WorksheetsLatihan 2 SBLM1013
Total questions: 12
Worksheet time: 24mins
Seorang penterjemah menterjemahkan peribahasa Inggeris “Once a thief, always a thief” sebagai “Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga”, dan bukannya “Perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah berbuat jahat, ia tentu akan mengulanginya”.
Berdasarkan J. P. Vinay dan J. Darbelnet (1958), apakah strategi terjemahan yang diterapkan oleh penterjemah ini?
Transposisi
Modulasi
Penyamaan
Adaptasi
Kenal pasti strategi terjemahan J. P. Vinay dan J. Darbelnet (1958) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang digariskan di bawah.
Teks sumber: He went straight to the pub after work to watch football.
Teks sasaran: Dia terus ke kedai mamak selepas waktu bekerja untuk menonton perlawanan bola sepak.
Transposisi
Modulasi
Penyamaan
Adaptasi
Seorang penterjemah menterjemahkan peribahasa Inggeris “Kill two birds with one stone” sebagai “Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu tindakan”, dan bukannya “Sambil menyelam minum air”.
Apakah teknik terjemahan yang diterapkan oleh penterjemah ini?
Peminjaman
Penggunaan frasa setanding
Ulasan
Transliterasi
Kenal pasti teknik terjemahan yang diupayakan dalam kata atau frasa yang digariskan di bawah.
Teks sumber: Casa Terracota might just be my holiday destination this summer.
Teks sasaran: Casa Terracota, yakni bangunan yang dibina sepenuhnya menggunakan tanah liat di Colombia merupakan destinasi percutian saya musim panas nanti.
Transliterasi
Frasa setanding
Ulasan
Takrif
Kenal pasti teknik penyesuaian Eugine Nida (1964) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang digariskan di bawah.
Teks sumber: Don’t be sad. There are plenty of other fish in the sea, you know.
Teks sasaran: Janganlah bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Penambahan
Pengguguran
Pindaan
Perincian
Kenal pasti teknik penyesuaian Eugine Nida (1964) berdasarkan terjemahan di bawah.
Teks sumber: Remember that the early bird catches the worm, and those who are late will be dissapointed.
Teks sasaran: Ingat, siapa cepat, dia dapat!
Penambahan
Pengguguran
Pindaan
Perincian
Kenal pasti teknik penyesuaian Eugine Nida (1964) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang digariskan di bawah.
Teks sumber: Now, we have a new government. New lords, new laws.
Teks sasaran: Sekarang kerajaan baru. Sekali air bah, sekali pasir berubah.
Penambahan
Pengguguran
Pindaan
Perincian
Kenal pasti teknik penyesuaian Eugine Nida (1964) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang digariskan di bawah.
Teks sumber: Have you seen Deadpool 2? Do you want to watch it together?
Teks sasaran: Awak dah tonton filem Deadpool 2? Nak tonton sama-sama?
Penambahan
Pengguguran
Pindaan
Perincian
Perkataan ‘bear’ dalam bahasa Inggeris boleh merujuk ‘sejenis haiwan,’ ‘menahan,’ ‘bersabar,’ ‘bertabah,’ ‘memenangi,’ ‘menuju’ dan ‘berhasil.’
Penterjemah yang perlu menterjemah perkataan ‘bear’ dikatakan berhadapan dengan masalah
polisemi.
satu lawan banyak.
banyak lawan satu.
satu lawan sebahagian penyamaan.
Teks sumber: When I first moved to Changlun in 2014, I was nervous about not knowing anyone here.
Teks sasaran: Bila saya mula-mula berpindah ke Changlun pada tahun 2014, saya bimbang kerana tidak mengenali sesiapa di sini.
Masalah terjemahan yang dihadapi oleh penterjemah dalam kata yang bergaris di atas ialah
kesalahan penggunaan hukum diterangkan menerangkan.
penggunaan bentuk jamak yang tidak tepat.
terjemahan kata hubung daripada teks sumber.
kesalahan terjemahan bentuk copula
Berdasarkan strategi terjemahan budaya Sándor Hervey dan Ian Higgins (1992), jika seseorang penterjemah mengekalkan istilah Inggeris “afternoon tea” dalam teks sasaran, dia telah mengupayakan strategi
eksotisme.
terjemahan komunikatif.
calque.
pinjaman budaya.
• Penilai menggunakan satu teks sampel (contoh).
• Perkataan yang kelima (atau ke-n) dipadam. Biasanya 30 hingga 50 perkataan
dipadam.
• Pembaca diminta untuk mengisi perkataan yang dipadamkan.
• Sekiranya 75% pembaca dapat melengkapkan perkataan yang yang betul (lebih
kurang 50% jawapan yang betul), ini bermakna terjemahan tersebut baik serta
mudah dibaca oleh khalayak.
• Sekiranya lebih daripada 50% jawapan yang diisi salah, ini menunjukkan
bahawa terjemahan perlu disemak semula.
Jenis penilaian yang dihuraikan dalam petikan di atas ialah
ujian ‘cloze’.
uji kefahaman.
ujian pencapaian.
terjemahan ke belakang.
