WorksheetsSBLM1013 Kuiz 2 Set 1
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Teks Sumber: Harry moved gladly into the gleaming kitchen. On top of the fridge stood tonight’s pudding: a huge mound of whipped cream and sugared violets. A loin of roast pork was sizzling in the oven. (J. K. Rowling, 1999, Harry Potter and the Chamber of Secrets, hal. 10)
Teks Sasaran: Dengan senang hati, Harry masuk ke dapur yang kelihatan sangat bersih. Di atas peti sejuk kelihatan puding untuk hidangan malam nant; timbunan krim putar tinggi dan gula beraneka warna. Di dalam oven pula daging panggang berdesiran menunggu masa untuk masak. (J. K. Rowling, 2002, Harry Potter dan Bilik Rahsia, hal. 10)
Menurut Sandor Hervey dan Ian Higgins (1992), penggantian konsep yang berwarna merah dalam petikan di atas dikenali sebagai
eksotisme.
pemindahan budaya.
calque.
terjemahan komunikatif.
Pilih penyataan yang TIDAK BENAR mengenai strategi terjemahan J. P. Vinay dan J. Darbelnet (1958).
Strategi pinjaman merupakan kaedah yang paling mudah digunakan.
Strategi peniruan ungkapan (calque of expression) merujuk pengekalan struktur bahasa sumber tanpa memperkenalkan bentuk ungkapan baharu.
Strategi transposisi, modulasi dan penyamaan dikategorikan sebagai terjemahan tidak langsung (oblique translation).
Strategi penggantian tidak begitu sesuai dalam terjemahan kerana berupaya mendatangkan makna yang berbeza.
Kenal pasti strategi terjemahan J. P. Vinay dan J. Darbelnet (1958) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang berwarna merah di bawah.
Teks sumber: Rich Corinthian leather
Teks sasaran: Kulit Corinth yang mewah.
Pinjaman
Peniruan
Kesepadanan
Adaptasi
Kenal pasti strategi terjemahan J. P. Vinay dan J. Darbelnet (1958) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang berwarna merah di bawah.
Teks sumber: Maybe I did leave the stove on.
Teks sasaran: Rasanya saya terlupa tutup api dapur.
Terjemahan literal
Modulasi
Adaptasi
Pinjaman
Kenal pasti strategi terjemahan J. P. Vinay dan J. Darbelnet (1958) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang berwarna merah di bawah.
Teks sumber: My mom always pairs her tomato soup with lavender – delicious!
Teks sasaran: Ibu sentiasa memasukkan bunga kantan dalam kuah laksanya – sedap!
Adaptasi
Peniruan
PInjaman
Terjemahan literal
Yang manakah antara berikut merujuk teknik terjemahan yang melibatkan penggantian sebutan dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran?
Frasa setanding
Nota kaki
Transliterasi
Ulasan
Teks sumber: I thought he was going to talk about his new car ad infinitum.
Teks sasaran: Saya fikir dia akan bercakap mengenai kereta barunya ad infinitum.
Kata ad infinitum yang disendengkan dalam terjemahan di atas bertujuan
mengubah perkataan tanpa menjejaskan makna asal.
menonjolkan kata berunsur asing kepada pembaca sasaran.
mengelakkan kekeliruan dengan penggunaan frasa setanding.
memudahkan kefahaman pembaca sasaran dengan penerapan teknik transliterasi.
Kenal pasti teknik terjemahan yang digunakan dalam kata atau frasa yang dihitamkan di bawah.
Teks sumber: She worked very hard for the event at the expense of her health.
Teks sasaran: Dia bekerja bersungguh-sungguh untuk acara itu sehingga menjejaskan kesihatannya.
Frasa setanding
Definisi
Peminjaman
Transliterasi
Kenal pasti teknik terjemahan yang digunakan dalam kata atau frasa yang dihitamkan di bawah.
Teks sumber: Would you like your apple pie à la mode?
Teks sasaran: Encik mahukan hidangan pai epal secara à la mode, dengan ais krim?
Definisi
Penggunaan takrif
Transliterasi
Frasa setanding
Teknik penyesuaian Eugine Nida (1964) bertujuan
menghasilkan struktur yang akrab budaya sumber.
membawa mesej komunikasi yang sepadan.
menyesuaikan gaya yang asing dengan bahasa sumber.
menghasilkan struktur dan makna yang akrab budaya sumber.
Kenal pasti teknik penyesuaian Eugene Nida (1964) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang berwarna merah di bawah.
Teks sumber: Mummy, I broke my arm!
