang baharu
Pada zaman _________________ aktiviti penterjemahan ilmu daripada bahasa Yunani, Parsi dan India rancak berlaku.
Khulafa' Ar-Rasyidin
Kerajaan Bani Umayyah
Kerajaan Bani Abbasiyah
Kerajaan Bani Uthmaniyah
Kemunculan tokoh-tokoh dalam bidang fiqh seperti Imam al-Syafi'i dan Imam Hanbali berlaku pada zaman ________
Khulafa' Ar-Rasyidin
Kerajaan Bani Umayyah
Kerajaan Bani Abbasiyyah
Kerajaan Bani Uthmaniyyah
Pembinaan landasan kereta api dari Syam ke Madinah berlaku pada zaman _________
Khulafa' Ar-Rasyidin
Kerajaan Bani Abbasiah
Kerajaan Bani Umayyah
Kerajaan Bani Uthmaniyah
Memperkenalkan undang-undang tanah baru dan melaksanakan cukai kharaj ke atas hasilnya.
Perkembangan ini berlaku pada zaman_______________
Zaman Khalifah Umar al-Khattab
Zaman Khalifah Uthman bin Affan
Zaman kerajaan Bani Umayyah
Zaman kerajaan Uthmaniyyah
Negara Mesir jatuh ke tangan kerajaan Islam setelah mengalahkan tentera Rom berlaku pada zaman pemerintahan ____________________
Zaman Khalifah Abu Bakar as Siddiq
Zaman Khalifah Umar al Khattab
Zaman Khalifah Uthman bin Affan
Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
Antara berikut merupakan idea untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam KECUALI
Memanfaatkan teknologi terkini dalam kehidupan walaupun membebankan kewangan
Meniru sikap positif masyarakat bukan Islam
Menjauhi budaya asing yang merosakkan umat
Mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat
