NEW
Font size
WorksheetsPENGIMBUHAN TAHUN 6_2022
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Murid-murid dinasihatkan supaya _________ aktiviti yang tidak sihat.
menjauhkan
menjauhi
berjauhan
menjauh
Jefferey hanya ________ diri walapun namanya dipanggil berulang kali oleh gurunya.
mendiami
terdiam
berdiam
memperdiamkan
Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk membina sekolah yang baharu di _________ Sarawak.
mendalami
pedalaman
pendalaman
memperdalam
Beberapa orang _______ sedang mencari budak lelaki yang lemas di sungai itu.
juruhebah
juruulas
juruselam
jurucakap
Pesakit buah pinggang itu sedang _______ pembedahan supaya keadaannya tidak menjadi semakin teruk.
berjalan
menjalani
menjalankan
perjalanan
Atmosfera merupakan _______ udara yang menyelaputi bumi.
berlapis
pelapis
selapis
lapisan
Kata-kata nasihat yang disampaikan dalam ceramah itu akan saya ___________.
merenung
renungi
renungkan
renungan
Cikgu Soh __________ Wei Xian sebuah tablet yang berharga RM5000.
menghadiahi
menghadiahkan
berhadiah
terhadiah
Zocelyn _______ bas pagi tadi kerana dia bangun lewat.
meninggalkan
peninggalan
ketinggalan
tinggalan
Akibat terlalu ________, Brandon tidak dapat mendapat soalan yang dikemukakan sehingga dia gagal dalam ujian lisan itu.
gelojoh
geletar
gelisah
gemuruh
Beberapa orang _________ Universiti Sains Malaysia telah banyak membantu mangsa banjir di perkampungan itu supaya mereka dapat mengharungi dugaan dengan hati yang tenang.
maharaja
mahasiswa
mahaguru
maharani
_______ itu menyampaikan sebuah lagu yang digemari oleh para peminatnya dan meraih tepukan yang gemuruh.
Sukarelawan
Peragawati
Biduanita
Bangsawan
Ketika sampai, saya melihat dia ______ di ruang tamu dan tidak sedarkan diri.
terbaring
berbaring
dibaringkan
membaring
Kita ditegah membakar sampah secara terbuka agar tidak berlakunya __________ alam sekitar.
tercemar
mencemari
pencemaran
cemaran
Jin Hee menyertai _________ mencipta sajak itu dan telah merangkul kejayaan yang membanggakan.
pengaduan
peraduan
beradu
aduan