Teks sasaran: Ibu, tangan saya patah.
Pindaan
Pengguguran
Penambahan
Perincian
Kenal pasti teknik penyesuaian Eugine Nida (1964) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang berwarna merah di bawah.
Teks sumber: Have you seen the film? Do you want to watch it together?
Teks sasaran: Awak dah tonton filem itu? Nak tonton sama-sama?
Pengguguran
Penambahan
Pindaan
Perincian
Kenal pasti teknik penyesuaian Eugine Nida (1964) yang diupayakan dalam kata atau frasa yang berwarna merah di bawah.
Teks sumber: When you’re in the big city, beware of a wolf in sheep’s clothing.
Teks sasaran: Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan musang berbulu ayam.
Pengguguran
Pindaan
Penambahan
Perincian
Teks Sumber: When we moved house my brother came to lend a hand.
Teks Sasaran: Bila kami berpindah rumah, abang saya datang menghulurkan bantuan.
Dalam konteks di atas, penterjemah berhadapan dengan masalah
kesalahan penggunaan hukum diterangkan menerangkan.
penggunaan bentuk jamak yang tidak tepat.
terjemahan kata hubung daripada teks sumber.
kesalahan terjemahan bentuk copula.
Teks Sumber: “Do I look stupid?” snarled Uncle Vernon, a bit of fried egg dangling from his bushy mustache. (J. K. Rowling, 1999, Harry Potter and the Chamber of Secrets, hal. 1)
Teks Sasaran:”Kamu ingat pak cik bodoh?” bentak Vernon Dursley. Cebisan telur goreng melekat pada misainya yang lebat. (J. K. Rowling, 2002, Harry Potter dan Bilik Rahsia, hal.1)
Dalam konteks di atas, penterjemah berhadapan dengan masalah
kesalahan penggunaan hukum diterangkan menerangkan.
aspek kesantunan berbahasa yang tidak sama.
kesalahan terjemahan bentuk copula.
penggunaan leksikal yang berbeza.
Sayur ‘brinjal’, ‘aubergine’ dan ‘eggplant’ diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai ‘terung’ meskipun terdapat sedikit perbezaan antara ketiga-tiga jenis sayur ini. Dalam menterjemahkan jenis sayur ini ke dalam bahasa Melayu, penterjemah berhadapan dengan masalah
satu lawan sebahagian penyamaan.
banyak lawan satu.
polisemi
satu lawan banyak.
‘Culture is that complex whole which includes knowledge, belief, art, morals, law, customs and any other capabilities and habits required by man as a member of society’
Takrif budaya di atas dikemukakan oleh
Peter Newmark.
Juri Lotman.
Edward Barnett Tylor.
Gail Robinson
Teks Sumber: The truth is that you were better at blowing your own trumpet than at getting things done .
Teks Sasaran: Sebenarnya kamu lebih pandai masuk bakul angkat sendiri daripada menyempurnakan tugasan kamu.
Contoh dalam petikan di atas menggambarkan kategori terjemahan Sandor Hervey dan Ian Higgins (1992), iaitu X. X merupakan gaya terjemahan bebas yang melibatkan penggantian ujaran bahasa sumber dalam bahasa sasaran dengan konteks/situasi budaya yang padan (terhampir) dalam budaya teks sasaran. X ialah
pemindahan budaya.
terjemahan komunikatif.
eksotisme.
calque.
• Penilai menggunakan satu teks sampel (contoh).
• Perkataan yang kelima (atau ke-n) dihilangkan. Biasanya 30 hingga 50 perkataan
dipadam.
• Pembaca diminta untuk mengisi perkataan yang ditiadakan.
• Sekiranya 75% pembaca dapat melengkapkan perkataan yang yang betul (dengan lebih kurang 50% jawapan yang betul), hal ini bermakna terjemahan tersebut baik serta mudah dibaca oleh khalayak.
• Sekiranya lebih daripada 50% jawapan yang diisi salah, perkara ini menunjukkan
bahawa terjemahan perlu disemak semula.
Apakah jenis penilaian yang dirincikan dalam petikan di atas?
Ujian kefahaman.
Uji pencapaian.
Ujian cloze.
Terjemahan balik.
Teks Sumber: The gallery has just installed a fire alarm system.
Teks Sasaran: Galeri itu baharu sahaja memasang sistem penggera kebakaran.
Teks Penilaian: The gallery just installed a fire ignition system
Apakah bentuk penilaian yang ditunjukkan dalam petikan di atas?
Terjemahan ke belakang
Beritakan kembali
Uji pengetahuan
Baca kuat-kuat
