Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

komputer

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Semasa lesen memandu digantung, apakah yang pemandu tidak boleh buat?

a)

memandu di jalan raya

b)

mencuci kereta

c)

memandu kenderaan awam

2.

Di manakah plat ''P'' bagi motosikal dipamerkan?

a)

pada lampu hadapan dan di atas atau bawah plat nombor pendaftaran motosikal

b)

di atas atau bawah lampu hadapan dan di atas atau bawah plat nombor pendaftaran motosikal

c)

di atas atau bawah lampu hadapan dan pada plat nombor pendaftaran motosikal

3.

Di manakah plat ''P'' bagi motokar dipamerkan?

a)

di bahagian kanan cermin hadapan dan belakang kanan cermin belakang

b)

di bahagian kiri cermin hadapan dan bahagian kanan cermin belakang

c)

di bahagian kiri cermin hadapan dan bahagian kiri cermin belakang

4.

Berapakah tempoh bagi pemandu yang telah dibatalkan Lesen Memandu Percubaan(PDL) dilarang memandu, memegang atau memohon lesen memandu termasuk Lesen Belajar Memandu(LDL)?

a)

12 bulan

b)

24 bulan

c)

3 bulan

5.

Apakah kelas lesen memandu yang tidak memerlukan tempoh percubaan selama dua(2) tahun?

a)

kelas C

b)

kelas D

c)

kelas E

6.

Apakah kesalahan yang dilakukan oleh pemandu kereta yang meletakkan kenderaannya di perhentian bas?

a)

menimbulkan kemarahan pemandu bas

b)

menimbulkan kemarahan penumpang bas

c)

meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang

7.

Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pemegang Lesen Memandu Pecubaan(PDL) yang mengambil bahagian dalam lumba haram di bawah sistem KEJARA?

a)

Lesen Memandu Percubaan digantung selama 3 bulan

b)

Lesen Memandu Percubaan digantung selama 6 bulan

c)

Lesen Memandu Percubaan dibatalkan

8.

Apakah kesalahan di bawah Sistem KEJARA yang dibuat oleh pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) akan dikenakan mata demerit?

a)

gagal mempamerkan Lesen Kenderaan Motor (LKM)

b)

tidak mematuhi lampu isyarat

c)

gagal membawa Lesen Belajar Memandu (LDL)

9.

Sila pilih kesalahan lalu lintas:

a)

memandu semasa hujan

b)

memandu dengan berhati-hati

c)

memandu selepas lesen memandu tamat tempoh

10.

Manakah berikut merupakan kesalahan lalu lintas?

a)

berhenti di belakang garisan putih

b)

meletakkan kenderaan di garisan kuning

c)

memandu pada waktu malam

11.

Siapakah golong pemandu yang perlu memegang Lesen Memandu Percubaan(PDL)

a)

mereka yang memohon lesen memandu bagi kelas lesen A,A1,B,D,H dan I

b)

mereka yang memohon lesen memandu bagi kenderaan motokar berat H dan I sahaja

c)

mereka yang memohon lesen memandu bai kelas E,E1 dan E2 sahaja

12.

Adakah calon yang mempunyai Lesen Belajar Memandu(LDL) kelas D dibenarkan memandu di jalan raya?

a)

boleh, sekiranya cukup umur

b)

tidak boleh

c)

boleh, sekiranya ada pengajar

13.

Apakah jenis lesen yang dikeluarkan kepada pemandu Kenderaan Barangan?

a)

Lesen Memandu Kompetan (CDL) dan lesen GDL

b)

Lesen Memandu Kompetan (CDL) dan lesen PSV

c)

Lesen Memandu Kompetan (CDL) dan lesen konduktor

14.

Apakah kelas lesen memandu yang layak dimohon apabila berumur 18 tahun?

a)

Kelas D sahaja

b)

Kelas B dan Kelas D

c)

Kelas B sahaja

15.

Apakah tindakan yang harus diambil sekiranya terlanggar seorang kanak-kanak yang sedang melintas jalan?

a)

teruskan perjalanan ke destinasi anda dan rahsiakan kejadian tersebut

b)

berhentikan kenderaan, berikan bantuan sewajarnya dan buat laporan polis dalam masa 24 jam

c)

tinggalkan nombor telefon kepada kanak-kanak tersebut dan teruskan perjalanan

16.

Apakah syarat yang dikenakan kepada pemegang Lesen Belajar Memandu(LDL) kelas D?

a)

tidak boleh membawa penumpang atau muatan

b)

tidak boleh memandu secara sendirian

c)

tidak perlu mempamerkan tanda pengenalan 'L' di hadapan dan belakang kenderaan

17.

Apakah kesalahan yang boleh memberi mata demerit kepada pemandu?

a)

menggunakan aplikasi panduan arah semasa memandu

b)

tidak mematuhi isyarat merah

c)

memandu dengan cermat dan bertimbang rasa

18.

Sistem KEJARA dikuatkuasakan kepada:

a)

pemegang lesen memandu kompetan dan percubaan

b)

pemegang lesen memandu kompetan

c)

pemegang lesen memandu percubaan

19.

Apakah tindakan yang diambil semasa Lesen Memandu Kompeten(CDL) digantung di bawah Sistem KEJARA?

a)

boleh memperbaharui lesen baru

b)

boleh memandu seperti biasa

c)

tidak boleh memandu kenderaan

20.

Di bawah Sistem KEJARA, kesalahan memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa bagi pemegangan Lesen PDL semasa memandu boleh menyebabkan:

a)

lesen memandu digantung 6 bulan

b)

lesen memandu dibatalkan

c)

lesen memandu digantung 3 bulan

21.

Siapakah yang perlu mengesahkan kelayakan memohon lesen memandu oleh calon Orang Kurang Upaya(OKU)?

a)

Ketua Polis Negara

b)

Pengamal Perubatan Berdaftar

c)

Hakim Mahkamah

22.

Apakah cara pemanduan yang menjadi kesalahan di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987?

a)

memandu dengan berhati- hati dan bertimbang rasa

b)

memandu dengan mematuhi peraturan jalan raya

c)

memandu melebihi had laju yang ditetapkan

23.

Pilih jawapan yang betul mengenai syarat-syarat pemegang Lesen Belajar Memandu(LDL) kelas D.

a)

Pemegang Lesen Belajar Memandu kelas D tidak boleh memandu seorang diri

b)

Pemegang Lesen Belajar Memandu kelas D dibenarkan memandu seorang diri

c)

Pemegang Lesen Memandu Belajar kelas D perlu mempamerkan plat 'P'

24.

Pilih jawapan yang BETUL mengenai syarat-syarat pemegang Lesen Belajar Memandu(LDL) kelas B2?

a)

Pemegang Lesen Belajar Memandu kelas B2 tidak perlu mempamerkan plat 'L'

b)

Pemegang Lesen Belajar Memandu kelas B2 tidak dibenarkan memandu seorang diri

c)

Pemegang Lesen Belajar Memandu kelas B2 tidak boleh membawa pembonceng ketika memandu

25.

Apakah tindakan yang akan dikenakan ke atas pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) yang telah mengumpul sebanyak 5 mata demerit di bawah Sistem KEJARA?

a)

Lesen memandu percubaannya dibatalkan

b)

tiada tindakan pada lesennya

c)

Lesen memandu percubaannya digantung selama 12 bulan