NEW
Font size
WorksheetsPRE/POST KUIZ KAP MAKPEM 2021-2022
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Proses berfikir yang berasaskan penaakulan adalah ____ *
Pemikiran kognitif
Pemikiran kreatif
Pemikiran logik
Pemikiran kritis
"Adik Ali di hantar ke Taska Cahaya. Semasa dia berada di TASKA, Adik Ali menunjukkan sikap yang negatif, Adik Ali sentiasa memarahi rakan-rakan lain semasa menjalankan aktiviti. Malah Adik Ali juga cerewet dalam pemilihan makanan". Berdasarkan situasi di atas, Adik Ali tergolong di dalam kategori kanak-kanak_____ *
Kanak-kanak yang mudah
Kanak-kanak yang lambat mesra
Kanak-kanak biasa
Kanak-kanak yang sukar
Berikut adalah contoh aktiviti awal matematik yang boleh dijalankan di TASKA KECUALI: *
Seriasi dan Pola
Live and soul
Parts and wholes
Pengukuran dan sukatan
Menggunakan lagu atau nyanyian dalam aktiviti kanak-kanak adalah bertujuan untuk merangsang perkembangan ________ *
Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Bahasa, Kreativiti dan Estetika
Deria, Bahasa dan Komunikasi
Menurut Teori Nativis, apabila kanak-kanak telah membina perbendaharaan kata, mereka dapat menguasai bahasa. Ini merujuk kepada ____ *
Perkembangan Komunikasi dan Literasi Awal
Perkembangan Literasi Awal dan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
Perkembangan Literasi Awal dan Kreativiti dan Estetika
Perkembangan Literasi Awal dan Kognitif
Berdasarkan Teori Perapatan Bowlby, berikut adalah ciri hubungan yang selamat, KECUALI: *
Menunjukkan rasa takut atau keliru semasa bersama ibu bapa
Menunjukkan keyakinan dan kepercayaan apabila ibu bapa melayan mereka
Menyambut kedatangan ibu bapa dengan gembira
Akan mencari ibu bapanya apabila rasa sedih atau tertekan
Pilih hasil pembelajaran berkaitan Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran yang sesuai bagi aktiviti mencampur warna *
Meluahkan perasaan kasih sayang dengan perkataan
Meramal, mencuba dan mengeksperimen
Percakapan dengan lebih jelas
Boleh menggunakan teknologi atau ICT
Bronfenbrenner menyifatkan persekitaran mikrosistem mempunyai kesan langsung terhadap pembelajaran kanak-kanak. Berikut merupakan elemen dalam persekitaran mikrosistem KECUALI: *
Rumah
TASKA
Tempat kerja ibu bapa
Kejiranan
Pelaksanaan penaksiran ke atas kanak-kanak adalah melibatkan pihak berikut, KECUALI: *
Tukang Masak
Pengasuh atau Pendidik
Kanak-kanak
Ibubapa
Kanak-kanak memilih alat permainan di sudut yang diminati atau aktiviti yang disediakan oleh pengasuh atau pendidik. Apakah aktiviti yang dimaksudkan? *
Nature walk
Permainan bebas
Aktiviti PERMATA
Permainan luar
Pelaporan hasil pemaksiran kanak-kanak boleh dibuat dalam bentuk berikut, KECUALI: *
Laporan Kemajuan Perkembangan kanak-kanak (dalam enam bidang) dan kebolehan mengurus diri, serta isu berkaitan tingkahlaku kanak-kanak jika ada
Laporan Kesihatan (mengandungi maklumat pertumbuhan fizikal seperti ketinggian, berat, pemakanan, penyakit, alahan, tarikh vaksinasi/imunisasi dan BMI) dan keperluan khas kanak-kanak
Laporan/Maklumat biodata dan demografi kanak-kanak
Laporan Aktiviti Harian merangkumi aktiviti dalaman dan aktiviti luar
Penyediaan peralatan dan perabot bayi dan kanak-kanak hendaklah mengambil kira perkara berikut KECUALI: *
Jenis sudut dan ruang TASKA yang disediakan
Suhu bilik
Umur dan bilangan kanak-kanak di TASKA
Keluasan kawasan dalam dan luar TASKA
Agensi dan Organisasi yang sesuai dilibatkan dalam pelaksanaan program di TASKA adalah seperti berikut, KECUALI: *
Jabatan Kesihatan
Jabatan Insolvensi
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jabatan Pertanian
Pengusaha hendaklah merancang ruang pembelajaran dengan mengambil kira aspek seperti berikut, KECUALI: *
Susun atur ruang supaya kanak-kanak dapat diawasi
Memastikan ruang mudah dilihat oleh pendidik atau pengasuh untuk menjamin keselamatan bayi dan kanak-kanak
Memudahkan pergerakan pendidik atau pengasuh
Memilih jenis lantai dan hiasan dalaman mengikut kesesuaian penggunaan
