wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

WAKE CUP SAINS 2022 FASA 1 (KUMP CEMERLANG)

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Jika ukuran tali payung terjun adalah panjang, maka payung terjun akan lambat mendarat.

a)

Betul

b)

Salah

c)

Tidak pasti

d)

Tidak tahu

2.

Namakan faktor yang menyebabkan kedua-dua bulu burung dan duit syiling jatuh ke bawah.

a)

Daya graviti Bumi

b)

Inersia

c)

Momentum

d)

Daya tarikan

3.

Nilai pecutan graviti di Bumi ialah..

a)

8 ms-2

b)

10 ms-2

c)

10 cms-2

4.

Rajah menunjukkan sekeping syiling, sebiji guli dan sehelai daun kering dilepaskan pada masa yang sama dalam sebuah SILINDER VAKUM. Pemerhatian yang manakah adalah benar?

a)

Ketiga-tiga objek terapung dalam silinder

b)

Ketiga-tiga objek sampai ke dasar dalam masa yang sama

c)

Guli sampai ke dasar lebih awal daripada syiling

d)

Syiling dan guli sampai ke dasar lebih awal daripada daun kering

5.

Antara kaedah berikut, yang manakah paling berkesan untuk mensteril piring Petri bagi mengkultur bakteria?

a)

Letakkan piring Petri di dalam mesin autoklaf untuk distimkan

b)

Cuci piring Petri dengan larutan antiseptik

c)

Cuci piring Petri dengan sabun dan air

6.

Apakah suhu optimum bagi pertumbuhan bakteria?

a)

5°C

b)

28°C

c)

37°C

d)

60°C

7.

Cuka ditambahkan ke dalam buah-buahan di dalam botol untuk membuat jeruk. Apakah faktor yang membantu buah-buahan itu tahan lama?

a)

Nutrien

b)

Suhu

c)

Cahaya

d)

Nilai pH

8.

Bagaimanakah kepekatan bahan mempunyai kesan ke atas kadar tindak balas

a)

Apabila kepekatan bahan meningkat, tenaga zarah-zarah dalam bahan tersebut juga meningkat.

b)

Apabila kepekatan bahan meningkat, bilangan zarah per unit isi padu juga

bertambah dan lebih dekat antara satu sama lain, sekaligus meningkatkan frekuensi perlanggaran.

c)

Bahan yang lebih pekat mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk

berinteraksi dengan bahan yang lain.

d)

Kepekatan bahan berkadar langsung dengan magnitud tenaga pengaktifan.

9.

Faktor manakah yang tidak mempengaruhi kadar tindak balas?

a)

Isipadu bahan tindak balas

b)

Kepekatan bahan tindak balas

c)

Suhu bahan tindak balas

d)

Saiz pepejal bahan tindak balas

10.

Mengapakah serpihan arang lebih mudah terbakar daripada ketulan arang yang besar?

a)

Serpihan arang mempunyai lebih luas permukaan yang terdedah kepada udara daripada ketulan arang

b)

Serpihan arang lebih ringan berbanding dengan ketulan arang

c)

Serpihan arang adalah lebih kering daripada ketulan arang besar

d)

Serpihan arang menerima haba dengan lebih cepat berbanding dengan ketulan arang besar.

11.

Kadar tindak balas bagi kalsium karbonat dengan asid sulfurik meningkat jika ......

a)

Saiz kelalang bertambah

b)

Kepekatan asid sulfurik bertambah