WorksheetsPengajian Am Penggal 1 Bahagian A
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
1. Yang manakah ciri-ciri negara berdaulat?
I Tidak dijajah oleh kuasa luar
II Mempunyai sempadan yang tetap
III Kerajaan yang teratur
IV Berupaya menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
2. Apakah faktor-faktor pembentukan Malaysia?
I Menghalang penyebaran ideologi komunis
II Mempercepat proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura
III Meningkatkan jumlah penduduk di Tanah Melayu
IV Membolehkan pilihan raya diadakan di Sabah, Sarawak dan Singapura
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
3. Yang manakah benar tentang doktrin pengasingan kuasa ?
I Kuasa kerajaan dilaksanakan oleh badan yang sama
II Orang yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa
III Setiap komponen kerajaan terlibat tanpa diganggu oleh pihak berkuasa yang lain
IV Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa yang diberikan kepada bahagian
lain
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
4. Perlembagaan ialah sebuah dokumen yang mengandungi
I Semua undang-undang tertinggi negara
II hak-hak asasi rakyat
III sejarah negara
IV asal usul pelbagai kaum
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
5. Semua yang berikut ialah keistimewaan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong , kecuali
A. baginda tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia
B. keutamaan baginda mengatasi semua orang dalam
c. baginda adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera
D. baginda berhak menolak pembubaran Parlimen
6. - Sumbangannya yang cemerlang dalam perkhidmatan awam
- Telah mencapai kepujian dalam lapangan tertentu
- Mewakili kaum minoriti
Kriteria di atas adalah perlantikan jawatan
A. Ahli Dewan Undangan Negeri
B. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
c. Speaker Dewan
D. Ahi Dewan Negara
7. Pindaan perlembagaan dalam perkara tertentu mestilah terlebih dahulu memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja sebelum di bawa ke parlimen.
Maklumat di atas berkaitan dengan perkara
A. Bahasa Melayu
B. Persempadanan negeri
C. Kabinet Persekutuan
D. Peraturan pilihan raya
8. Tadbir urus yang baik dapat dinilai melalui
A. proses kerja yang jelas
B. penglibatan anggota masyarakat
C. pertambahan pembiayaan
D. penggunaan sumber manusia yang minimum
9. Sumber undang-undang tertinggi negara ialah
A. Akta Parlimen
B. Perintah Yang di-Pertuan Agong
C. Perlembagaan Persekutuan
D. Keputusan Mahkamah Persekutuan
10. Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya ?
I Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya
II Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya
III Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya
IV Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan Iv
D. III dan IV
11. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana
A. Rombakan kabinet
B. Peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat
C. Kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri
D. Kematian Setiausaha Dewan Negara
12. Yang manakah tugas badan kehakiman?
A. Melaksanakan undang-undang negara
B. Menggubal undang-undang negara
C. Meluluskan undang-undang negara
D. Menentukan kesahan undang-undang negara
13. Kewarganegaraan Tanah Melayu boleh didapati melalui cara-cara berikut
i. Kuatkuasa Undang-undang
ii. Pendaftaran
iii.Percantuman Wilayah
iv. Naturalisasi
A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas
14.
• Lesen penjaja jalanan
• Bayaran letak kereta
Pernyataan di atas merujuk kepada bidang kuasa
A. Jabatan Penilaian
B. Pihak Berkuasa Tempatan
C. Kerajaan Persekutuan
D. Lembaga Hasil Dalam Negeri
15. Yang manakah benar tentang kerajaan Malaysia?
A. Yang diPertuan Agong adalah Ketua Kerajaan
B. Parlimen bersidang dalam tempoh 5 tahun selepas pilihan raya umum
C. Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh kabinet
D. Parlimen berfungsi sebagai badan yang menjalankan kuasa pentadbiran
