wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am - STPM 2020

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri?

i. Mengawal pergerakan manusia dan barangan

ii. Memperluas sumber kekayaan negara

iii. Menguruskan pilihanraya umum

iv. Menjamin keselamatan negara

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

IV. III dan IV

2.

Seorang pakar perubatan dari Britain yang telah bekerja di Malaysia selama 11 tahun boleh menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi beberapa syarat secara

a)

A. pendaftaran

b)

B. naturalisasi

c)

C. percantuman wilayah

d)

D. kuatkuasa undang-undang

3.

Yang manakah bidang kuasa badan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

I. Kabinet meluluskan uundang-undang

II. Mahkamah membatalkan undang-undang

III. Parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan

IV. Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Bersama

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

4.

Kebebasan badan kehakiman dipelihara untuk

a)

A. membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

b)

B. membina keyakinan terhadap sistem keadilan negara

c)

C. mempercepatkan perbicaraan kes-kes jenayah

d)

D. mengawal kualiti badan guaman negara

5.

Setiap ahli Parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan Parlimen dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa.

Yang manakah yang benar tentang pernyataan di atas?

a)

A. Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen

b)

B. Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat

c)

C. Ahli PArlimen tidak boleh didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen

d)

C. Ahli Parlimen boleh berbahas tentang kedaulatan raja-raja Melayu dalam sidang Parlimen

6.

Yang manakah yang benar mengenai sistem kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia?

I. Pilihan raya boleh diawalkan dari tempoh yang ditetapkan, iaitu lima tahun

II. pilihan raya peringkat persekutuan dilaksanakan apabila Parlimen dibubarkan

III. pilihan raya perlu diadakan selepas Perdana Menteri membubarkan Parlimen

IV. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 30 hari selepas Parlimen dibubarkan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

7.

Kekosongan kerusi Dewan Rakyat berlaku apabila Ahli Parlimen kawasan tersebut

a)

A. diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan

b)

B. didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh

c)

C. dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan

d)

D. didapati gagal mengisytiharkan jumlah harta yang dimilikinya kepada Speaker Dewan

8.

Budaya berteraskan perkhidmatan pelanggan dalam sektor awam dapat diterapkan melalui

I. latihan kemahiran secara berterusan

II. perkongsian maklumat dan pengetahuan

III. pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang

IV. pelantikan penjawat awam yang berkelulusan tinggi

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

9.

Dasar tiada pemberian hadiah (no gift policy) yang diamalkan syarikat kepentingan kerajaan iaitu satu amalan tadbir urus baik yang berkaitan dengan prinsip

a)

A. mengutamakan pelanggan

b)

B. berkesan (efektif)

c)

C. integriti

d)

D. Telus

10.

Teguran : Pemeriksaan rekod penyata kewangan tahunan agensi X didapati tidak mematuhi prosedur pembayaran dan terdapat amalan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan.

Yang manakah agensi yang mengeluarkan teguran di atas?

a)

A. Jabatan Audit Negara

b)

B. Jabatan Akauntan Negara

c)

C. Jawatankuasa Akaun Awam

d)

D. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

11.

Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dilakukan setelah mendapat kelulusan

a)

A. Sultan

b)

B. Ketua Kerajaan Negeri

c)

C. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

d)

D. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

12.

Pihak berkuasa yang manakah yang bertanggungjawab dalam menangani isu pemerdagangan manusia?

a)

A. Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

b)

B. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

c)

C. Agensi Keselamatan Sempadan

d)

D. Majlis Keselamatan Negara

13.

- Menyelaras tanggungjawab pentadbiran negeri mengikut portfolio

- meluluskan peruntukan geran pelancaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara di atas ialah

a)

A. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

b)

B. Unit Perancang Ekonomi Negeri

c)

C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

d)

D. Pejabat Kewangan Negeri

14.

Yang manakah kesan pengamalan tadbir urus baik sektor awam?

a)

A. menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar

b)

B. Meningkatkan imej perkhidmatan awam

c)

C. Mencapai misi nasional yang ditetapkan

d)

D. Merancakkan pembangunan negara

15.

Bidang pekerjaan yang manakah yang menghadapi cabaran besar dalam meningkatkan keyakinan awam terhadap tadbir urus baik?

a)

A. Kesihatan

b)

B. Pendidikan

c)

C. Penguatkuasaan

d)

D. Pemungutan cukai dan hasil