Font size
WorksheetsGTP2012 K1 MASUKKAN ANAK AYAM DALAM PERINDUKAN
Total questions: 12
Worksheet time: 12mins
Kejayaan pemeliharaan anak ayam pada peringkat ini adalah ditentukan oleh perumahan yang baik, suhu dan peredaran udara yang dijaga sempurna.
Peringkat pemeliharaan manakah yang dimaksudkan?
Pembesaran
Perindukan
Bertelur
Penetasan
Terdapat beberapa jenis peralatan yang sesuai dijadikan bidai.
Pilih TIGA (3) peralatan tersebut.
Plastik
Guni
Kanvas
Zink
Antara keperluan dalam penyediaan perindukan adalah sarap, kepungan, disinfektan dan alat pemanas.
Mengapakah alat pemanas penting dalam ruang perindukan? Pilih jawapan yang PALING TEPAT.
Memanaskan ruang perindukan
Mengelakkan anak ayam terkena tempias hujan
Anak ayam belum dapat mengawal suhu badan
Melindungi anak ayam dari cahaya matahari
Bilakah tempoh masa minima yang sesuai untuk menghidupkan alat pemanas?
1 minggu sebelum ketibaan anak ayam
1 bulan sebelum ketibaan anak ayam
24 jam sebelum ketibaan anak ayam
1-2 jam sebelum ketibaan anak ayam
Selepas ketibaan anak ayam, apakah perkara yang PALING PENTING yang mesti ada di dalam ruang perindukan?
Makanan pemula. kerana anak ayam sangat lapar
Minuman + antistress/ multivitamin. Anak ayam mengalami dehidrasi sepanjang perjalanan
Vaksin. Mengelakkan anak ayam daripada mati
Ubat. Mengubati anak ayam yang sakit
TIGA (3) kepentingan membesarkan ruang perindukan selaras dengan pertumbuhan saiz anak-anak ayam adalah?
Menggalakkan persaingan anak ayam dalam mendapatkan makanan dan minuman
Memberi keselesaan kepada anak-anak ayam
Mengelakkan anak-anak ayam mati ditindih anak ayam yang lain
Mengelakkan anak ayam stress disebabkan suhu yang tinggi
Pilih DUA (2) ciri-ciri anak ayam bermutu/ berkualiti.
abdomen keras dan membengkak
paruh normal
lemah
pust kering dan pulih
Pilih aktiviti yang sedang dilakukan oleh kedua-dua pekerja berdasarkan gambar tersebut.
Melakukan vaksinasi anak ayam sehari
Menanda (tagging) anak ayam sehari
Menyuntik anak ayam sehari dengan hormon pembesaran
Memberi anak ayam sehari minum
Pilih formula purata berat ayam yang tepat.
Purata berat ayam = Jumlah berat 10 ekor ayamBerat ayam yang ditimbang
Purata berat ayam = Bilangan ayam yang ditimbangJumlah berat 10 ekor ayam
Jumlah berat 10 ekor ayam = Purata berat ayamBilangan ayam yang ditimbang
Jumlah berat 10 ekor ayam = Bilangan ayam yang ditimbangPurata berat ayam
Syarikat Ayam Halal Sdn. Bhd. menerima 10,000 ekor anak ayam sehari. Jumlah berat 10 ekor ayam adalah 428.3 g. Hitung purata berat badan anak ayam yang baru diterima tersebut.
37.2g
32.7g
46.0g
43.0g
Pihak industri ternakan poltri kebiasaannya akan menimbang 10% daripada jumlah sebenar ayam untuk mengetahui purata berat ayam-ayamnya.
Berdasarkan penyataan, berapakah bilangan ayam yang perlu ditimbang sekiranya 10% ayam diperlukan daripada 5,680 ekor ayam yang diterima oleh pihak industri?
5680 ekor
568 ekor
56.8 ekor
56 ekor
Pilih TIGA (3) kepentingan merekod
Sebagai rujukan di masa hadapan
Sebagai asas penilaian kekuatan dan kelemahan sesuatu operasi ladang
Sebagai kerja tambahan kepada pekerja-pekerja ladang
Bertindak sebagai mekanisma pengawalan
