Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 3

Total questions: 12

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri-ciri ekonomi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat?

a)

Modal yang besar

b)

Pengeluaran berskala besar

c)

Penggunaan peralatan tradisional

d)

Penggunaan teknologi moden

2.

Mengapakah modal yang besar diperlukan dalam mengambangkan ekonomi?

a)

Mempertingkatkan proses pegeluaran dalam sektor perlombongan dan pertanian

b)

Mengurangkan kerugian dalam kegiatan ekonomi

c)

Mengurangkan kerenah politik dalam pengurusan

d)

Meningkatkan gaji pekerja agar lebih bersemangat

3.

Yang manakah merupakan padanan yang betul lokasi-lokasi perlombongan bijih timah?

a)

Raub, Johor Bharu, Sungai Perak.

b)

Kuala Lumpur, Alor Gajah, Lembah Bujang.

c)

Lembah Kinta, Gua Musang, Tanjung Malim.

d)

Lukut, Sungai Ujong, Larut.

4.

Di manakah lokasi perlombongan emas?

a)

Miri & Mersing.

b)

Sandakan & Kota Kuala Muda.

c)

Raub & Bau.

d)

Sungai Segama & Kuala Lipis

5.

Lada hitam, buah pala dan cengkih diusahakan secara komersial di Pulau Pinang dan Singapura untuk tujuan...

a)

import

b)

eksport

c)

perindustrian

d)

pelaburan

6.

Pertanian sagu banyak dijalankan di

a)

Sabah

b)

Melaka

c)

Singapura

d)

Sarawak

7.

Berikut merupakan syarikat perusahaan getah yang terawal di Negeri-negeri Melayu, kecuali...

a)

Felda

b)

Guthrie

c)

Sime Darby

d)

Harrisons & Crossfield

8.

Apakah teknologi yang diperkenalkan oleh British dalam sektor perlombongan bijih timah?

a)

Kapal selam

b)

Kapal korek

c)

Kapal angkasa

d)

Kapal laut

9.

Apakah sumbangan beliau dalam teknologi pertanian getah?

a)

Memperkenalkan sistem tanaman semula getah

b)

Memperkenalkan sistem kontrak buruh getah daripada India

c)

Memperkenalkan teknik torehan ibedem

d)

Memperkenalkan spesis pokok getah yang baharu

10.

Apakah keburukan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913 yang diperkenalkan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan?

a)

Tanah yang disimpan untuk Orang Melayu boleh dijual dan diambil keuntungannya.

b)

Tanah yang disimpan untuk Orang Melayu boleh digadaikan

c)

Tanah yang disimpan untuk Orang Melayu tidak boleh diterokai

d)

Tanah yang disimpan untuk Orang Melayu tidak subur dan tidak sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan

11.

Sistem Kontrak membawa masuk buruh daripada

a)

China

b)

India

c)

Burma

d)

Jawa

12.

Institut ini ditubuhkan oleh British pada 1926. Institut ini dikhaskan untuk penyelidikan berkenaan pertanian getah. Apakah nama institut ini?

a)

Institut Perusahaan Getah Malaya

b)

Institut Penyelidikan Getah Malaya

c)

Institut Penyelidikan Getah Singapura

d)

Institut Perkembangan Getah Tanah Melayu